Bagaimana Hendak Menjadi Blogger Popular?

December 24, 2007

Pembaca sekelian,

Saya suka membaca. Itu memang hobi saya. Membaca blog orang lain kadang-kadang memberi saya mood yang berbeza-beza. Seperti mana anda memasuki laman blog saya setiap hari, begitu juga saya. “Merayau-rayau” mencari cerita sehingga sampai masa saya “tidak boleh” menulis. Mengambil jalan mudah dengan meringkaskan tulisan melalui link ke link.

Well… semua itu tidak pernah berakhir dengan putus asa. Saya baca apa sahaja yang terdapat di blog..

Dan saya terjumpa beberapa blog yang memiliki topik-topik yang popular menarik traffik gila-gila! Apa itu?

Mereka jadikan topik mereka satu yang kontroversi!

Yeaaa… jadikan sekali-sekali blog anda kontroversi seperti kes adik nurin jazlin atau perhimpunan hindraf! Ada blogger yang tak putus-putus bercerita mengenai nasib tahanan ISA angkara berkempen mendapatkan hak golongan minoriti! Mereka menyoal tindakan kerajaan menindas hak-hak mereka. Seperti mana Anwar Ibrahim menggunakan isu-isu politik panas ini, traffik telah bertalu-talu masuk ke blog beliau.

Lain pula kisah Kenny Sia, beliau menjadikan blognya diserang komentor apabila beliau menyiarkan video ketika minum darah ular, kemudian menjadikan blognya popular!

Tulis kisah-kisah ghairah

Kalau blog sabul, pasti ini traffik yang hangat untuk dijengah. Menjual unsur-unsur seks! Setiap masa. Seperti blog Sarong Party Girl menjadi popular kerana dia (perempuan) meletak gambar-gambar ghairahnya sendiri. Sehingga hari ini, beliau masih lagi terima kemasukkan pelawat yang menggila ini kerana semua post-postnya mempunyai unsur-unsur nude!

Menyiarkan 1001 macam gambar ‘keriangan’ anda bersuka-ria di dalam pusat hiburan. Teguk air setan, berlaga pipi, berlaga bahu, ketawa mengilai sudah tentu…

Contoh blog? ohhh… yang ini saya tak perlu tunjukkan… cari sendiri

Buat Aje Pembedahan Plastik!

Oh, kalau nak jadi blogger yang famous, kenalah buat sesuatu yang menarik perhatian pelawat. Pastikan apa yang anda lakukan mestilah berjaya. Alasannya, jika anda nak tengok pembaca blog anda meningkat terutamanya perempuan…

Kenapa?

Ala, perempuankan seorang yang cemburu (bukan anda, orang lainlah!), jadi mereka akan buat apa sahaja macam Dawn Yang.

Letak 453201 keping gambar anda sendiri!

Ya! letak gambar anda di blog! Lakukan apa sahaja, dimana sahaja, bila-bila masa untuk menjadikan anda seorang blogger popular!

Masukkan gambar anda membeli seluar jeans
Masukkan gambar anda membayar seluar jeans dengan kad kredit
Masukkan gambar anda sedang makan mee rebus
Masukkan gambar anda sedang berjalan sambil makan aiskrim
Masukkan gambar anda sedang berlari dikejar anjing
Masukkan gambar anda sedang tidur dengan hanya berseluar dalam

Letakkan gambar anda memandang permandangan
Letakkan gambar anda sedang menari cha-cha
Letakkan gambar anda sedang membeli-belah
Letakkan gambar anda sedang menuruni tangga
Letakkan gambar anda sedang memilih pakaian
Letakkan gambar anda dalam kereta
Letakkan gambar anda dalam teksi
Letakkan gambar anda dalam Komuter
Letakkan gambar anda dalam bas
Letakkan gambar anda dalam toilet…

Gambar-gambar anda dalam bilik salinan pakaian
Gambar-gambar anda duduk di jalan raya
Gambar-gambar anda memakai pakaian dalam! (penting untuk famous!)
Gambar-gambar anda bersama awek
Gambar-gambar anda bersama pakwe
Gambar-gambar anda di bilik hotel (lagi penting nih!)

Senaraikan seberapa banyak yang boleh.

Kadang-kadang saya terlupa, adakah kebanyakan orang akan melakukan seperti apa yang ditulis diatas? Ini kerana ada diantara mereka, gambar-gambar ini tidak diambil oleh mereka sendiri sebaliknya orang disekeliling yang mungkin mengambil gambar-gambar ini untuk kegunaan peribadi.

Mungkin anda ada Paparazzi sendiri! Owhhh!

Jadi, kenapa ada orang suka membaca blog-blog popular ini?

Ini mungkin kerana pembaca inginkan sesuatu untuk mengkritik atau menonjol. Hmmm.. Baru saya tahu kini kenapa blog ini tidak mendapat traffik ratus-ratus ribu sehari:

1) Dalam banyak-banyak topik kontroversi yang saya tulis, saya tidak pernah meletak sebarang Youtube link mengenai kisah panas dan ghairah seorang pemain ragbi Perancis, menjadi model untuk sebuah kalendar tahunan.

2) Mungkin dalam banyak-banyak topik saya tidak peringatkan anda apa-apa yang berkaitan dengan seks di blog saya. ohohoho

3) Mungkin juga kerana saya tidak melakukan pembedahan plastik. Jadi tidak ada pembaca yang ingin ambil kisah mengenai saya! I

4) Saya tidak banyak gambar-gambar peribadi untuk dipaparkan disini!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

10 Responses to “Bagaimana Hendak Menjadi Blogger Popular?”

  1. megat on December 24th, 2007 4:06 pm

    Cara pertama pernah diguna pakai tp tidak cara kedua dan ketiga. Cara keempat boleh diguna pakai tapi sesuai untuk mereka yang sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti.

  2. Noorizam Shah on December 24th, 2007 4:20 pm

    jangan sesekali guna kaedah terlarang tu megat. hehe

  3. pakdi on December 24th, 2007 5:44 pm

    letak je post bertajuk seks dan ghairah…

    hee… hee..

    tapi blog kontroversi mmg cepat popular. dan kontroversi tidak boleh dicipta. ia sesuatu yang tidak dijangka ;)

  4. vangardx on December 24th, 2007 7:56 pm

    sarong party girl? boleh sy dapatkan url nya? utk makluman tuan sy sdhpun 18thn ke atas :P

  5. Annuar on December 24th, 2007 8:25 pm
  6. Norfazli on December 25th, 2007 12:02 am

    Hobi saya pula melukis kartun.Jadi saya buat blog tentang kartun.

    Menulis blog berdasarkan minat sebenarnya memang menyeronokkan.

    Mesti banyak buku noorizam ye…

  7. Noorizam Shah on December 26th, 2007 8:10 am

    Norfazli: buku saya tak banyak macam Azizi Ali ;)

  8. Noorizam Shah on December 26th, 2007 8:12 am

    Vangardx: ohoho.. sila guna search enjin yea.. :D

  9. azwanhadzree on December 27th, 2007 12:11 am

    Mungkin aku patut start ambil gambar sendiri, 365 pictures and i already have 1 post a day for 2008

  10. Noorizam Shah on December 27th, 2007 8:12 am

    Bro Azwan: letak la gambar mandi kat tepi perigi. :D

Got something to say?