Tahun 2007 DiTinggalkan Dengan Kesuburan Blog!

December 31, 2007

Jarum jam berdetik setiap saat, menghitung waktu untuk beralih ke tahun 2008. Setiap detik dan pusingan malam dan siang, pelbagai peristiwa berlaku di seluruh dunia. Waktu itu juga, blog terus subur 24 jam. Serata dunia sedang menulis blog, menghantar post, membaca isi kandungan, memberi komen dan memberi undian!

Saya sendiri melihat, terutama di blog bertuah ini ramai pembaca mula menyedari kewujudan blog dan menghargainya. Dengan itu, banyak blog-blog baru diwujudkan sehingga golongan korporat dan politik juga menggunakan blog sebagai salah satu medium untuk merapatkan diri dengan orang lain.

Kerajaan juga turut menyuarakan pandangan mereka mengenai kuasa blog dalam pemikiran masyarakat. Infomasi tanpa batas ini mampu dicapai oleh sesiapa sahaja, baik kanak-kanak berusia 12 tahun ataupun warga emas yang berumur 82 tahun! Malah di luar negara, warga emas ramai yang menulis blog!

Pendedahan demi pendedahan mengenai manfaat blog telah memberi impak yang positif terutama kepada golongan muda di Malaysia. Program-program menjana pendapatan melalui blog telah menarik minat ramai pihak untuk memiliki blog sendiri.

Sebagaimana saya menggunakan blog untuk menjana pendapatan sampingan, begitulah juga rakan-rakan blogger saya yang lain. Saya kagum melihat kesungguhan mereka untuk memiliki blog kemudian menjana wang melaluinya. Bukan mudah, jika tidak ada kesungguhan yang tinggi. Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Untuk tahun 2008 yang bakal menjelma, kepada anda yang baru sahaja memiliki laman blog sendiri, diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha untuk menggandakan peluang memperolehi wang melaluinya.

Rahsia ini saya bongkarkan kepada anda:

Jangan jemu menulis. Tulis. tulis dan terus menulis. Kemudian promosi, promosi, promosi. InsyaAllah peluang memperolehi wang yang pertama melalui blog akan dapat dinikmati. Tiada yang mustahil untuk melakukannya.

Tetapi, jangan pula anda beranggapan untuk menjadi seorang blogger atau memiliki blog yang hebat dan disegani, anda tidak perlu melaburkan wang untuk itu. Jangan beranggapan dengan memiliki blog secara percuma, melakukan teknik-teknik secara percuma, anda bakal menikmati kekayaan yang berganda-ganda. Itu tidak mungkin. Jika anda ada mengeluarkan wang walaupun RM1, itu juga adalah modal anda. Jadi tidak ada istilah percuma untuk menjadi blogger yang berjaya.

Anda tetap ada 2 pilihan, jika anda ingin yang percuma dan memperoleh pendapatan ala kadar, anda boleh search segala isi kandungan dalam blog ini untuk mendapatkan infomasi secara percuma. Sila guna kotak search box ya!

Dan jika anda ingin melihat kemajuan dalam diri anda dan bersedia melaburkan wang anda untuk blog, sila klik sini. yang pasti, usaha anda tidak akan sia-sia! percayalah!

Selamat tahun baru 2008! :D

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Bukti Ebay Malaysia Semakin DiKunjungi Ramai!

December 29, 2007

login-ebay.jpg

Lihat statistik di Alexa.com menunjukkan laman Ebay Malaysia kembali meriah dengan peningkatan yang ketara sejak kebelakangan ini membuatkan laman ini kembali panas dengan urusan jual beli. Setiap hari ada sahaja mereka yang membuka akaun di Ebay menjadi pembeli atau penjual.

Untuk anda yang tercari-cari peluang menjana pendapatan di eBay, nantikan panduan menjana pendapatan versi tahun 2008 dari saya yang akan dilancarkan pada bila-bila masa sahaja. Ketahui bagaimana seorang pemuda menjana pendapatan RM5,000 sebulan menjual di laman terkemuka dunia EBAY!

Jadi tunggu apa lagi, subscribe blog ini secara percuma dan terima berita baik ini bila-bila masa sahaja dari sekarang terus dari email anda!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Menarik Di Blog Sepanjang 2007!

December 29, 2007

Ahamdulillah tinggal beberapa hari lagi, tahun 2007 akan melabuhkan tirainya. Banyak peristiwa menarik sepanjang saya menulis di blog ini. Ada kisah gembira, ada kisah duka. Semalam, diari harian saya dihabiskan dengan menonton siaran secara langsung One In A Million live dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Saya pergi pun bukan kerana nak vote sapa-sapa, sebaliknya nak merasai pengalaman melihat siaran langsung diadakan. Jadi penonton di tempat duduk dalam studio. Bagusnya.

Berbalik kepada kisah menarik di Blog ini, saya ingin mengimbas kembali 10 carta teratas topik-topik yang menarik perhatian pembaca saya. Berikut adalah 10 carta terpanas sepanjang tahun 2007:

1. Kisah pembunuhan adik Nurin Jazlin menjadi topik paling hangat sekali dan ianya dijengah sebanyak 26152 kali. Topik “Sah itu Mayat Nurin Jazlin” terus dilihat sehingga hari ini.


2. Topik “Tribute to Arwah Adik Nuril @ Nurin Jazlin” juga menjadi tumpuan pembaca blog ini. Ditopik ini, saya tulis sedikit sajak ditujukan kepada arwah dan koleksi video dari Youtube, lagu luahan rasa rakyat Malaysia.

3. Kisah kontroversi seorang pelajar warganegara Malaysia yang menuntut diluar negara menarik minat pelbagai pihak terutama mereka yang mencari video nyanyian pelajar tersebut, malah sehingga kini ianya masih lagi dicari dan dilihat oleh pembaca blog ini.

4. Kisah skim cepat kaya berteraskan produk penjimatan minyak atas jenama terkenal Stromberg menjadikan kisah ini antara yang terpanas sepanjang 2007. Topik ini ditulis ketika saat ‘khabar angin’ mengatakan pejabat Syarikat Jai Network yang mengendalikan program melahirkan ‘jutawan’ dalam masa singkat diserbu Bank Negara Malaysia. Kenyataan itu menjadi realiti apabila kisah ini menjadi bualan hangat di kedai kopi dan forum-forum Malaysia.

5. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, sentiasa menjadi individu yang dicari di internet. Beliau adalah seorang yang terkenal dengan sikap rendah diri dan suka menolong orang. Dengan penubuhan Yayasan Al-Bukhary, banyak anak-anak yang tidak dapat belajar dengan baik diberi pendidikan secukupnya. Namanya terus mekar disini.

6. Ingat lagi dengan topik “Blog Pasal Kambing pun jadi”? Ya! topik ini telah banyak membantu mem’popular’kan lagi blog Noorizam Shah (dot) com. Tidak disangka, dengan menulis topik mengenai kambing, traffik ke blog ini terus menerima kunjungan dari mereka yang inginkan infomasi mengenai haiwan ternakan ini. Baru saya sedar, rupanya infomasi mengenai kambing di internet adalah tinggi. Lebih-lebih lagi kambing baka Boer ini semakin popular!

Banyak lagi kalau nak disenaraikan topik-topik panas disini. Yang pasti banyak kenangan manis dan pahit disulam bersama. Mungkin juga anda boleh menulis sedikit apakah yang menarik yang boleh dikongsikan bersama pembaca anda sepanjang 2007 ini. Yang pasti, 6 topik di atas adalah antara topik yang paling banyak sekali dijengah pembaca sepanjang 2007! Nantikan topik-topik panas di tahun 2008!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Benazir Bhutto killed in attack

December 28, 2007

Pakistani former Prime Minister Benazir Bhutto has been assassinated in a suicide attack.

Ms Bhutto - the first woman PM in an Islamic state - was leaving an election rally in Rawalpindi when a gunman shot her in the neck and set off a bomb.

At least 20 other people died in the attack and several more were injured.

President Pervez Musharraf has urged people to remain calm but angry protests have gripped some cities, with at least 11 deaths reported.

Security forces have been placed on a state of “red alert” nationwide.

There were no immediate claims of responsibility for the attack. Analysts believe Islamist militants to be the most likely group behind it.

Source: BBC News

- - - - - - - - - - - - - - - - - -


Gambar Bertarikh 21/10/2007 - Cubaan bunuh Benazir Bhutto


Pagi tadi, semasa hendak bersiap untuk ke pejabat, saya mendengar berita di radio mengenai pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan dalam serangan berani mati. Bekas Perdana Menteri itu, telah ditembak di leher dan dada kemudian si penembak meletupkan diri di khalayak ramai mengakibatkan 20 orang maut.

Dahsyat! Yang pasti minggu ini, satu lagi kisah panas menghiasi tajuk-tajuk utama di media massa dan elektronik sebelum tahun 2007 melabuhkan tirai. Harga-harga saham utama dunia juga pasti akan menerima kesan dari berita ini.

Peristiwa berdarah ini, mengakhiri riwayat Benazir Bhutto dan kempen pilihan raya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya. Dahulu, Benazir pernah hidup dalam buangan di Britian (sama nasib dengan bekas Perdana Menteri Thailand)

Nampaknya nama Benazir Bhutto tertulis juga di blog Noorizam Shah (dot) com.


Pakistani opposition leader Benazir Bhutto waves to supporters after an election rally in Rawalpindi December 27, 2007, shortly before she was killed in a gun and bomb attack.

Alfatihah dan salam takziah kepada rakyat Pakistan yang berada di Malaysia!

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Panduan Menggunakan Ruangan ‘Search’ di Blog

December 28, 2007

search-box.jpg

Pembaca sekelian,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk memaksimumkan carian maklumat anda di blog. Bagi anda yang masih lagi baru mengenali fungsi blog, hari ini saya akan tunjukkan dengan anda bagaimana anda boleh menggunakan fungsi”Search on this blog” mendapatkan maklumat-maklumat yang anda kehendaki.

Jadi, apakah sebenarnya fungsi ruangan “SEARCH’ ni?

Fungsi kotak carian ini bagi memudahkan pelawat atau pembaca blog mencari topik atau infomasi yang diingini melalui ‘jalan pintas’. Dengan fungsi ini, ia dapat memudahkan anda melihat berapa banyak topik yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh anda boleh memasukkan katalaluan “skim cepat kaya” di kotak Search.

Jika anda melawat mana-mana blog selain ini dan ingin menggunakan kaedah seperti ini, sila lihat disetiap sudut blog. Boleh dikatakan kesemua blog memiliki SEARCH BOX ini.

Taipkan keyword-keyword umum terlebih dahulu seperti “ebook” “ebay” “nuffnang” “hindraf”. Ini bagi memudahkan senaraian topik yang berkaitan dipaparkan dalam satu list.

Selamat mencuba

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Peluang Buat Duit Lagi Ke?

December 27, 2007

Amacam? dah tak tahan sangat ke dengan peluang buat duit? Asyik buat duit jer, bila nak kaya nih? Lantaklah!

Orang Malaysia kita dah semakin hebat. Macam-macam peluang buat duit di internet diberikan kepada mereka yang suka merebut peluang. Ada yang tawar sekecil-kecil amount macam Advertlets.com, Ada yang tawarkan sedikit lumayan seperti Nuffnang, dan ada pula yang tawarkan pulangan yang tak masuk akal seperti program e-multilevel marketing versi tipah tertipu!

Rancak punya rancak bercerita, bulan lepas laman GrabMyAds dilancarkan dan bulan ini pula Nufflets hasil kerja anak Malaysia!

Apa itu Nufflets?



Untuk pengetahuan kalian, Nufflets ini merupakan Ads Network yang memberikan anda pendapatan melalui penyertaan anda yang tanpa bayaran tu. Jika Advertlets dan Nuffnang mensasarkan pengguna Malaysia dan Singapura, Nufflets pula ingin membuka ruang kepada pengguna di Malaysia, Singapura, Australia, Thailand, China dan Jepun (besar harapan Nuffletskan?)

Saya masih lagi belum dapat melihat kehebatan Nufflets memberikan peluang pendapatan kerana saya baru sahaja mendaftarkan diri kelmarin, itu pun selepas membaca topik yang ditulis oleh Titan (EarnCent).

Untuk kesemua Ads Network buatan Malaysia ini (Nuffnang, Advertlets, GrabMyAds dan Nufflets), saya masih lagi prefer memaparkan iklan Nuffnang. Mungkin komisyen yang ditawarkan adalah relevan dengan traffik blog ini.

Lagi pun, earning yang ditawarkan oleh Nufflets berdasarkan kepada ‘text ads CPC’. Risiko masih ada untuk terdedah kepada aktiviti “Fraud Click“. Saya berharap pengguna internet akan lebih beretika semasa melayari internet.

Syarat untuk menyertai Nufflets ini adalah mudah. Ia masih lagi percuma seperti mana Ads Network tempatan yang lain. Difahamkan, untuk menyertai Nufflets, anda dikehendaki memiliki blog berdomain dan hosting sendiri (spt NoorizamShah.com).

Anda akan diberikan 5USD percuma setelah anda berjaya mendaftar dan di’approve’kan oleh Nufflets. Tambahan 10USD akan diberikan kepada anda apabila anda memberikan backlink kepada Nufflets melalui review seperti ini.

Di Nufflets sesiapa sahaja boleh beriklan!

Keterangan lanjut, sila klik sini

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »