Laman Web / Blog siapa yang dah kena sekat?
December 22, 2007
Beberapa hari lalu, kerajaan telah menyatakan bahawa terdapat 11 laman web, blog telah disekat daripada dilayari pengguna internet. Tidak pula kerajaan senaraikan apakah nama-nama laman web atau blog tersebut.
Dari laporan akhbar, mereka yang menyebarkan maklumat dan gambar berbentuk “Sabul dan MyKakis” lucah, ofensif serta berbaur hasutan sahaja yang dikenakan sekatan.
Adakah blog-blog yang mengutarakan isu-isu semasa seperti perbincangan mengenai topik perhimpunan haram, kempen-kempen parti pembangkang, yang menentang kerajaan juga akan dikenakan sekatan?
Apapun, kerajaan kini sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara akan memantau berjuta laman web / blog setiap hari dan akan menyekat jika didapati melanggar undang-undang.
‘‘Blog-blog yang tidak memberikan manfaat atau pengetahuan kepada rakyat Malaysia terpaksa disekat,” ujar Mohd Ruddin.
Nota: Siapa kata anda boleh bebas memasuki laman web/blog?
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
12 Responses to “Laman Web / Blog siapa yang dah kena sekat?”
Got something to say?





















































hi bro… pasal advertlets nye cek tu, actually dah dapat dah 3 hari yang lepas..
fraud click? camana tu yer? camana leh jadi gitu? hurmm…
fraud klik ni terjadi, bilamana ada org dari ip yang sama klik berulangkali sehingga melebihi kadar impression satu hari. Jadi, sistem yang ada dalam advertlets detect.
kes nih sama je macam org lain masuk web klik, klik iklan berulang-ulang kali. Inilah dikatakan fraud oleh Josh Lim.
Blog sape la gamaknya yang kena sekat!? Derang nak sekat berdasarkan “keyword” apa eh!? Kalau berdasarkan topik reviews topik semasa, masak juga la para blogger!
Susah juga eh!? kalau ada orang dengki termasuk dalam fraud kah!?
oic… kalau orang dengki camana plak tu. bukan datang dari kita tapi dari orang.. haha.. susah gini..
Mungkin josh lim sedang berusaha buat macam google adsense.. sape tahu?..
ape pun mmg advertlets yg paling ngancam dan best.. stuju tak? bape cek bulan ni? kasi la tahu?
eh, mana iklan advertlets kat blog ni.. x nampak pon..
Salam Noorizam,
pada pendapat aku, kalau macam blog parti pembangkang tu tak lah kot, sebb mereka tu dah diiktiraf. Depa pun kan ada naskah berita sendri.
Sbb dlm pilihan raya pun kan ada parti pembangkang. Nie yang entah sape2 nie, ikan bilis kecik (org awam) itu yg bahaya, itulah yg nak kena sekat rasa nye..
Buat jer blog mcm noorizamshah.com nie..senang..hehe..
P/s: thanks atas pinback..
Rasanya ini satu lagi pencabulan dari pihak eksekutif yang tidak menghormati kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Jika nak sekat laman lucah itu memang amat disokong. Ttp jika ianya cuma laman yang menggigit perasaan segelintir dari pihak atasan, ianya memang satu perkara yang amat dikesali.
[…] saya terbaca tentang 11 laman web & blog telah disekat oleh Kerajaan dari blog amirhakimi & noorizamshah. Agak terkejut juga walau tidak begitu menghairankan jika ianya berlaku di negara kita yang […]
[…] Hafreze - this guy share a video in how to hide your porn movies. 2. Noorizamshah - unnecessary blog for malaysian will be blocked! Watch out 3. Nazri - Get free mobile magazine eid […]
kerajaan malaysia ni baru nak kenal internet sebab tu heboh macam2 baik dalam akhbar atau tv. Kalau sokong naik atas kalau bantah semua kena sekat. Bersuara sikit nak saman. apa semua ni???
sabar aje lah singam
web2 lucah kena blog ar..tol ke bro..
Kalau web lucah dan terlalu melampau melaga2kan perpaduan aku sokong kena ban. tapi takat nak suarakan perasaan, rasanya tak patut.
paling penting, gomen kena ban porn web and blog dulu.