Sedikit Pelik dan Menjadi Tanda Tanya…
December 12, 2007
Maaflah ya, kali ini memang saya menjadi sedikit terpinga-pinga dengan situasi yang berlaku di jalan berhampiran bangunan Parlimen. Saya tidak ketahui pun semalam adanya lagi perhimpuan dari pihak-pihak tertentu kerana isu HINDRAF masih lagi panas tak sudah-sudah.
Terus terang saya katakan saya ahli UMNO yang berdaftar dan saya juga adalah seorang Ketua Pemuda UMNO cawangan. Akan tetapi bila saya katakan saya menyokong perjuangan UMNO, ini tidak semestinya apa sahaja UMNO lakukan semua dianggap betul dan saya harus menyokongnya.
Saya bukan seorang fanatik kepada pemimpin dan parti, saya bukan kaki ampu seperti sesetengah orang yang lain walaupun saya kenal beberapa VVIP UMNO. Kali ini saya terpaksa berterus terang, saya berasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku semalam, saya memandang situasi semalam sesuatu yang tak wajar berlaku. Mungkin anda ada pandangan tersendiri?
Adakah kerana individu-individu yang ditangkap ini bermotif politik? Ini tidak berlaku kepada orang penting dalam UMNO? Lihat sahaja, video klip di atas. Ia tidak disiarkan dikaca televisyen, rakyat semakin peka. Mana mungkin, tengah syok-syok ditemubual, anda ditangkap begitu sahaja. Ohhh.. ini suatu yang menakutkan. Hati saya pudar untuk berpolitik, walaupun pak din masih lagi berangan-angan nak jadi Pak Menteri.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
11 Responses to “Sedikit Pelik dan Menjadi Tanda Tanya…”
Got something to say?





















































kenapa wartawan dalam media arus perdana selalu siarkan menda yang berpihak kepada kerajaan dan menggambarkan penentang mereka memiliki sikap yang buruk?
kalau tiada sumber lain, sudah tentu mereka akan lihat yang ditayangkan di berita sahaja. rakyat skang perlu bijak.
akan tetapi semua nya ada pro dan kontra nya.
saya bukanlah seorang yang suka pergi membuat demonstrasi jalanan ni, tetapi bila tengok tak wajar rasanya, orang yang tak berhimpun, malah sedang ditemu bual pun ditangkap. apa dah jadi?
Wartawan, janganlah sebab takutkan kehilangan kerja, sesuatu yang benar terpaksa diselindungkan. Anda semua ramai mengambil gambar semalam? Bantulah kami sebagai rakyat untuk mendapat cerita yang sebenarnya.
P.s: saya adalah penyokong pembangunan dan cintakan keamanan.
Kerana permit media kena apply setiap tahun, dan semua org umno..
Adakah byk org tau, kereta ini semalam telah dibakar dan pihak polis hanya cakap sama tian chua, kereta u terbakar??
What is the funniest thing in our malaysia’s police? masih ingatkah ada sebuah kereta Porsch kat penang, dicuri dari kedai kereta, then polis jumpa kat tepi jalan, then bawa p balai polis, then kereta tu kena curi sekali lagi keluar dari balai polis yang ada ribuan polis kerja sana, ini lah polis malaysia…
Salaam,
Tak perlu lagi terpinga-pinga.
Sekarang kita kena lebih terbuka untuk menerima media alternatif.
betul ke kereta Tian Chua dibakar semalam?
sudah melanggar peraturan mahkamah, apa lagi? tangkap saja lah
SAye dari awal tertanye-tanye..Kenape tidak ade wakil DAP yang ditangkap? Adakah pihak polis sengaja tidak menangkap, atau DAP tidak terlibat dengan BERSIH, atau DAP hanye membawa orang2 kecil di dalam partinya kerna sudah menjangka ade penangkapan ??
Apepun, tindakan pihak polis memang sedikit tidak wajar, bayangkan klau terjadi kepada diri kita sendri, yang bukan ahli UMNO ini??..saye harap pihak polis bertangungjawab dengan kereta yg terbakar..
Saya ternampak URL mu dekat Tian Chua punya blog. Saya berasa amat syukur bahawa ada di kalangan ahli Umno yang sedar akan perkara ini.
Tetapi janganlah saudara berhenti di situ, moga-moga saudara terus menyiasat dan berusaha menyebarkan kesedaran.
Moga-moga ramai lagi ahli UMNO yang macam saudara. Syabas
Itu menandanya Piliharaya semakin hampir. Negara kita hanya aman dan selamat untuk satu pihak tertentu saja manakala bagi satu pihak lagi tak akan selamat hatta dalam kawasan perlimen sekali pun.
Lagi klip video tangkapan disini : http://www.penarikbeca.blogspot.com
Bayangkan kalau pilihanraya diadakan secara gentleman rasa2nya dah lama UMNO jadi pembankang.