Pertikaian Bloggers Mengenai Impression di Advertlets.com
December 14, 2007
Beberapa hari lepas saya ada menghantar emel kepada Josh Lim “Advertlets” bertanyakan mengenai cek saya. Sehingga kini saya masih tertunggu-tunggu cek yang tidak sampai. Maklumlah, saya telah widthraw earning pada last Oktober lalu. Ini dah masuk bulan Disember. “Batang Hidung” cek pun tak nampak-nampak lagi.
Earning advertlets saya pun sudah semakin slow. Saya tak pasti walaupun traffik yang masuk ke blog-blog saya sentiasa konsisten setiap bulan. Ramai juga blogger yang komplain kenapa earning mereka perlahan sedangkan traffik ke blog begitu tinggi setiap hari. Mereka mempertikai impression yang mereka peroleh.
Apapun, Josh Lim dah balas emel saya dalam masa 24 jam dan dia beritahu saya akan dapat cek dalam masa 1-2 minggu lagi. Nampaknya, kena tunggu lagi lah.
- - - - - - - - -
Update: 6.00PM
Josh Lim hubungi saya terus melalui phone, memberitahu kenapa cek saya masih lagi tidak diterima. Beliau katakan terdapat banyak fraud klik dari blog saya. Terutama dari komputer dan ip yang sama. Jadi, nampaknya tiada cek dari Advertlets kali ini.
- - - - - - - - - - -
Update: 6.30PM
Josh Lim call saya sekali lagi, beliau telah bersetuju untuk memberikan saya cek hasil dari mem’publish’kan iklan-iklan advertlets. Nampak gaya, Josh telah menggembirakan saya untuk meletakkan semula iklan-iklan di blog ini. Josh juga sempat meluangkan masa berbual dengan saya mengenai advertlets.com. Saya bertuah kerana pemilik Advertlets.com sudi berhubung dengan saya melalui panggilan telefon. Terima kasih Josh!
Di akhir perbualan, Josh sempat memberitahu supaya saya berhati-hati dengan fraud klik dan akan meluangkan masa untuk menghubungi saya terus melalui panggilan telefon!
![]()
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
18 Responses to “Pertikaian Bloggers Mengenai Impression di Advertlets.com”
Got something to say?





















































dah banyak kali dapat eh. aku masih lagi merangkak uhuhu
hehe…same gak ngan aku..
hohohooo cek yang pertama dari advertlets dalam proses…
hahaa…. ingat tak dapat-dapat dah…. takper laa tunggu proses penghantaran cek tersebut dua tiga minggu lagi. saya pun sejak dari oktober gak asyik unpaid aje… akhirnya menjenguk untuk ke sekian kali ke barapa entahnya dan hasilnya…
tetiba dalam proses penghantaran… tunggu laa lepas nak redeem sekali lagi untuk beberapa minggu lagi untuk proses cek yang kedua…
ke ada perkaraaa terselindung dengan adv ni
Ehm. Lambat lagi. Tak cecah minimum lagi. Yang penting jangan ada fraud click je..
Untunglah kau noorizam dapat jugak bayaran adverlet.Aku dah 3 kali earning tak dapat. Email josh lim dia kata takkan bayar satu sen pun sebab dia kata aku klik sendiri. Geram betul!
eOneNet sedang menganjurkan pertandingan Blog Pemasaran Internet dan anda hanya perlu mengundi daripada 10 artikel di blog pemasaran kami. Undian di buka kepada ahli-ahli eOneNet.
Pemenang dengan undian tertinggi akan memenangi Apple iPhone terbaru. Hadiah-hadiah lain adalah rantai kunci Gucci dan 999 ‘Gold Boar’.
Satu cabutan bertuah juga akan diadakan untuk merebut wang tunai bernilai RM500.
Bagaimana untuk mengundi?
Layari http://www.eonenet.com/internet_marketing_blog_contest.htm.
Jika anda masih belum mendaftar sebagai ahli eOneNet, anda masih boleh mendaftar secara percuma di http://www.eonenet.com/eoneclub/intro.htm
ok la tu, aku nyer lagi pelik….
siap leh langkau lagi proses…
http://images.k-rex.org//uploads/1/pelik.jpg
mana yang unpaid tu pasal maybe ada suspek fraud click. jadi mana yang didapati tak ada fraud click, kira dapat la.
bang, si josh tuh dah hutang aku RM1,000 since dari July 2007.
Mula dia denied payment -> aku sabar RM300 ada fraud click -> kalau ada fraud click kenapa dia tak delete account aku?
Aku dah cakap kat dia kalau dia nak delete, terpulang pada dia tapi dia xnak delete. Menumpang popularity blog aku nak, ni dah dikira menipu pada advertiser.
Aku dah bincang dgn Timothy (Nuffnang), ngan Grabmyads, Josh skarang tgh menghadapi cash flow problem yang sgt teruk. Sesapa ada kawan keje bank boleh lah check account company dia (langgar act Bafia tp aku buat gak).
Kebanyakan ads yang running di Advertlets adalah free ads terutamanya iklan Starbucks (ingat tak) - Josh akan pilih sapa yang buat bising.
Tgklah kalau ada masa aku akan pergi ke consumer department untuk report. Semua screenshot dah aku sediakan..aku pun dah tanggalkan semua iklan dari Advertlets..
Lupa lak..setelah aku tegur si Josh ttg CPM ngan CPC aku berubah, trus income jadi kecik start esok harinyer.
Impression dari site aku ialah : 8,000 to 14,000 daily dan klik varies 9 to 46 klik sehari.
Total visitors : 89% Malaysia - Tapi korang jgn lah percaya sgt dengan mamat Josh tuh -> korang tau tak brapa dia jual pada advertiser?
CPM = RM15 / 1000 impression
CPC = RM0.10 to RM5.00 / click
Video Ad CPM : RM25/ 1000 impression
Sponsored Post : RM50 - RM1,000
So brapa dia bayar pada korang semua? Adil ker?
Pikirlah sikit, kalau charge orang lain RM15(minimum) per impression - dia bagi korang RM 0.40 ?? Mana pergi lagi balance tuh?
Pastu berlengah tak nak bayar orang lain?
Kenapa?
Nak maintain free community website yang dia buat -> Redesign Malaysia, Merdeka, Ping.sg..Jish..Josh
Punyalah busuk hati, si Josh nih hantar email kat TechCrunch suruh cover pasal Nuffnang.sg utk burukkan dorang dlm blog sbb charge RM1 setiap withdrawal..
Busuk ko nih Josh - patutlah company JoshLim Associates ko tuh dah lama xder bisnes..
Iklan Manhattan Fish Market pun ko bagi free??
Lupa lagi..server dah masuk yang ketiga tapi skang server dah jem..slow sangat..
dah takda duit untuk sewa server ketiga ker Josh? Bukan mahal pun RM800 jer pun sebulan..
Akaun tgh sakit ker? Overpaid or not paid ?
Kenapa dia beralih ker blog Melayu? Sebab blog Cina yang top top dah tak nak buat ngan dia. cuma melayu jer yang blog blom cukup gempak nak stay ngan dia.
Kennysia.com ->nuffnang
chanclian.net(5xmom) ->nuffnang
jeffoii.com ->nuffnang
ahpek ->grabmyads
shaolintiger.com ->nuffnang
cuba korang bayangkan? busuk hati si josh ngan Nuffnang, masa dia mula mula start projek advertlets, selalu si nuffnang nih kena fitnah dgn Josh..
Jahat ko yer Josh
yup, saya pun selalu juga mengeluh, kenapa web advertlets slow sgt. bila nak loading ada masa slow giler.
norizam kalau dah dapat duit bagi tau.. kalau tak dapat advertlets nie dah kira scam blogger. Errkkk !!benggang gak. saya dulu dalam akaun ada dalam 12 ringgit lebih pastu buang terus sebab tengok jumlah ngan impression nyer pasal tak berbaloi+server dia lembab kekadang tak keluar advertise. Huhuhu..
Salam.
Advertlets sendiri ader issue dengan server, sama dengan NUFFNANG, tapi saya fikir Nuffnang MY+SG combined gives “BEST BLOG AD VALUE” kerana kajian mereka. Saya install JS.tracker dan sehingga ini tracking NN boleh dipercayai +/- 5% kerana ader user tak install shockwave etc, atau ban keyword “AD” oleh microsoft.
Selamat Hari Raya
Azrin @ http://www.azrin.net
(WORST BLOGGER of the Year 2007 NON-US)
utk pengetahuan, dalam masa beberapa hari sahaja, saya dah dapat hampir RM50 earning dari nuffnang. Nampaknya nuffnang lebih baik dari advertlets!
Actually it depends on what works the best for you, some bloggers earn more with Advertlets and some earn more with Nuffnang.
erm..josh called last week. Dia janji nk selidik. Tp ternyata dia scammer beasr abad ini.
Dia antar email pagi tadi, ugut aku supaya jgn dedahkan email tuh, tp aku akan dedahkan jugak utk kebaikan bloggers..
Akhirnya dari RM1,000 hanya RM100 yang dibayar selepas mcm nak gila buat post kat blog.
Josh tak jujur dan aku dah consult dengan consumer tribunal. Dorang tanya nak proceed atau tidak? Tunggu lampu ijau jer.
Josh, kalau ko baca nih, nama dan masa depan ko gelaplah dlm bidang online advertisement.
Busuk ati ko yer, email pada techcrunch utk burukkan Nuffnang..mungkin lepas nih balasan akan menimpa ko plk..
Good luck advertlets sdn bhd