Jika Penipu PAYPAL Semakin Bijak, Anda Juga Perlu Lebih Bijak
December 5th, 2007, by Noorizam Shah

Jika Penipu PAYPAL Semakin Bijak, Anda Juga Perlu Lebih Bijak


image credit to: http://library.thinkquest.org
Hari ini saya ingin memberi peringatan kepada semua newbies yang menggunakan akaun Paypal. Info ini bukan tujuan menakutkan anda, sebaliknya bertujuan untuk anda mempelajari soal-soal keselamatan memelihara maklumat sulit anda.

Perkara ini perlu diingatkan secara berulang-ulang supaya anda tidak terus leka dengan tipu helah penipu-penipu ini. Mereka semakin bijak, bukan sahaja meniru interface di dalam e-mail, kali ini mereka cuba menarik perhatian anda untuk klik pada link yang diberikan di dalam email.

Saya ingin tegaskan disini, jangan sesekali anda melakukan apa-apa tindakan, jika anda diminta untuk mengubah apa-apa maklumat diri anda melalui link yang diberikan di dalam email. Jangan degil! Dengar kata saya. :D

Jika anda terima email seperti ini dan mengarahkan anda melakukan seperti yang saya beritahu tadi, sedarlah sebenarnya mereka ingin mengambil maklumat diri anda terutama alamat emel dan katalaluan. Secara senyap mereka akan ambil wang anda sekaligus akaun Paypal anda ditutup!

Jika anda masih ingkar nasihat ini, kelak jangan pula mengadu;

Ohhhh.. wang saya dalam paypal telah hilang!

Lihat contoh berikut mengenai email penipuan:

—–

Subject: Item Not Received Dispute Open Case #PP-214-997-154
From: service@paypal.com

Ben Freckmann has opened a dispute for the payment made to you on nov. 15, 2006 indicating that they never received the item.

Your Transaction ID:8VL41716TP118284D
Buyer’s Transaction ID:2V184750WV419180C

There are many reasons why this might have happened. It could be that the item is still in transit or was accidentally delivered to the wrong address. Sometimes buyers open a non receipt dispute too soon because they underestimate how long it can take for shipping and delivery.

By opening this dispute, Ben Freckmann is asking for your help to resolve this issue. This is your best opportunity to resolve this problem before the buyer escalates it to a PayPal claim or files a chargeback with their card issuer.

To close this dispute go to:
…link omitted…

—–

Langkah terbaik, abaikan emel ini. Jangan sesekali klik pada link yang diberikan. Jika ingin kepastian, terus buka browser baru dan masuk sendiri ke web paypal.com untuk kepastian.

Jika benar paypal yang menghantar emel kepada anda, anda pasti akan terima mesej alert ini di dalam akaun paypal anda dan di dalam emel selalunya ia akan bermula dengan nama anda atau nama perniagaan anda. Contohnya “Dear NoorizamShah.com”. Ini kerana, scammer ‘cerdik’ ini tidak pandai untuk mengesan nama anda di dalam akaun Paypal.

Diharap, info ini dapat membantu anda memahami soal keselamatan akaun dan jangan sesekali takut untuk menggunakan akaun Paypal anda. Bagi mereka yang masih lagi tidak mempunyai akaun Paypal, pastinya anda mula memahami info ini dan dijemput untuk mendapat akaun PayPal disini.

Jumpa lagi!

Sphere: Related Content

10 comments Subscribe Comments

  1. bijak erkkk tapi tak sebijak mana pun…kalau tengok email tu from paypal.com kan tapi sebenarnya tidak

  2. yea… walau apapun.. saya rasa topik ini wajar di tulis dalam blog kerana saban hari ramai pengguna baru. Jadi dengan blog yang mesra SEO ini setidak-tidaknya membantu mereka yang mencari info mengenai keselamatan akaun paypal ni. :)

  3. penipu memang semakin bijak mencari jalan penipuannya. diharapkan dapat dijadikan pengajaran untuk semua terutamanya newbie

  4. satu penerangan yang baik utk semua pengguna

  5. bagus. E-mail phising macam tu senang nak trace. tapi bagi newbie. Mungkin diorang leka sket. So, hati-hatila. Jangang terangsang sangat nak buat duit raya haji nih..

    So, agak-agakla..

    Bagi pengguna paypal yg pakai kredit kard. Hati-hati. Ramai hackers leh hack credit card korang..

  6. saya rasa dah terima email macam tu….tapi tak pasti sama ada saya klik atau tidak …. ho lupa pula saya..

    maklumlah sebab email tu datang dari (seakan-akan) paypal…harap-harap tak ada apa-apalah.

  7. benar-benar kena berhati-hati! thanks for the info. kekadang kita boleh lupa dengan apa yang kita lakukan. manusia sentiasa lupa dan kita hendaklah sentiasa berpesan-pesan.

  8. realitinya.. ada juga golongan cerdik pandai dalam golongan kita ini terpedaya juga dengan tipu helah scammer ini. Jangan kata kita tidak akan terdedah kepada bahaya ini. Jadi beringat sebelum kena. :)

  9. memang, kalau tengok memang 99% hampir sama.. kalau leka sket boleh terpedaya juga.. terutama mereka yang baru belajar memiliki akaun paypal, maybank2u, cimb click, rhb bank, pb online, bank islam online, e-gold dan macam-macam lagi.. mana-mana yang guna online banking nih kena sentiasa peka dengan maklumat-maklumat keselamatan seperti topik ini. :)


Add your comment