Bagaimana Mendapatkan Kad Debit AmBank NextG Prepaid

Taraaaaaa….
Saya kembali menulis hari ini!
Ramai juga yang menghubungi saya bertanyakan soalan bagaimana memohon kad debit untuk tujuan “verified” akaun PayPal. Mereka inginkan kepastian agar tiada kekeliruan memilih kad debit yang bersesuaian dan boleh digunapakai untuk tujuan pembelian online.
Ya! Saya ada maklumat yang boleh menyelesaikan masalah anda. Bagi mereka yang tidak pernah memiliki kad debit, info ini adalah bersesuaian untuk anda.
Buat masa ini, kad debit AmBank NextG MasterCard Prepaid, MOL Freedom MasterCard dan Public Bank (PB Visa Electron) adalah yang sesuai sekali. Jangan peningkan kepala anda. Tumpukan kepada tiga jenis kad debit ini. Dan hari ini saya hanya akan terangkan kad debit AmBank sahaja. ok?
Untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Kelang, anda boleh dapatkan di mana-mana cawangan 7 Eleven berdekatan dengan harga RM25.00 (kalau dah naik harga kasi tau yer!). Jangan dengan mamat kuanter tu;
Bro! Saya nak beli kad debit AmBank NextG MasterCard, ada stok tak?
Kalau dah dapat kad tu, anda buka isi kandungan dan keluarkan kad. Turunkan tandatangan di belakang kad dan ia sudah jadi milik anda! hehehe
Mudahnya?? Ohhh.. nanti dulu
Jangan lupa, dalam pek tu ada borang yang perlu diisi. Bila dah siap, kepilkan satu salinan kad pengenalan dan poskan kepada… ops, alamat dah siap dalam pek tu ada sampul surat Postage Paid Reply Envelope jadi tak payah letak stem.
Kalau nak appy online banking, kena la jumpa pegawai bank berdekatan mohon diaktivekan akaun online anda. Jangan lupa tambahkan nilai dalam kad tu untuk tujuan pembelian online atau ‘verified’ PayPal nanti.
Jadi, anda tunggulah dalam beberapa hari, pegawai bank anda hubungi untuk tujuan pengesahan kad anda akan diaktifkan kad.
Untuk rakan pembaca yang tinggal di luar Lembah Kelang seperti di Jemapoh, Ulu Kinta, dan Parit Besar bolehlah layari web www.lelong.com.my untuk membeli kad debit ini secara online.
Selamat mengguna!
Sphere: Related Content



















































Kalo nak activekan kad debit tu tepon je blh tak?Saya ade kad debit nie tp tak tahu nk activekan macamane..
kalau tak isi borang, sila isi borang, kalau dah isi borang, hantar borang ke bank.
kalau dah buat semua tu.. try call bank tanya status. nanti dia activekan.
saye dh hantar borang dn dh dpt pun pin number kad tu.. maknenye kad saye tu dh active la kan?
so kad tu memang dah boleh activate untuk mesin ATM.. tapi untuk online banking.. anda kena juga call operator untuk activekan online banking. Itupun kalau anda berminat untuk guna online banking.
sorry shah off topic. bagaimana dengan public bank debit card!? aku dah apply di kaunter bank dan menerima surat dari bank berkenaan. dia suh masuk duit ke akauan yg diberi. adakah selepas aku bank duit, kad berkenaan terus aktif!? dan bagaimana nak register online banking?
thanks
ohhh.. memang 1st surat dia suruh pergi bank masukkan duit dan disertakan sekali nombor akaun.. saya syorkan masukkan minima RM50 (kalau lebih lagi bagus).
den tunggu lagi 1-3 minggu surat ke2 sampai suruh pergi ambik kad. selepas itu kad dah boleh diaktifkan.
Untuk register online.. kena tanya pegawai bank. biasanya dia akan tolong activatekan dengan bagi password sementara. try la .
dia hantar surat suruh masuk duit tu, masukkan je…
kalau nak verify paypal, saya cadangkan masukkan RM50…
selepas 1 minggu dia hantar surat suruh ambil kad tu…
lepas tu kalau nak guna online, minta pekerja bank tu buat kan…tunggu dlm masa 30 minit siap lah…
han
pengalaman saya menggunakan Ambank NextG.Bila dah beli prepaid tu…isi borang dan hantar.Pihak bank akan telefhon bagitau kad tu dah aktif.So pergi ambank atau atm masukkan duit dan register kat mesin untuk menggunakan secara online.
erm..saya ada pengalaman tak best dengan Next G Ambank ni..fuh..terus saya apply PB debit kad..dan ternyata puas hati..
bagi yang nak kuarkan duit dari Paypal adalah lebih baik guna PB debit kad..coz dah ternyata boleh kuarkan..:)caj pun tak mahal $5 je satu transaction kalau tak silap..
Ambank NextG ni tak boleh ke kuar duit Paypal..?
Saya dah apply PB Debit card…tp sampai skrg tak sampai – sampai…dah dua bulan..kena reapply balik kot..
MOL Freedom MasterCard yang ni mymode punya ke? atau company lain ada jugak camginih?
so far, PB Visa Electron diterima jika kita buat withdraw dari paypal. Untuk NextG saya tidak pasti. Sapa ada pengalaman boleh kongsi disini.
yang mymode punya tu, digunapakai di eBay.
MOL + MasterCard + eBay + Mymode .. tak ingat sapa la joint venture
saya pun apply dua kali..satu online..dan satu offline…:)2 minggu je dh setel:)hehe
Salam Noorizam, apa khabar? Shueqry di sini.
Saya guna PB Visa Electron, verified PayPal masa bulan Jan 2007. Yang uniknya, statement datang setiap 7hb pada setiap bulan..
Bulan Mac 2007, saya upgrade PayPal saya kepada Business Account.
Thanks, good infor from bro Noorizam
tq
- Shueqry -
byk info ni…
Aku pula guna NEXG ja. Cara aku mudah saja.
Bawa duit RM 25 pergi Ambank isi Form Debit Kad tu. Tanya dekat kaunter berapa hari baru aktif.
1.Dalam masa 3 hari. Call no. tel yg ada dlm pek kad debit tu untuk pengesahan sama ada dah aktif atau pun tak.
2. Kalau dah aktif. To up kad tu dengan segera
RM 100 – Kalau kat Kaunter
RM 30 / 50 – Guna Mesin ATM @ Perbankan Online
Aku kat sini tranfer dari akaun Maybank Sahaja.
3. Kalau semua dah buat. Sila call sekali lagi untuk pengesahan dan TANYAKAN BALANCE. Sebab saya nak guna.
4. Kalau dia cakap ada balance bla bla dan boleh guna pakai, BOLEH lah VERIFY Ebay @ Paypal.
5. Dalam masa 2@3 hari verify Paypal. Sila call lagi sekali pihak Ambank dan Tanyakan ada tak Transaksi saya dgn Paypal. Kalau ada..suruh dia bacakan NO. PIN yang Paypal beri tu. Jangan Lupa SALIN..
6. Alkisah…NexG
—————————————————–
Alkisah…esok aku nak pergi Public Bank buat Debit KAD pula..susah woo kalau tak ada PB Visa ni. Nak cash duit Paypal Seksa Batin.
Akaun Paypal yg baru2 ni, banyak dikenakan suspen. Dia akan minta Pasport, I/C , Bill.
Salah 1 akaun aku dah kena. Baru ja Reg Minggu lepas. Transaksi $300 hancur..
Kena buat planning baru tahun 2008 ni.
wahhh panjang lebar pendapat shahraduan.. well memang NextG ada prob sket untuk withdraw paypal. tapi klau nak verified paypal, okla.
NexG MasterCard…Paypal nak yg ada VISA sahaja.
yup shah.. so far PB Visa electron sesuai diguna pakai. tapi fee tahunan mahal sket la..
Kalau tak silap Aku fee PB Visa ni = RM24
NexG = RM 36 Setahun.
Kalau dok boleh untung sakan, takkan nak kira fee tu kot..ehehehhehe.
Aku tengah plan nak buat Accent Card dgn AsiaOnline…kos RM 330. Lagi senang boleh fund ke Paypal Banyak skit..
Bagaimana nak tahu baki terkini debit card molFreedom? Saya dah topup 100, dah pakai dalam 70, tapi baki dalam laman web dia tetap lagi dok tunjuk 100. tak de cara lain ke nak check balance dia, pakai sms ke… apa ke?
Nazri, cadangan awal saya, sila hubungi pihak bank untuk ketahui kedudukan kad debit anda.
umur aku tiga belas tahun,bolehke mohan kad debit mol freedom??
azwan: so far tak ada pula syarat umur diletakkan dalam permohonan ini sebab ia prepaid kad bukan debit kad.
aku baru jer beli kad mol mastercard freedom di 7 eleven petang tadi,chasier tu terangkan perbezaan kad mol dengan ambank nextg,jadi aku pilih mol sebab senang nak top-up,
nak kopi??boleh juga aku belanja
boleh tak keluarkan duit dari akaun paypal menggunakan mol eon bank freedom??
sebenarnya mana satu yg lebih baik untuk verified paypal akaun ni?
PB Visa Electron ke? AmBank NextG ke? Mol Freedom MastrerCard?
dan lagi :
PB Visa Electron = Debit Kad ke Prabayar
AmBank NextG = Debit Kad Ke Prabayar?
Mol Freedom MastrerCard = <– Pra Bayar Kad
p/s baru nak start bro… paham2 la hehe
mana satu haa nak guna verified akaun paypal sekali ngan withdraw dari paypal….???
abdfatah: guna public bank visa elektron
akhirnya aku pilih NexG am bank kad… senang register and so on.
Aku pun nak tumpang pengalaman dgn korang tentang kad debit nie.4 bulan dulu aku sendiri gi apply kad tu kat eon bank.Aku cadang nak guna kad debit tu sebagai kemudahan utk online transaction saja.Dah dapat kad debit tu aku diminta isi borang.Pihak bank cakap mungkin makan masa sekurang-kurangnya 2 minggu utk aktivate…kena tunggu sehingga pihak bank akan hantar surat yang ada PIN ke alamat.Tunggu punya lah lama tunggu tak sampai2…hampeh betul lah!!Abih tu aku cuba guna gak la…tup tup bila transaction nak dilakukan kena call hunting line 24 jam tu..kalau takde no PIN tu wa’alaikumsalam la…pihak bank akan tanya transaction tu ke mana.Lagi satu korang kena verified dulu kad tu secara online…kena pegi kat verified by visa atau mastercard secure code tu.
Aku nak tnye skitt…
-Brp tahun Bleh gune mol freedom mastercard??
-Kena Renew tiap2 taun ker??
-bleh ker wat beli pizza, pakaian, gadjet kat mall gne mol freedom mastercard??
-kalau kite gune tapi baki x cukup mcmna?
-dan akhir skali,mase beli mol freedom mastercard kat 7eleven tu kena bayar Rm25 jer ker,pastu dalam pek dier tu ade kad ker??
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera!
Saya hendak memberi sedikit info.
SmartLink2U adalah kad prabayar MasterCard PERTAMA dengan bank di Malaysia. Kalau dilihat kepada trend @ fesyen…
Trend Penggunaan Kad:-
1. Kad Kredit (kad hutang)
2. Kad Debit (perlu buka akaun)
3. Kad PraBayar (terkini~!!)
SmartLink2U adalah kepunyaan SmartLink International Sdn Bhd. AmBank adalah Rakan Niaga Perbankan. Uptrend adalah Rakan Niaga Networking.
Kad Yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia (malahan dipercayai yang PERTAMA DI DUNIA!) iaitu Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard, yang TIDAK memerlukan syarat gaji minima dan TIDAK perlu membuka akaun dengan bank! (senarai hitam juga boleh!). Ini bermakna, sesiapa sahaja samada warganegara Malaysia atau tidak, yang berumur 12 tahun ke atas layak untuk menggunakan Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard ini!
5 ciri-ciri istimewa didalam satu kad:-
• Kad keahlian
• Kad diskaun
• Kad kesetiaan (Loyalty)
• Prabayar MasterCard
• Menjana pendapatan
9 Kelebihan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard:-
• PERTAMA di Malaysia
• Nikmati 30% rebet tunai peribadi
• PERCUMA RM300 baucer diskaun
• PERCUMA RM10,000 PA insurans
• PERCUMA kos pengaktifan (cepat & pantas)
• Diiktiraf di seluruh dunia (termasuk verify & withdraw PayPal)
• Kemudahan ‘online shopping’
• Nikmati ganjaran pemegang kad rujukan
• Nikmati ganjaran mata S-Points disetiap Rakan Niaga SmartLink2U (Merchant/Co-Brand)
Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard memang menggunakan Kad NeXG AmBank sebagai asas/platform, tetapi Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard telah mendahului Kad NeXG AmBank. Antaranya:-
1.Maksimum jumlah yang boleh disimpan dalam kad
a.Kad NeXG AmBank – RM10,000.00
b.Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard – RM50,000.00
2.Jumlah pemegang kad
a.Kad NeXG AmBank (mula 2001) – 200,000++ pengguna
b.Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard (mula 2006) – 420,000++
Caj bulanan kepada pemegang Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard ialah RM3.00 dikenakan oleh AmBank Group. Kenapa?? Kerana pemegang Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard menggunakan sistem AmBank Group. Termasuklah mesin auto-teller (ATM), Cash Deposit Machine (CDM), online banking (penyata penggunaan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard boleh didaftar & dilihat di [url]https://ambank.amonline.com.my/[/url])
Sebenarnya caj 2% itu dikenakan oleh bank terhadap pada peniaga sebagai sewa sistem dan mesin swipe kad. Cas itu akan di ‘waive’ sekiranya transaksi mencapai kuantiti yang besar. Peniaga sepatutnya faham Kad PraBayar bukan kad hutang seperti kad kredit. Peniaga tidak faham fungsi Kad PraBayar sebenarnya, oleh itu kita sebagai pengguna perlu menyampaikan info yang tepat kepada mereka.
Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard juga TIDAK dikenakan caj RM50.00 setahun oleh Kerajaan Malaysia.
Untuk mendapatkan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard ini, sila hubungi saya di 016 324 2606 (ERY) atau email saya di [email]zaheri@SmartLink2U.com[/email]. Harga untuk pembelian kali pertama ialah RM55.00 dan pembelian seterusnya hanya RM45.00 (caj penghantaran dikenakan).
Kekuatan SmartLink2U ialah.. SELAGI ORANG BERBELANJA~!! (adakah anda semua akan berhenti berbelanja??)
just nk tahu…sekarang ni ambank nextG ni ader lagi x kt 7E?…pastu..care nk gune cemane?….masuukkan duit dalam akaun NextG tu pastu da bole terus gune ke kad tu?…cthnyer…sejam lepas baru masukkan rm 100…pastu on the spot ke da ader rm 100 dalam tu?…pastu..dengan NextG tu..bole ke kite tunai kt mane2 mesin ATM yg ader(maybank…CIMB…bank islam…etc )??…pastu kalo kad tu hilang…nk buat mcm mane???
nk tanyer lagi…kalo kad ni…bole x diguna di luar negara??…
nak tanye lagik…selain ambank…ader x bank2 lain yg ader kuarkan same jenis mcm Next G ni?…kalo ader…yg mane yg paling elok dan terbaik?