Tiada “Perhimpunan” orang Melayu dan India…
December 16, 2007
Kuala Lumpur sekali lagi pasti sesak jika ada perhimpunan diadakan. Tempat lain seperti Kelantan, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka sibuk dengan banjir air, KL pula sibuk nak dibanjir dengan orang.
Hari ini, PakLah sekali lagi menafikan ‘khabar angin‘ bahawa orang Melayu nak berkumpul di kampung Baru hari ini. Orang India di Batu Caves, Selangor. Yang pasti, saya tidak ada di kawasan itu. Dan semalam saya ke KL, manusia masih lagi aman menikmati hidangan makan tengahari bersama (melayu, cina, india). Saya masih lagi berasa selesa berada dalam ‘himpunan’ rakyat Malaysia, menyaksikan lawak jenaka dari Phua Chu Kang dan menghayati suara-suara merdu Erra Fazira. Kami seronok bergelak ketawa. Tanpa ada apa-apa prasangka. Tanpa ada rasa terpinggir. Yang pasti semalam kami terhibur.
Saya juga tidak mendapat apa-apa sms dari rakan-rakan bahawa suasana bakal resah hari ini. Mungkin kerana rakan-rakan saya takut untuk meluaskan mesej-mesej mengatakan rusuhan kaum bakal berlaku hari ini. Jadi saya tidak ketahuinya sehinggalah saya membaca akhbar online hari ini.
Jika anda pembaca blog ini yang tinggal di kawasan seperti Kampung Baru, Batu Caves dan Puchong, sila kongsikan disini supaya rakan-rakan boleh ketahui apa yang tidak tercatat dalam akhbar perdana.
P.s: Semoga kes di Pasir Gudang Johor hingga ke malam sambutan merdeka tidak dipanjangkan ke hari ini.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
3 Responses to “Tiada “Perhimpunan” orang Melayu dan India…”
Got something to say?





















































semalam dekat Giant Kinrara jem menghala ke Puchong, road block dari petang sampai ke malam. Mungkin road block diadakan kerana wujudnya khabar angin tersebut.
Kampung Baru tenang tanpa sebarang perhimpunan
KUALA LUMPUR 16 Dis - Keadaan di Kampung Baru hari ini tenang tanpa berlaku sebarang perhimpunan orang Melayu sepertimana yang disebarkan oleh pihak tertentu menerusi khidmat pesanan ringkaas (SMS).
Tinjauan wartawan Bernama mendapati orang ramai menjalankan urusan seperti biasa dan pihak polis mengawal di setiap jalan yang menuju ke Kampung Baru serta kawasan sekitar seperti Masjid Kampung dan Dang Wangi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, tiada perhimpunan yang berlaku di Kampung Baru dan SMS mengenai perkara itu adalah khabar angin semata-mata.
“Pemantauan sejak 48 jam yang lalu mendapati tiada tanda-tanda perhimpunan sepertimana maklumat yang disebarkan. Ianya hanya khabar angin, tidak mendapat sambutan dan tiada yang berhimpun,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke Kampung Baru di sini.
Beliau berkata, peniaga di sekitar Kampung Baru menjalankan aktiviti seperti biasa dan ini memberi petanda yang baik.
— LAGI
SMS-Perhimpunan 2 (Akhir) Kuala Lumpur
Katanya polis masih menyiasat dalang sebenar di sebalik penyebaran khabar angin mengenai perhimpunan itu menerusi SMS dan mereka boleh dikenakan tindakan sewajarnya termasuk didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan sekeras-kerasnya khabar angin kononnya orang Melayu akan berhimpun di Kampung Baru dan orang India di Batu Caves.- Bernama
Kampung Baru dipenuhi SB, Rela dan polis tetapi tiada demonstrasi
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Dec 16, 07 | 1:57:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Hrkh) - Desas-desus menyatakan adanya himpunan dan rusuhan yang kononnya dianjurkan pihak tertentu berhubung isu perkauman di Kampung Baru hari ini ternyata tidak berasas.
Sila layari http://www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau http://www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Terlalu banyak layangan SMS dan email yang menyatakan adanya himpunan dan rusuhan yang akan diadakan pada 16 Disember oleh kumpulan tertentu mengakibatkan keadaan agak gempar.
Harakahdaily membuat tinjauan sekitar jam 12.00 hingga 2.00 petang tadi mendapati tiada manusia yang berhimpun mahupun rakyat yang memberontak.
Apa yang ada hanya kelibat pagawai cawangan khas (SB) mundar-mandir di sepanjang jalan berhadapan Masjid Kampung Baru di samping beberapa anggota polis beruniform serta pasukan rela berkawal di situ.
Turut kelihatan kereta peronda polis, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) polis yang diletakkan di hadapan Masjid Kampung Baru dan bersebelahan Kampung Baru Medical Centre (KBMC).
Penulis terserempak dengan SB yang terdahulu sebelum ini menahan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato’ Mustafa Ali ketika himpunan di hadapan Parlimen 11 Disember lalu.
SB tersebut turut memerhati Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Mohd Salleh yang menagkap gambarnya ketika pergelutan berlaku antara SB dengan Mustafa Ali dalam himpunan di Parlimen sebelum ini.
Gambar yang ditangkap Wan Zahari tersiar dalam Harakah cetak versi sebelum ini yang mungkin sekali mempopularkan SB tersebut.
Laporan media elektronik pula memberitahu adanya sekatan jalan di Dataran Merdeka dan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak awal pagi tadi.
Sehingga kini tiada sebarang kekacauan mahupun kelibat kumpulan yang berhimpun.