Bagaimana FeedBack di Ebay Berfungsi?
December 12, 2007
Kepada pemain-pemain eBay Malaysia, hari ini saya akan berkongsi info mengenai fungsi maklumbalas yang anda terima dari urusan jual beli dan lihat apakah kesannya kepada anda.
Untuk setiap transaksi yang berlaku, anda samada sebagai seorang penjual atau pembeli boleh memberi undian antara satu sama lain dengan meningkatkan maklumbalas hasil dari urusan tersebut. Maklumbalas yang dilakukan terdiri dari positif, negatif atau neutral dan komen-komen ringkas.
Pembelajaran anda disini ialah pastikan anda memberi komen yang baik-baik apabila anda berjaya dalam urusan jual beli. Berikan komen yang positif. Jika anda seorang pembeli, anda boleh mengundi kriteria tambahan termasuklah isi kandungan produk, komunikasi, masa penghantaran serta caj pembungkusan dan penghantaran.
Untuk maklumat tambahan ini, ianya tidak dipapar bersama dengan skor maklumbalas anda, tetapi ianya boleh anda lihat dalam ruangan profil penjual.
Memberi maklumbalas yang bagus-bagus adalah satu idea yang baik bilamana anda berurusan jual beli.
| Logo ini menunjukkan kepada anda satu mata positive rating ditambah ke skor maklumbalas. | |
| Jika anda mendapat neutral rating, ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada skor maklumbalas anda. | |
| Sudah semestinya ini adalah untuk negative rating, dimana satu mata akan ditolak di dalam skor maklumbalas anda. |
Jika anda lihat mana-mana skor maklumbalas yang tinggi, ini menunjukkan mereka telah mendapat banyak positive rate hasil dari urusan jual beli. Bagaimanapun, skor-skor ini boleh menaik dan menuru. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pengiraan skor ini anda boleh klik disini.
P.s: Dari korang kena tangkap pasal sertai perhimpunan yang tah apa-apa tu, elok pikirkan masa depan anda dengan cari duit seperti saya!
P.p.s: Baru sebentar tadi, saya buka peti surat dan cek google adsense saya dah sampai! Terima kasih Google!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Bagaimana FeedBack di Ebay Berfungsi?”
Got something to say?





















































Mari ramai-ramai buat duit guna internet…yeahh. Aku dok heran duit dlm Maybank makin bertambah…Mai kot mana tah…Aku rasa komisen dari Affiliate yang aku pasang dlm Blog lah kot.
Minggu lepas aku ada buat iklan banner dlm lelong…perhh..berdesup gan hits…komisen affiliate pun ada masyuk lagi…jadilah kan. skit2
memang untung banyak nampaknya… takpe laa sabor aje laa sambil berusaha dengan sedaya upaya mana yang patut…
heheh.. itu cek Google terakhir eh? ;p
lepas ni pakai Western Union la plak..
lepas nih pakai western union la pula.