Layari Internet Dalam Kereta… Macam Mana Pula Tu?

November 30, 2007

Topik ini mungkin agak menarik kepada mereka yang suka teknologi maklumat. Kita dah biasa lihat, kereta, van, bas, lori, motosikal yang pasang pemain cakera video digital pada kenderaan masing-masing, dan kita juga mungkin tidak berasa jelak jika melihat makcik-makcik geram mengerut muka menonton DVD drama Spa-Q cetak rompak .

Tapi bagaimana pula jika anak muda sibuk melayari internet menggunakan komputer riba dalam kereta BMW 320i sambil kontrol hensem? Ohoho..

Itu kira tahap biasa lagi. Ni, nak khabar kat pembaca sekelian, jangan pula terkejut kalau jumpa kat mana-mana, ada kenderaan yang siap pasang CPU dan skrin peka sentuh dalam kereta masing-masing tak lama lagi. Maklumlah sekarang nih kat luar negara, dah banyak kenderaan yang pasang teknologi ni. Ala, macam rancangan Pimp My Ride tu la.

Jika pakcik Sofian nak tahu, budak-budak sekarang ini tak anggap lagi internet adalah bahan untuk hiburan sahaja. Main game, layan chat, tengok gambar %34^.

Kalau di luar negara, menggunakan internet dalam kereta, ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada pengguna.

Kita ambil contoh mudah dan lihat pada konteks semasa, komputer mudah alih berinternet dalam kereta sebenarnya mampu mengatasi jenayah.

Kita berimaginasi sebentar,

ketika kita bersiar-siar menaiki kenderaan dan mendapati sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, dalam hati anda mungkin syak.. entah-entah orang nih penculik, penjenayah, perompak, perogol kanak-kanak.. dan apabila anda gunakan internet anda boleh semak rekod melalui nombor plat dalam laman web pihak berkuasa. Agak-agak, polis guna tak teknologi ni?

Jadi terpulang kepada anda untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut. Ini satu kelebihan komputer mudah alih yang sedia ada pada kenderaan yang mungkin kita tak ambil tahu sangat mengenai potensi menggunakannya.

Walapun kita ada khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan multimedia (MMS), internet juga mampu memberi anda maklumat pantas. Setidak-tidaknya anda peka dan membantu mengelakkan kejadian jenayah daripada berlaku.

Baca-baca juga… dah jadi Rakan COP? ;)

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Layari Internet Dalam Kereta… Macam Mana Pula Tu?”

  1. am on November 30th, 2007 1:09 pm

    kat keta polis di us memang nah lama pakai… kat sini tak tau la pulakkan…

  2. kita on November 30th, 2007 4:32 pm

    fuhh memang sudah menjadi idaman saya suatu hari nanti….

  3. Aizat on December 1st, 2007 8:54 am

    Kalau tengah drive tak boleh surf internet kang berdentum.

    penumpang tempat duduk belakang boleh lah surf internet tapi kena pakai seat belt. WAJIB! tahun depan.. hahaha

  4. kakashi on December 1st, 2007 8:57 am

    yea yeaa.. tahun depan wajib pakai tali pinggan kaledar kat tempat dudk belakang.. kalau ada roadblock baru nak pakai.. :D

  5. megat on December 1st, 2007 9:13 am

    rasanya dah lama idamkan seperti yg digambarkan. masalahnya, kurangnya security kereta itu sendiri. jawabnya makin byk kereta kena ‘kopak’.

    tetapi ia tetap idea yg menarik!

  6. Han on December 2nd, 2007 12:52 pm

    saya memang suka sangat pasal teknologi terkini…
    memang tak lepas kan kalau ada pameran atau apa2…
    tapi sayangnya di terengganu ni takde pameran atau teknologi yang hebat cam tu…

    han

Got something to say?