Raikan Penampilan Baru Ebay Malaysia dan Rebut Peluang 1000 MOL Cash Card

November 16, 2007

Berita baik untuk semua eBayer di Malaysia! eBay.com.my telah pun menampilkan wajah yang lebih segar dan kini mereka ingin meraikan penampilan baru ini bersama dengan anda. Dengar khabar 1000 MOL Cash Card yang berjumlah RM65 setiap satu bakal menjadi hadiah kepada mereka yang bertuah.

Mereka pelawa kalian semua datang ke One Utama Shopping Mall Promenade, Tingkat satu berhampiran dengan Baskin-Robbins pada 17hb-25hb November ini dan rebutlah peluang untuk jadi salah seorang yang bertuah dari 1000 orang pemenang.

Cara untuk sertai juga mudah. Untuk melayakan anda menyertai contest ini, pastikan anda telah pun mendaftar di eBay.com.my. Jika anda telah punya akaun, sila login ke akaun anda dan klik pada “My eBay”, kemudian klik pada “My Account”.

Printkan muka surat ini dan bawanya bersama no kad pengenalan anda yang sah ke Booth eBay dilokasi yang dinyatakan di atas pada 17hb, 18hb, 24hb, 25hb (pilih salah satu tarikh ini) diantara jam 2 petang hingga 6 petang. Tuliskan no kad pengenalan dan no telefon yang mudah dihubungi di atas salinan surat tadi.

Keterangan lanjut sila klik di sini.

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Berkongsi Kisah Kejayaan dengan “Jutawan Jenama”

November 15, 2007

Hari ini, saya amat teruja oleh kerana satu topik yang amat jarang disampaikan akan dikupaskan oleh Irfan Khairi. Kali ini, mereka menjemput “Jutawan Jenama”, Spencer Wing untuk berkongsikan
kisah kejayaannya dan strategy bagaimana hendak membina jenama perniagaan yang hebat!

Sekiranya anda tidak pernah dengar nama Spencer Wing, beliau adalah seorang multimillionaire yang bertanggungjawab atas penjenamaan syarikat gergasi seperti Petronas, Tenaga nasional dan
Multimedia Development Corporation dibawah syarikatnya SpencerAzizul. Seorang tycoon pengiklanan, beliau juga memiliki sebuah galeri seni lukis di Mont Kiara bernama “Art Salon”, seorang usahawan yang berjaya, beliau meletakkan “penjenamaan” sebagai strategy untuk berjaya.

Mengapa saya amat teruja? Ini kerana Irfan Khairi sendiri mengakui bahawa strategy perniagaan yang paling penting adalah penjenamaan atau “branding”. Sekiranya anda ingin tahu rahsia jutawan-jutawan usahawan serata dunia tidak kira siapa, jawapannya adalah- membina jenama perniagaan yang hebat! Sekiranya anda memiliki perniagaan atau merancang untuk memiliki perniagaan- bualbicara bersama jutawan jenama ini tidak harus anda lepaskan untuk mengetahui
rahsianya!

Sekarang apakata anda pergi ke Radio24 93.9FM (frequency untuk kawasan Lembah Klang sahaja) atau secara streaming di http://www.radio24.com.my dan dengarkan apakah tips-tips menarik dari “Jutawan Jenama” ini!

P.s: Lekas! waktu siaran dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang sahaja!

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Bila Ada Mencari Rezeki Halal, Anda digelar POYO…

November 15, 2007

 

Saya ketawa sendirian melihat seorang forumer apabila dia membidas dan memperlekehkan rakan yang mencari jalan menjana pendapatan di internet (itu pun saya terbacanya melalui backlinks). Sehingga sampai waktu dan ketikanya, nama saya disebut dan dikaitkan dengan skim cepat kaya. Kesian kawan yang kena perlekeh tu. :D

Oh… untuk pengetahuan anda, seawal penglibatan saya di internet, saya tidak pernah lagi mengalami kerugian maha besar dahsyat sehingga menjejaskan litar pintas kepala otak saya akan terjebak dalam kancah SKIM CEPAT KAYAP. Saya juga tidak menjadi ‘gila’ seperti beberapa  kaki-pro-fanatik yang menjadi tahi ’skim cepat kaya’ sehingga mereka tidak sedar betapa mudahnya mereka menjadi makanan orang cerdik.

Saya berhenti dan lari ketika saat bangunan hendak runtuh. Saya masuk ke tempat yang lebih aman dan selesa. Tetapi ada orang walaupun runtuh, mereka terus juga membina pondok-pondok kecil di dalam kawasan runtuhan. Mereka menanti harapan supaya bangunan itu dibina semula. Walaupun hidup dalam keadaan yang kotor dan berdebu, mereka masih mahukan kembali (forumer $%#^ tidak sukakan forumer wangcyber). Pendek akal mereka jika sertai forum WangCyber, katanya.

Saya melihat kesungguhan mereka yang berubah dan ingin mencari peluang dengan cara yang betul. Mereka berusaha walaupun dihalang dengan kata-kata cacian. Nah, lihat bagaimana negara Jepun bangkit dari kesengsaraan perang?

Pengguna internet semakin sedar, buktinya lebih 1000 naskah ebook saya telah dimuat turun dalam masa 5 bulan dan ianya telah dibaca oleh rakan dari negara Indonesia, Brunei dan di Malaysia. Dan semestinya telah memberi pendapatan sampingan kepada rakan-rakan yang berusaha menyebarkan ebook ini kepada mereka yang inginkan kesedaran.

Saya tidak akan menjadi kaya raya dengan menjual ebook ini kerana saya mempunyai peluang membuat kekayaan dengan sumber lain. Ini adalah kaedah perkongsian dan memberi peluang pendapatan secara adil kepada mereka. Syor saya, tuntutlah ilmu di dada,  jangan jadi bodoh sombong seperti orang dungu sehingga anak cucu terus ditipu, kampung halaman terus tergadai. Tidak perlu gentar dengan suara minoriti kerana majoriti masih lagi menyokong. :D

“Kita tidak tahu apakah DIA akan memberi rezeki yang banyak atau sedikit kepada kita. Kita juga tidak tahu bila kita akan berjaya. Satu-satunya hal yang boleh kita lakukan saat ini adalah berusaha untuk mendapatkannya…”

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Google PageRank 10 Sites

November 14, 2007

google-pagerank.jpg 

Sejak google mengemaskini pagerank, banyak laman-laman web popular mengalami perubahan. Ada yang pagerank nya menurun dan ada juga yang naik. Dikatakan, google dalam proses memerangi penjualan teks link di website-website.

2 tahun blog ini diwujudkan, baru naik setapak ke pagerank 4. Itupun selepas saya bekerja keras dalam masa beberapa bulan ini mem’popular’kan semula blog yang sebelum ini nampak kurang berperisa. Saya tukar tagline dan themes serta gunakan keyword-keyword berprestasi tinggi. Ohhh… ianya nampak berbaloi hari ini. Impression pun naik dan terus konsisten. Terima kasih.

Dan hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda, web-web popular yang berjaya meletakkan kedudukan mereka di pagerank 10.
1. Adobe dengan backlinks 82,600   
2. World Wide Web Consortium backlinks 166,000 
3. Energy.gov memiliki backlinks sebanyak 43,000 
4. W3C CSS Validation Service backlinks 322,000
5. MIT Laboratory for Computer Science dengan backlinks 4,200
6. National Science Foundation backlinks 27,100
7. The White House memiliki backlinks 67,800
8. Stat Counter 1,330,000  <– paling banyak backlinks

Jadi, apakah teknik yang boleh anda gunapakai untuk dapatkan backlinks dan naikkan nilai pagerank anda? Untuk menilai pagerank web atau blog anda, saya syorkan anda download di link berikut:

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Seller Malaysia, Anda Ditegah Menjual Produk ini di eBay…

November 13, 2007

 

Kepada mereka yang berkobar-kobar untuk menjadi penjual produk di eBay, pastikan anda memahami dan mengetahui produk-produk yang bakal anda jual di internet memenuhi syarat atau tidak. Anda bebas menjual produk anda ke mana jua destinasi pilihan anda akan tetapi produk-produk anda perlu mematuhi syarat kebenaran atau berlandaskan undang-undang negara anda dan negara pembeli produk.

Untuk bakal penjual dari Malaysia, sila ikut panduan ini untuk memastikan anda tidak terkeliru dan membuang masa meletakkan senaraian produk anda di eBay.

1. Jangan jual tembakau di eBay.
2. Jangan jual produk cetak rompak seperti VCD, CD atau DVD. Produk original juga tidak dibenarkan dijual*
3. Jangan jual produk yang ada kena mengena dengan penagihan dadah.
4. Jangan jual produk tajam atau berbahaya seperti kelongsong peluru.

Demi kemudahan anda, sila rujuk pada polisi yang ditetapkan oleh eBay disini.

Kenapa saya katakan anda ditegah menjual produk berbentuk CD? Mulai hari ini anda perlu tahu bahawa Kastam tidak membenarkan sebarang bentuk produk berkaitan CD dihantar ke luar negara. Sama ada anda menjual produk digital untuk tujuan perniagaan yang sah juga tidak dibenarkan. Mungkin ia adalah mimpi buruk bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti Russell Brunson’s

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Cara Ringkas Menyimpan Duit Anda Setiap Bulan.

November 12, 2007

Saya diaju soalan oleh seorang pembaca mengenai cara termudah untuk membuat simpanan tetap bulanan. Ini kerana, pembaca berkenaan sering gagal untuk menyimpan wang walaupun sedikit oleh kerana nafsu yang membuak-buak bila melihat wang ditangan.

Oh.. saya tiada tips yang hebat untuk dikongsikan tetapi dengan kaedah yang bakal saya beritahu ini pasti sedikit sebanyak membantu pembaca berkenaan atau anda untuk mula praktikkannya.

Jika anda seorang pekerja kepada seorang majikan, pastinya anda mempunyai akaun untuk pembayaran gaji. Setiap bulan majikan anda akan memasukkan gaji ke dalam akaun dan anda perlu buat semakan setiap bulan untuk pastikan anda terima gaji tersebut.

Apa yang perlu disini, anda perlu memiliki satu lagi akaun untuk simpanan peribadi anda. Kaedah mudah yang boleh dipraktikkan, beritahu majikan anda supaya mereka membuat potongan gaji secara terus ke dalam akaun simpanan peribadi anda.

Ianya sama seperti mana majikan anda mengasingkan gaji kasar anda dengan menolak sejumlah wang dan dicarumkan di KWSP setiap bulan. Sebagai contoh, anda boleh buat pemotongan gaji sebanyak RM200 setiap bulan.

Saya berpendapat, kaedah ini berkesan kepada anda yang sukar menyimpan wang, maklumlah bila lihat jumlah masih banyak dalam akaun mula la tak sedar diri. ;)

Untuk anda yang bekerja sendiri, anda boleh gunakan kaedah perbankan auto debit. Sama juga seperti di atas, anda telah menjimatkan tenaga dan masa anda. Tidak perlu memandu ke bank dan menghabiskan banyak masa dibank semata-mata untuk menyimpan sedikit wang untuk simpanan anda.

Kesimpulan: Lakukan auto-debit demi masa depan kewangan anda. :D

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »