Kaedah Mempercepatkan Bayaran di eBay

December 17, 2007

Hi,

Bertemu lagi,

Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi info mengenai keseronokan menjual di eBay kepada anda. Hari ini saya akan menulis mengenai kaedah mempercepatkan bayaran di eBay.

Dengan menyediakan kaedah pembayaran ini, ia dapat memberi kesan yang baik kepada pembeli anda untuk membuat sebarang pembayaran produk-produk yang dibeli. Ini dapat menjimatkan masa anda dan membantu anda mendapat bayaran lebih pantas.

Bagaimana anda boleh ’setting’ penggunaan ini di dalam akaun anda?

Untuk memudahkannya, anda boleh mengubah rujukan bayaran (payment preferences) melalui akaun eBay anda.

  1. Klik pada butang “My eBay” di bahagian atas laman eBay anda.
  2. Di sebelah kiri anda, klik pada “eBay Preferences” dibawah link “My Account”.
  3. Dibahagian rujukan penjual, sila klik pada link “change” untuk menukar rujukan pembayaran anda atau lihat sahaja contoh di bawah:

Nota: Sebarang perubahan yang anda lakukan anda ditukar secara automatik. Semua produk yang anda senaraikan di Ebay, akan menggunakan rujukan pembayaran ini, tetapi ianya tidak berlaku kepada produk yang masih lagi berada dalam senaraian melainkan anda mengubah maklumat semasa produk yang masih aktif (revise).

Pay Now Button

Butang Pay Now ini hanya akan dipapar kepada pembida atau pembeli yang berjaya sahaja. Orang lain tidak akan dapat melihat butang ini. Butang atau button ini akan memberi arahan kepada pembeli untuk membuat proses pembayaran dan membantu anda menerima bayaran dengan pantas.

Pay Now button

Show ”Pay Now” button to help my buyers pay
Pilih option ini untuk memaparkan button “pay Now” kepada pembeli anda selepas listing anda tamat. Pembeli akan direct melalui sistem bayaran di eBay lengkap dengan alamat lengkap mereka, jumlah bayaran yang perlu dibayaran (termasuk kos penghantaran) dan kaedah pembayaran anda (seperti cek, money order, bank deposit dan sebagainya)

Do not show Pay Now button
Jika anda memilih option ini, Pay Now button tidak akan ditunjukkan kepada anda. Jadi, pembeli tidak dapat menggunakan arahan ini untuk melengkapkan proses pembayaran.

Ok, nanti kita sambung lagi.

P.s: Jangan lupa subscribe blog ini ok!

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Kaedah Mempercepatkan Bayaran di eBay”

  1. azrin on December 17th, 2007 2:33 pm

    Masalah if acct bukan VERIFIED dan location from MALAYSIA, banyak client tak akan bayar direct kerana tiada EBAY - PAYSAFE PROTECTION.

    Best regards
    azrin @ http://www.azrin.net

  2. perfume store on December 18th, 2007 1:08 pm

    info yang menarik. tahniah saudara.

Got something to say?