Mencari Tema Baru… dah Jumpa?

December 19, 2007

masjid-purtajaya-dan-tasik.jpg
Sebelum saya terus menulis, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan dan pembaca blog Noorizam Shah (dot) com. Maaf zahir batin dan selamat menyambut Aidiladha kepada mereka yang beragama islam.

Esok, kita akan berhari raya. Kepada rakan-rakan yang terbatas pergerakan kerana bah besar diharap tabah dan berhati-hati. Jaga kesihatan. Pastikan kanak-kanak di kawasan anda tidak bermain air atau mandi-manda tanpa menghiraukan bahaya.

Minggu hadapan juga kita bercuti lagi untuk menyambut hari Krismas. Kepada rakan-rakan blogger dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia dan yang membaca blog ini dari luar negara. Selamat hari Krismas!

1.jpg
Saya kini sedang mencari tema blog yang sesuai bagi memastikan anda tidak bosan dengan warna dan susun letak blog ini. Jadi saya memilih warna kelabu dan hijau lembut untuk menyatakan perasaan saya yang selesa bersama anda.

Teruskan melayari blog ini dan kepada pembaca-pembaca baru sudi-sudilah ‘subscribe‘ blog ini dan jadi diantara 281 feed reader saya!

P.s: Bagi mereka yang menggunakan IE (internet Explorer), jika anda mendapati broswer anda tidak dapat memasuki atau membaca blog ini secara jelas, sila gunakan firefox Firefox 2 untuk capaian lebih pantas!

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

12 Responses to “Mencari Tema Baru… dah Jumpa?”

  1. megat on December 19th, 2007 10:09 am

    wah sudah bertukar wajah zam!? cantik menarik eheh

  2. titan on December 19th, 2007 11:55 am

    nice. Nanpak lebih kemas dan tersusun berbanding yg sebelum nih..:D

  3. afham on December 19th, 2007 12:11 pm

    menarik la bro..selamat hari raye aidiladha gak!!

  4. Noorizam Shah on December 19th, 2007 2:21 pm

    terima kasih semua. selamat hari raya. saya kat perak sekarang nih. balik rumah mentua. :)

  5. zool on December 19th, 2007 3:11 pm

    Menarik gak tema baru ni…
    Saya pun tengah terpikir gak nak cari tema baru..

  6. Hidup aku dan Raya Haji | afham abdul rahman on December 19th, 2007 9:11 pm

    […] pelik timbul dalam diri aku. Kenapa la. Hari Raya Aidiladha kita tak sama dengan Mekah ea?. Pelik kan. Tapi aku bukan pakar untuk menilai cam nie. Aku bukan […]

  7. JimieRay on December 19th, 2007 9:57 pm

    Salam Aidil Adha juga…Maaf Zahir dan Batin.
    Dah balik Perok tu teruih la mai Penang, bole kita pekena nasi kandaq kat ‘Line Clear’. :)

  8. Noorizam Shah on December 19th, 2007 10:02 pm

    zool: Saya juga syorkan kepada rakan-rakan blogger lain untuk guna wordpress dan blogspot themes yang baru. Tahun baru 2008 dah dekat nih!

  9. Noorizam Shah on December 19th, 2007 10:03 pm

    Jimieray: Saya cuti kejap je lah. esok petang raya saya dah balik Subang semula. Jumaat dah mula kerja. InsyaAllah kalau saya ada trip ke Penang saya akan beritahu.

  10. Jac on December 19th, 2007 11:24 pm

    Hello there, blog hopping :)

  11. Amir Hakimi on December 21st, 2007 1:15 am

    Selamt hari raya noorizam, cantik theme nie, perak kat mana? saya orang perak jugak..raya nie sy balik taiping..

    P/s: sy dah add link blog nie di blog sy, hrp dapt di add balik..tq.

  12. Noorizam Shah on December 21st, 2007 7:36 am

    selamat hari raya amir, jgn lupa vote blog ini ok! :)

Got something to say?