Panduan Mengelakkan Idea Yang Merugikan Anda
Pembaca sekelian,
Sebelum anda membuat keputusan menggunakan idea memasarkan produk anda, pastikan ianya benar-benar memberi kesan dan kalau boleh elakkan dari melakukan sebarang pembaziran.
1. Jangan tunggu hingga saat akhir untuk memberitahu keistimewaan sebenar produk anda. Jika boleh, beritahu ketika anda membuat pengenalan produk. Jangan terlalu meleret-leret membuat intro.
2. Sediakan fakta dan testimonial. Ini penting untuk memberi keyakinan pelanggan kepada produk anda. Yang penting, jangan jadi syok sendiri dan disebabkan inginkan perhatian, anda senaraikan segala kebaikan produk-produk anda. Macam anda sorang sahaja yang boleh memberikan segala-galanya.
3. Jangan mudah beranggapan bahawa setiap pelanggan anda terus berurusan dengan anda selama-lamanya. Untuk itu, jangan abaikan pelanggan anda, dan berusahalah memastikan setiap pelanggan akan terus setia dengan anda. Kunci utama adalah berikan mereka kepercayaan. Bersikap adil dalam memberikan perkhidmatan.
4. Jangan mudah beranggapan pelanggan anda adalah seorang yang bodoh, tidak tahu atau tiada matlamat.
5. Jangan suka-suka menukar imej bisnes anda. Tukar logo sesuka hati. Tukar tagline sesuka hati. Jika ingin melakukan ini, jangan tukarnya terlalu kerap seperti sebulan sekali. Ini boleh mengakibatkan produk dan anda tidak akan terus dikenali.
Jadi, berfikirlah seperti seorang yang kreatif. Anda perlu memikir sesuatu yang lain dari biasa. Jangan menjadikan tabiat mengikut atau meniru orang lain kerana hanya mereka berjaya. Budaya meniru dan ikut ini biasanya tidak akan bertahan lama kepada anda yang baru berjinak dalam bidang pemasaran produk.
Sentiasa banyak membaca atau mengutip idea baru sebelum anda berhadapan dengan kerugian.
- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - -
Sebelum anda terus membaca dan mengutip idea baru, apakata anda subscribe blog ini secara percuma dan dapatkan info-info terkini terus dari email anda. Jadilah orang terawal membacanya! Klik sini untuk mendaftar.
- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - -



















































hm..serba sedikit memberi input untk projek akan dtg
tul tu vangardx..sekarang nie pe bisnes kite nk wat masa akan datang..fikir2 kan lah..
ni bab sale letter la ni…
dlm menulis sale letter memang ke betul2 perah otak utk menulis sale letter yang power…
susah juga tu…
makan masa berminggu2…hehe
han
tq atas information yang bagus ini….bagus betul a blog u ni..penuh dgn maklumat yang berguna…teruskan usaha demi negaraku Malaysia
jangan lupa kongsikan projek berfaedah kepada semua disini.
semoga kita dapat sebarkan blog ini kepada rakan-rakan yang lain. Jemput kawan-kawan untuk beri pendapat disini.
Ehm..betul gak tu. Tapi biasalah. Manusia kan suka berubah-ubah..:D