Makna Warna Bintang Pada ID eBay Anda.
December 11, 2007
Wah.. nampaknya semakin ramai yang mendaftar di eBay sejak kebelakangan ini. Saya lihat semakin ramai pembeli baru yang berminat mendapatkan produk-produk hebat di sana.
Jadi bagi meneruskan topik mengenai eBay disini, saya ingin berkongsi dengan anda terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam urusan jual beli di eBay. Mari kita gambarkan keseronokan membeli belah di eBay dengan mengenal warna-warna bintang yang terdapat pada ID anda.
Saya pasti, anda pasti berasa bangga apabila mendapat positif feedback samada daripada penjual atau pembeli.
Bagi anda yang baru sahaja bermula, yang pasti anda tidak akan memakai bintang-bintang ini di’bahu’ anda. Tetapi jika anda sudah memiliki minima 10 maklumbalas positif, eBay akan memberikan anda bintang berwarna kuning sebagai menunjukkan anda berurus niaga dengan baik di sana.
Nota: Anda akan terima +1 point untuk setiap komen dan undian positif. -1 point pula akan diterima jika terdapatnya komen atau undian negatif kepada anda. Manakala 0 diberikan jika anda menerima komen yang neutral (tidak bagus dan tidak buruk).
Setiap komen positif dari ahli yang berbeza akan diberi tambahan +1 dan jika dikumpulkan sehingga 10 point, maka anda layak untuk terima bintang kuning.
Cuba lihat apakah perbezaan warna-warna tersebut:
Yellow star (
) = 10 to 49 points
Blue star () = 50 to 99 points
Turquoise star () = 100 to 499 points
Purple star () = 500 to 999 points
Red star () = 1,000 to 4,999 points
Green star () = 5,000 to 9,999 points
Yellow shooting star () = 10,000 to 24,999 points
Turquoise shooting star () = 25,000 to 49,999 points
Purple shooting star () = 50,000 to 99,999 points
Red shooting star () = 100,000 or points or more
Untuk kes ini, semakin tinggi skor anda, semakin tinggi reputasi untuk anda mendapat kepercayaan daripada pembeli atau penjual. Walau apapun, jika anda ingin menjual dan membeli, anda perlu menyemak profil maklumbalas dengan membaca komen-komen mereka terutama melihat kepada kelemahan yang diperoleh dari negatif feedback.
Jumpa lagi,
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
2 Responses to “Makna Warna Bintang Pada ID eBay Anda.”
Got something to say?





















































Antara tip berguna untuk aku. Thanks shah!
Dah ada ramai yang cecah bintang tertinggi 100,000 point tu.