Sampai Masanya Golongan Petani guna ICT…

December 8, 2007

19b.png

Malaysia kini bukan lagi berada di zaman 45 tahun lalu, petani menggunakan cangkul untuk membajak tanah, menggunakan lembu menggemburkan tanah yang luas, berjalan kaki jauh ke bandar untuk dapatkan subsidi baja. Itu cerita dulu…

Sama kisahnya dengan penternak kambing, dahulu mana mereka tahu untuk menggunakan teknologi maklumat? Membina blog dan network di internet. Kini mereka sudah moden dan celik IT. ;)

Petani juga tidak mahu ketinggalan. Mereka juga ingin jadi seperti penternak kambing untuk memiliki portal dan blog.

Internet sudah mula diterima baik oleh petani di luar bandar. Ini perkembangan positif. Dari mereka membuang masa menyertai perhimpunan haram menuntut yang bukan-bukan, lebih baik mereka mengejar kekayaan dan kejayaan. Bukan melaung-laung bagai anjing salak bukit.

Jika hendak maju dan berjaya. Jika hendak keluar dari kepompong kemiskinan. Jika hendak orang lain memandang tinggi. Terimalah kemajuan dengan menyokong pelan pembangunan yang dirancang kerajaan.

Jika ada usahawan tani yang membaca blog ini, jom kongsi pendapat dan pandangan anda di ruangan komen.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Sampai Masanya Golongan Petani guna ICT…”

  1. Han on December 8th, 2007 12:09 pm

    slmt pg,
    bagus juga tu kalau petani dah celik IT…
    tak la letih sangat…hehe
    dan tak sia2 juga teknologi yang ada skrg ni…

    han

  2. Noorizam Shah on December 11th, 2007 9:21 am

    petani hari ini semakin intelek, lagi-lagi anak-anak muda dari lulusan universiti mula menunjukkan minat dalam bidang pertanian. Sekarang tengah top teknik menanam cendawan dalam botol

  3. usahawantani on December 26th, 2007 8:30 pm

    Disini anda akan belajar cara menanam serai secara sambilan tetapi hasil tetap lumayan. selamat mencuba

Got something to say?