Aktiviti Gores dan Menang… Apa Dapat?

December 4, 2007

Jom main tikam.. main gores-gores mana tahu dapat RM1 ke, 50 sen ke, 20 sen ke… modal sekali tikam 5 sen.

Waktu zaman kanak-kanak dulu saya pernah juga melihat di kedai-kedai runcit menyediakan satu papan yang dilekatkan dengan kertas-kertas ‘nasib’ yang mana menawarkan hadiah-hadiah kepada kanak-kanak.

Dan kertas-kertas ‘nasib’ itu tidak lagi dijumpai di kedai-kedai runcit. Zaman telah berubah, teknologi juga sudah berada dihadapan. Nampaknya kertas-kertas ‘nasib’ juga perlukan perubahan. Dan ia berhijrah dari kedai runcit ke syarikat-syarikat jualan lansung.

Kali ini, kertas-kertas ‘nasib’ menawarkan hadiah lebih lumayan. Lebih besar. Lebih kegilaannya.
Barangan elektrik, motosikal, kereta, pakej melancong, wang tunai menjadi umpan untuk menjerut mereka yang suka kepada kertas-kertas ‘nasib’.

Yang pasti, mereka yang membuka kertas-kertas ‘nasib’ bakal menerima habuan dan ia tidaklah percuma. Bayar sedikit ‘kos’ untuk melayakkan mereka menerima hadiah yang ditawarkan oleh kertas-kertas ‘nasib’.

Tetapi, kertas-kertas ‘nasib’ tidak lagi memberi mereka nasib yang baik, kerana kerajaan memutuskan untuk mengharam aktiviti “gores dan menang” dan apa sahaja yang seumpama dengan kertas-kertas nasib berkuat kuasa mulai topik ini ditulis. ohoho

Malang sungguh nasib kertas-kertas ‘nasib’.

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Aktiviti Gores dan Menang… Apa Dapat?”

  1. zool on December 4th, 2007 8:17 pm

    Aku setuju dengan pengharamannya kerana lebih banyak penipuan akan berlaku..
    Kesian kat makcik2 yang tak tau apa..
    tak pasal2 kena keluar duit beli barang2 ntahapahapantah konon nak tebus hadiah dia…

  2. titan on December 5th, 2007 12:05 pm

    Buang masa je. Aku jarang benar join bende2 cam gitu. Dulu KFC pun ad abuat gak kan?

  3. Noorizam Shah on December 5th, 2007 12:20 pm

    titan pernah main ‘tikam-tikam’ tak masa kecik2 dulu?

  4. abdfatah on December 5th, 2007 10:09 pm

    nasib tak baik laa syarikat gores dan menang tu. jangan tak gores dan menang topup dah laaa. nanti takleh nak reload maaaa…

    apa punya nasib badan laa… nasib baik tak beli kad gores dan menang tu… dan nasib tak baik sungguh kalo terpaksa kena bayar sebelum dapat hadiah…

    ingat mudah ke nak dapat hadiah free?

  5. abdfatah on December 5th, 2007 10:12 pm

    kepupusan kertas nasib akan senasib kad gores dan menang. tiada lagi kad gores dan menang…. tak payahlah nak bersembunyi disebalik gores dan menang. bagi aje hadiah tu kepada sesiapa yang berminat…

    lepas nih cabutan bertuah macam mana nasibnya…?

    kena bayar jugak ke sebelum dapat approvekan hadiah sebagai milik pemenangnya…?

  6. evelyn on August 21st, 2008 12:20 am

    saya memang setuju . saya rasa semua orang pun tahu ,tetapi mengapa mereka masih melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Got something to say?