Jangan Terima Duit Melalui Paypal, Jika Anda…

December 3, 2007

Bermula daripada 23 haribulan Ogos 2007 yang lalu, Papyal sekali lagi membuat perubahan dalam Perjanjian Pengguna Paypal. Segala fund anda akan ditangguhkan sehingga 180 hari sehingga jumlah US$2,500 jika anda melakukan beberapa perlanggaran syarat perjanjian yang dinyatakan.

Berikut adalah perkara yang dilarang dan dicegah:

1. Jangan sesekali menerima pembayaran bagi segala aktiviti yang berorentasikan seks. Tidak kira sama ada anda ebook mengenai panduan seks seperti Kamasutra, Internet Televisten Network atau pun barangan-barangan yang berunsur lucah.

2. Jangan terima wang melalui Paypal jika anda menjalankan urusniaga atau aktiviti perjudian dan pertaruhan. Sebagai contoh, menerima pembelian nombor ramalan 4D melalui pindahan wang ke Paypal. :D

3. Dan yang terakhir, jangan terima bayaran daripada hasil jualan produk tembakau atau dadah berbahaya. Nanti tak pasal-pasal akaun kena blok!

Jika anda ada pengalaman kena blok akaun paypal, sila kongsikan diruangan komen. Jumpa lagi

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

11 Responses to “Jangan Terima Duit Melalui Paypal, Jika Anda…”

  1. megat on December 3rd, 2007 2:18 pm

    thanks for the info shah!

  2. Noorizam Shah on December 3rd, 2007 2:25 pm

    megat: sama-sama kembali. walaupun topik ini adalah info asas tetapi masih ramai diluar sana tidak membaca user agreement apabila mendaftar. Jadi saya ingatkan semula. :)

  3. shahraduan on December 3rd, 2007 2:27 pm

    Jangan jual e-gold dan sebagainya…aku dah terkena dekat RM8K…wooo. Mat Salleh scam gila2…dah dpt dia minta refund..sial punya mat salleh. Kes aku dah ditutup tapi akaun aku NEGATIF $1669…Perhhh banyak wooo !! So…aku akan tinggalkan Paypal dgn Nama aku ini. Selamat Tinggal…Paypal baru aku pun dah siap.

  4. vangardx on December 3rd, 2007 2:33 pm

    mcmana boleh jadi gitu pulak ek?>

  5. Noorizam Shah on December 3rd, 2007 2:33 pm

    wahhh.. banyak betul tu.. scammer ada dimana-mana… apa pun jangan putus asa shahraduan, rezeki ada dimana-mana.

  6. merah on December 3rd, 2007 3:59 pm

    Paypal baru pakai nama bini ke nama anak? Hihi..

  7. Fiyuki on December 5th, 2007 3:47 pm

    mengarja orang lain supaya orang lain tak tertipu oleh orang lain.jangan jadi bodohlah

  8. Remy May 24 on December 5th, 2007 3:54 pm

    Thanks for the info,bro!.Nice artikel!

  9. larnz on December 5th, 2007 3:56 pm

    terima kasih atas apa yang anda kongsikan…nice bloh

  10. reezluv on December 5th, 2007 10:29 pm

    best info ni..rasanya takkan buat perkara camtu kat Paypal..:)

  11. alfie on July 4th, 2008 5:37 pm

    Terima kasih bro.Info ini memang amat berguna untuk kita semua.So,kalau sayangkan akaun Paypal anda,ikutlah nasihat ini.Sebelum terlupa,biasakan diri log in akaun Paypal melalui website Paypal tu sendiri.Bukannya melalui email kita.Kalau aku,aku terus tandakan email dari Paypal tu SPAM dan aku terus delete mesej tu.

Got something to say?