Anak Halal - Penyakit Sosial Yang Tak Sudah!

December 25, 2007

Malam kelmarin saya ambil peluang menonton filem Anak Halal di Sunway Piramid. Sesak memang sesak. Sunway Piramid yang besar ‘gedabak’ tu pun boleh ‘jem’. Mungkin kerana esoknya orang nak sambut hari Christmas.

Apapun ada sesuatu yang ingin saya ingin saya kongsikan dengan anda. Panggung wayang malam kelmarin memang penuh dengan orang. Filem Alien vs Predator, 3 panggung semuanya full! Malang pula, filem Anak Halal hanya penuh 3 baris kerusi sahaja. Penonton pula semua orang Melayu!

Saya masuk sedikit lambat (pasal budak jaga kuanter lambat pasang isyarat panggung dah bermula), masuk je permulaan cerita saya tak dapat nak tahu. Semasa saya ambil tempat duduk, adegan mak si InderaPutra (Farid Kamil) dah kena tangkap polis.

Kualiti gambar pula nampak sedikit kabur. Saya tak pasti samada memang Osman Ali buat macam tu atau budak jaga skrin tu yang salah setting. Apapun cerita nih memang banyak kisah sosial yang negatif ditonjolkan. Dari kes dadahnya, lelaki perempuan bercampur dengan selambanya tanpa dihirau oleh tukang kasut (Dato’ Aziz Sattar), hutang dengan Along, aktiviti lepak tanpa kira siang malam dan pergaduhan beramai-ramai.

Pembuat filem ini mungkin nak menggambarkan keadaan tahun 2007 remaja kota yang tinggal di flat murah. Penyakit sosial yang tak tahu bila kesudahannya.

Review penuh filem ini, anda boleh baca di laman gua.com.my atau di blog Faisal Tehrani.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Anak Halal - Penyakit Sosial Yang Tak Sudah!”

  1. Ritz on December 26th, 2007 9:19 am

    tgk preview di Tv dan making of Anak halal nie mcm best je..

  2. jecqulien on December 26th, 2007 11:05 am

    Ini kisah anak yang salah asuhan mak ayah. Inilah kesannya.

  3. megat on December 26th, 2007 11:36 am

    Belum sempat tonton filem ni lagi. Tapi tengok gezek dia macam ‘gempak’.

  4. zaki blogjer on December 26th, 2007 12:10 pm

    Citer ni nk nak bagi pengajaran at org ramai, tapi memandangkan tak ramai yg tngk (termasuk saya), rasa rasanya pengajaran yg nk disampaikan tu tak sampai pada golongan sasaran.

    Dan mungkin jugak penonton bleh agak jalan crita mcmana kot. Atau mmg dh selalu nmpk kat mana-mana, adegan yg semacam tuh

Got something to say?