Bagaimana Mendapatkan Kad Debit AmBank NextG Prepaid
November 23, 2007

Taraaaaaa….
Saya kembali menulis hari ini!
Ramai juga yang menghubungi saya bertanyakan soalan bagaimana memohon kad debit untuk tujuan “verified” akaun PayPal. Mereka inginkan kepastian agar tiada kekeliruan memilih kad debit yang bersesuaian dan boleh digunapakai untuk tujuan pembelian online.
Ya! Saya ada maklumat yang boleh menyelesaikan masalah anda. Bagi mereka yang tidak pernah memiliki kad debit, info ini adalah bersesuaian untuk anda.
Buat masa ini, kad debit AmBank NextG MasterCard Prepaid, MOL Freedom MasterCard dan Public Bank (PB Visa Electron) adalah yang sesuai sekali. Jangan peningkan kepala anda. Tumpukan kepada tiga jenis kad debit ini. Dan hari ini saya hanya akan terangkan kad debit AmBank sahaja. ok?
Untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Kelang, anda boleh dapatkan di mana-mana cawangan 7 Eleven berdekatan dengan harga RM25.00 (kalau dah naik harga kasi tau yer!). Jangan dengan mamat kuanter tu;
Bro! Saya nak beli kad debit AmBank NextG MasterCard, ada stok tak?
Kalau dah dapat kad tu, anda buka isi kandungan dan keluarkan kad. Turunkan tandatangan di belakang kad dan ia sudah jadi milik anda! hehehe
Mudahnya?? Ohhh.. nanti dulu
Jangan lupa, dalam pek tu ada borang yang perlu diisi. Bila dah siap, kepilkan satu salinan kad pengenalan dan poskan kepada… ops, alamat dah siap dalam pek tu ada sampul surat Postage Paid Reply Envelope jadi tak payah letak stem.
Kalau nak appy online banking, kena la jumpa pegawai bank berdekatan mohon diaktivekan akaun online anda. Jangan lupa tambahkan nilai dalam kad tu untuk tujuan pembelian online atau ‘verified’ PayPal nanti.
Jadi, anda tunggulah dalam beberapa hari, pegawai bank anda hubungi untuk tujuan pengesahan kad anda akan diaktifkan kad.
Untuk rakan pembaca yang tinggal di luar Lembah Kelang seperti di Jemapoh, Ulu Kinta, dan Parit Besar bolehlah layari web www.lelong.com.my untuk membeli kad debit ini secara online.
Selamat mengguna!
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentPerempuan, Gadis, Wanita dan Wang…
November 20, 2007
Bila kita cuba kaitkan gadis atau wanita dengan wang, ianya selalu akan memfokuskan kepada tabiat berbelanja mereka. Kata orang,
maintenance orang perempuan ini tinggi sket!
Betul ker?
Mereka akan berbelanja untuk barangan ‘peribadi’ mereka lebih dari membeli makanan. Ohhh… lelaki perempuan.
Saya berpendapat, golongan hawa ini perlu membina matlamat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan tidak semestinya bergantung kepada lelaki. hehehe.. (isteri saya pasti jeling-menjeling bila baca topik ni!). Daripada info yang saya perolehi, hakikatnya, jangka hayat wanita hari ini lebih panjang berbanding lelaki… Ohhh.. (merenung nasib sebagai seorang lelaki)
…dan lagi info didapati kebanyakkan wanita akan hidup dalam kesempitan kerana mereka kurang ‘bersedia’. Lazimnya wanita berpendapatan lebih rendah (betul ke statement nih) dan wanita juga kurang pendedahan untuk membuat pelaburan (yang nih saya sokong).
Jangan marah eh… walau apa pun hakikatnya, saya nak tekankan disini agar wanita juga perlu belajar mengawal cara berbelanja dan mereka perlu sedar bahawa mengurus kewangan adalah sama penting dengan mendapatkan wang. Tak gitu, isteriku? ohoho..
Jadi, mengapa pula wanita ini perlu mempunyai pengetahuan mengenai kewangan?
Sudah semestinya perlu, ianya perlu seperti mana mereka mempunyai pengetahuan dalam bab berbelanja… hehe.. sedar atau tidak kebanyakan wanita.. diulangi.. kebanyakan wanita berasa mereka tidak begitu memahami soal kewangan peribadi kerana mereka tidak begitu pandai matematik? Atau mereka sebenarnya takut untuk membuat keputusan dalam soal kewangan. Mungkin takut kena marah pasal peruntukan banyak diasingkan untuk berbelanja?
Atau, bila mereka ragu-ragu, kecenderungan adalah berdiam diri sahaja.
Apalah sangat, jika mereka mengetahui mengenai pengurusan kewangan, ianya dapat membantu mereka juga untuk cekap membuat keputusan. Langsir baru je tukar, so tak payah tukar lagi.. sofa baru je beli awal tahun, so tahun depan tak payah tukar baru.
wahhh dah cekap buat keputusan nampak?
Dan dengan pengetahuan ini juga, tidaklah mereka tertipu dengan mamat-mamat bangla jual karpet, (Jangan sengih lebih-lebih, nanti orang perempuan marah) ini kerana mereka dah tahu dan belajar membezakan antara keperluan dan kehendak.
Kesimpulan dan secara keseluruhannya, tidak kira anda berjantina apa sekali pun, dengan menjadi seorang yang celik kewangan, anda boleh memperbaiki kualiti hidup melalui amalan mengurus kewangan yang lebih kukuh, membuat keputusan yang cekap dan lebih peka terhadap hak dan tanggungjawab.
Janganlah disebab pandai sangat mengurus wang, rumah tak terhias, makan dicatu dan gigi kuning tak bergosok. Itu namanya, kedekut!
Jumpa lagi esok!
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentTolong Orang Nak Tipu Orang (TONTO) dan … SCK
November 20, 2007
Kalau anda memandu kereta di jalan raya dan melihat ada kenderaan yang menggunakan antenna radio yang banyak di atas bumbung kenderaan mereka, ketahuilah mereka itu adalah TONTO.
TONTO ini bertujuan melindungi kenderaan-kenderaan berat atau mereka yang melakukan kesalahan daripada diambil tindakan pihak berkuasa seperti Kastam dan JPJ. Sehingga kini belum ada lagi peruntukan undang-undang untuk mendakwa TONTO ini.
Dan satu lagi perkara yang mungkin kita tidak tahu, mereka yang dilindungi ini juga memperkenalkan kod-kod tertentu agar setiap pergerakkan mereka dapat dipantau TONTO seterusnya menerima bantuan jika ditahan penguatkuasa.
Antara isyarat atau lambang yang diperkenalkan adalah melekatkan gambar bunga raya, harimau, perkataan ‘Datuk’, Petronas. Yang pasti, mereka ini akan diberi layanan ‘istimewa’ oleh TONTO yang berkeliaran di jalan raya.
Kalau di Lembah Klang, antara pelekat yang dikenal pasti memberi isyarat lori yang memakainya mendapat kekebalan daripada tindakan atau dilindungi tonto ialah CB, TNS, SYT, SHH, Transnet, Gajah Tunggal, Roda, Bob, gambar bintang bucu lima dan SKP.
Di Perak, pelekat yang sering digunakan ialah gambar menara condong, harimau, bunga raya dan kunci atau logo KL, Perak, Kelantan, CSH, Petronas, Datuk, MLT, See Hup dan L Thian.
Di Pulau Pinang pula, pelekat yang popular ialah RL, 529, BSK, 383 dan PT.
Saya pun baru tahu mengenai lambang yang terdapat pada pelekat-pelekat di badan lori ini. Jadi mungkin anda ada pandangan sendiri mengenai tonto ini. Adakah tonto ini pesalah lalu lintas atau hanya pengacau jalan raya?
P.s: Itu soal TONTO, kalau di internet ini, bukan TONTO tetapi SCK. SCK pun tipu orang juga. Apa itu SCK?
SCK tu Skim Cepat Kaya lah! ohoho
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentKisah Budak 12 Tahun Bercita-cita Menjadi Usahawan Internet Termuda…
November 19, 2007
Dahulu kita ada kisah seorang remaja berusia 16 tahun bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan internet muda dan kini satu lagi kisah yang mungkin akan menarik perhatian seorang pakcik berusia 57 tahun iaitu mengenai kisah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memasang impian untuk menjadi seorang usahawan internet termuda di Malaysia!
Jangan pandang sinis dengan apa sahaja kata-kata kanak-kanak ini sebaliknya kita lihat dari sudut positif impian murni ini. Saya kini sudah pun berusia 27 tahun dan bakal masuk 28 tahun pada tahun hadapan. Sudah tentu saya cemburu jika budak ini berjaya mengecapi kejayaan menjana pendapatan (buat duit) ketika umurnya belum pun mencecah 13 tahun! Ohhh…
Bayangkan dalam perjalanan umurnya mencecah 21 tahun, dalam jangka masa waktu itu, dia memperolehi pendapatan bulanan minima RM50 sebulan (anggaran minima), berapakah yang bakal dikumpulkan oleh kanak-kanak ini? Banyak tu…
Dan bayangkan pula, ketika ini bakatnya tidak lah sebesar mana… tetapi jika diasah dan beliau terus menuntut ilmu memperbaiki kemahirannya, sejauh manakah kemampuannya? mungkin lebih dari apa yang ada sekarang. Betul tak?
Saya kagum dengan kanak-kanak ini dan sememangnya impian murninya itu menjadi satu cabaran kepada abang-abang dan pakcik-pakcik usahawan internet lain. Ohohoho…
Saya doakan semoga usaha kanak-kanak ini tidak terhenti dikala saya menulis disini. Saya ingin lihat kejayaanmu wahai anak kecil!
P.s: Jika kanak-kanak berusia 12 tahun pun sudah pandai mencari peluang perniagaan secara sah, kenapa masih ada lagi yang butakan hati menjeratkan diri dengan skim cepat kaya?
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentSebab Kenapa Ebook Satu Bisnes Yang Menguntungkan…
November 18, 2007
Mengapa saya katakan ebook adalah satu bisnes yang menguntungkan? Ini jawapannya…
Jika anda mempunyai produk yang ingin dipromosikan, ebook boleh dikatakan salah satu alat promosi yang baik. Bagaimana ia berfungsi? Ohhhh… ia tidaklah semudah makan kacang tetapi dengan cara yang betul anda boleh menjual produk hanya dengan cara menulis ebook.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Sebelum itu, jika anda merupakan pengunjung baru blog ini, anda dijemput untuk subscribe blog ini secara percuma dan jadi orang yang terawal terima info terkini di sini!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Katakan anda mempunyai produk menjual kacang goreng di internet, jadi anda tulis mengenai kebaikan memakan kacang goreng berserta faedah-faedahnya. Berikan ebook ini secara percuma kepada pembaca yang berminat dengan info ini dan jangan lupa memberikan maklumat-maklumat mengenai perniagaan kacang goreng anda seperti dimana mereka boleh mendapatkan kacang goreng terbaik, no telefon atau laman web kacang goreng anda! Lihat, inilah teknik pemasaran yang mudah, murah dan cepat.
Selain itu, jika anda ingin menjana keuntungan jangkamasa pendek dan panjang, ebook adalah produk yang sesuai untuk anda. Keuntungan jangka masa pendek disini, jika anda menjual ebook dengan meletakkan harga, anda boleh memperoleh keuntungan dalam masa 1-3 tahun. Untuk jangka masa panjang, ebook anda boleh dikemaskinikan tanpa kos yang besar dengan memasukkan input-input yang bersesuaian dengan keadaan waktu itu.
Dan yang terbaik, jika anda memberikan mereka ebook secara percuma, ebook yang diedarkan secara berleluasa akan memberikan anda keuntungan jangka panjang melalui link-link yang diletakkan untuk tujuan perniagaan. Sebagai contoh lihat sahaja rakan usahawan internet lain bagaimana mereka memberi anda ebook-ebook percuma dan secara tidak langsung meletakkan link-link affiliate dan perniagaan. Kaedah ini sebenarnya menguntungkan mereka. Nampak?
Skop pemasaran ebook sebenarnya tidak terhad seperti mana buku yang terdapat dalam pasaran hari ini. Anda tidak perlu gusar tentang soal pembungkusan dan penghantaran kerana ebook didatangkan dalam bentuk digital. Hanya melalui satu klik, pelanggan akan terima ebook anda tanpa perlu menunggu sampai 7 hari bekerja!
Walaupun hari ini banyak ebook-ebook keluaran penulis tempatan, akan tetapi penerimaan pelanggan khususnya dari Malaysia adalah baru, mereka mungkin sudah biasa dengan membaca melalui buku “hard cover” dan membaca ebook ini pula sedikit janggal kepada mereka. Sebaliknya, ini tidak berlaku di luar negara kerana kaedah seperti ini telah diterima oleh mereka lebih awal, sebab itulah kenapa orang barat amat suka mencari dan membaca maklumat melalui ebook.
Pencarian maklumat tidak terhenti kepada maklumat peluang buat duit sahaja, malah ebook mengenai cara menjaga anak, membina rumah binatang peliharaan, kaedah memilih fung-sui, cara bermain golf dengan baik dan panduan memilih makanan sihat, semua ini mendatangkan kebaikan kepada pembaca.
Jadi anda tidak perlu bimbang soal ebook jenis pasaran apakah yang perlu anda tulis. Yang penting disini, anda perlu tahu masalah dan cari penyelesaian masalah tersebut dengan menghasilkan ebook.
Jadi sebab itulah saya katakan kenapa ebook adalah bisnes yang sesuai untuk dijual.
Pesanan khidmat masyarakat: Jauhi skim cepat kaya tidak kira di internet atau tidak! Dapatkan kupasannya disini!
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentJika Anda Anak Jantan, Usah Menyamar… Apa Kes?
November 17, 2007
Topik ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Maaf jika yang tergigit cili kemudian terasa pedas.
Ohh…. kewujudan blog di alam siber hari ini umpama cendawan tumbuh seperti hujan. Pelbagai genre penulisan. Ada yang menulis menggunakan bahasa yang santai, puitis, keras “straight to point”, berkias-kias (macam saya ker? ohoho). Mood-mood hasil dari topik yang ditulis banyak menggambarkan keceriaan, kegembiraan, kekecewaan, pemberontakan dan ada juga menggambarkan dendam yang tak akan padam.
Maka wujudlah pelbagai “nama pelik” yang mewakili identiti mereka. Jika anda lihat, penulis blog di Malaysia masih ramai yang cuba menyembunyikan identiti masing-masing. Kononnya tidak mahu popular atau memang mereka mencari populariti dengan nama seperti itu (ohhhh.. nama untuk tujuan perniagaan dikecualikan).
Apa pun yang lebih teruk lagi, jika komentator blog mereka juga menggunakan identiti “sembunyi” untuk menghentam penulis blog di ruang-ruang komen. Ibarat baling batu sembunyi tangan. Ini realiti. Cuba tanya blogger-blogger lain kenyataan ini. Ingin bersuara tapi amat penakut tonjolkan identiti sebenar.
Menggunakan nama samaran palsu dan email palsu sudah menjadi lumrah bagi mereka yang bukan bergelar “anak jantan”.
P.s: Maaf pakcik Jantan, ia tidak ada kena mengena dengan anak pakcik!
Ok ke topik ini? hahaha
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content










