Perempuan, Gadis, Wanita dan Wang…

November 20, 2007

 

Bila kita cuba kaitkan gadis atau wanita dengan wang, ianya selalu akan memfokuskan kepada tabiat berbelanja mereka. Kata orang,

maintenance orang perempuan ini tinggi sket!

Betul ker?

Mereka akan berbelanja untuk barangan ‘peribadi’ mereka lebih dari membeli makanan. Ohhh… lelaki perempuan.

Saya berpendapat, golongan hawa ini perlu membina matlamat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan tidak semestinya bergantung kepada lelaki. hehehe.. (isteri saya pasti jeling-menjeling bila baca topik ni!). Daripada info yang saya perolehi, hakikatnya, jangka hayat wanita hari ini lebih panjang berbanding lelaki… Ohhh.. (merenung nasib sebagai seorang lelaki) :(

…dan lagi info didapati kebanyakkan wanita akan hidup dalam kesempitan kerana mereka kurang ‘bersedia’. Lazimnya wanita berpendapatan lebih rendah (betul ke statement nih) dan wanita juga kurang pendedahan untuk membuat pelaburan (yang nih saya sokong).

Jangan marah eh… walau apa pun hakikatnya, saya nak tekankan disini agar wanita juga perlu belajar mengawal cara berbelanja dan mereka perlu sedar bahawa mengurus kewangan adalah sama penting dengan mendapatkan wang. Tak gitu, isteriku? ohoho..

Jadi, mengapa pula wanita ini perlu mempunyai pengetahuan mengenai kewangan?

Sudah semestinya perlu, ianya perlu seperti mana mereka mempunyai pengetahuan dalam bab berbelanja… hehe.. sedar atau tidak kebanyakan wanita.. diulangi.. kebanyakan wanita berasa mereka tidak begitu memahami soal kewangan peribadi kerana mereka tidak begitu pandai matematik? Atau mereka sebenarnya takut untuk membuat keputusan dalam soal kewangan. Mungkin takut kena marah pasal peruntukan banyak diasingkan untuk berbelanja? ;) Atau, bila mereka ragu-ragu, kecenderungan adalah berdiam diri sahaja. :D

Apalah sangat, jika mereka mengetahui mengenai pengurusan kewangan, ianya dapat membantu mereka juga untuk cekap membuat keputusan. Langsir baru je tukar, so tak payah tukar lagi.. sofa baru je beli awal tahun, so tahun depan tak payah tukar baru. :D wahhh dah cekap buat keputusan nampak?

Dan dengan pengetahuan ini juga, tidaklah mereka tertipu dengan mamat-mamat bangla jual karpet, (Jangan sengih lebih-lebih, nanti orang perempuan marah) ini kerana mereka dah tahu dan belajar membezakan antara keperluan dan kehendak.

Kesimpulan dan secara keseluruhannya, tidak kira anda berjantina apa sekali pun, dengan menjadi seorang yang celik kewangan, anda boleh memperbaiki kualiti hidup melalui amalan mengurus kewangan yang lebih kukuh, membuat keputusan yang cekap dan lebih peka terhadap hak dan tanggungjawab.

Janganlah disebab pandai sangat mengurus wang, rumah tak terhias, makan dicatu dan gigi kuning tak bergosok. Itu namanya, kedekut!

Jumpa lagi esok!

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Comments

38 Responses to “Perempuan, Gadis, Wanita dan Wang…”

  1. nana on November 20th, 2007 3:25 pm

    Wow..hebat betul pandangan yang menulis ni…ehehe.. mengutuk terang2 nampak?? tak semestinya wanita yg byk berbelanja ni tak mempunyai pengetahuan ttg kewangan dan tidak pandai maths!!..amboi..sebenarnya..itulah uniknya wanita..(kan?kan?).Mereka bijak menggunakan wang dengan sepenuhnya untuk keperluan dan kehendak mereka..Kebijaksanaan inilah yang membuatkan kaum lelaki cemburu dan menuduh kaum hawa ini tidak pandai menguruskan wang..Ohh lelaki..sedarlah..tanggungjwb anda adalah untuk ‘menanggung’ wanita..(selepas berkahwin)..hehe.

  2. Noorizam Shah on November 20th, 2007 3:42 pm

    ohho.. tu dia.. isteriku sudah bersuara… ohoho

  3. vangardx on November 20th, 2007 6:30 pm

    haha..memang ade isu yg dibincangkan kat sini..menarik menarik :D wanita memang superwoman malaya..huhu

  4. Mardiana on November 20th, 2007 8:48 pm

    lol…sinis sungguh blog entry awk kali nih.
    tersengih sengih saya membacanya.saya rasa ni lumrah lah kaum hawa untuk berbelanja lebih keperluan peribadi,tapi itu tak membuktikan yg kita juga ni pemboros.zaman sekarang nih bukan org perempuan je yg high maintenance,org lelaki pon sma jugak..

  5. titan on November 20th, 2007 9:38 pm

    Perempuan? Aku mengakui sejak aku mengakhiri zaman playboy aku di sabah dulu. Maklumlah. Orang semenanjung. Memang ramai orang sabah suka..Dan kesannya, rabak gak duit poket yang aku dapat dr internet dengan membelanja diorang. Kalau 1 orang, memang biasalah habis dekat 1 ratus..kalau 10 orang? Bayangla..

    Nyesal dah tak guna. Baik setia pada yang sudi je..

  6. eddyra on November 20th, 2007 11:57 pm

    ya betul.. maintenance kaum wanita memang tinggi. Setuju. Aku hanya perlukan perfume, shaver dan syampoo. Dia.. dia perlukan lipstick, bedak, perfume, syampoo itu dan syampoo ini, bedak kulit rambai, Kotex, cleanser, makjun dan sebagainya.

    Ha3x!

  7. bizmalaya on November 21st, 2007 1:13 am

    esh…kuatnya dia kutuk kaum hawa :),,,tak semua ler kaum hawa macam tu…kadang2 tu kaum hawa pun ada yang lebih jugak

  8. Noorizam Shah on November 21st, 2007 8:15 am

    yes, akhirnya berjaya juga strategi saya untuk menarik minat kaum hawa turunkan komen di sini! sesekali post topik pasal kaum hawa nih ok juga kan? ;)

  9. Noorizam Shah on November 21st, 2007 8:19 am

    mana superwomen Malaysia? hehehe.. ye ke? ;)

  10. Noorizam Shah on November 21st, 2007 8:21 am

    mard.. bagus tersengih2 sambil baca blog ini.. elok utk kulit wajah. hehehe.. baby dah pandai berjalan ye?

  11. Noorizam Shah on November 21st, 2007 8:22 am

    ohh.. yang ini lain kisahnya.. kenangan tu titan.. hehe

  12. Noorizam Shah on November 21st, 2007 8:24 am

    bedak kulit rambai? untuk tujuan apa bedak tu? ;)

  13. eddyra on November 21st, 2007 9:51 am

    bedak kulit rambai, untuk licin kan pipi daaa..

  14. Keuntungan 100% on November 21st, 2007 10:49 am

    hahaha…
    tergelak-gelak saya baca artikel ni…
    lagi-lagi komen yang di tulis oleh perempuan…hehe

    tapi bagi pandangan saya,
    perempuan ni kebanyakkan boros…hehe(jgn mrh)
    mcm mak saya, kakak saya, dan kekasih saya…
    aduh…boleh kering duit poket kalau terus mcm ni…
    tak boleh tgk benda menarik sikit…dah nak beli…hehe

    han

  15. SyawaL on November 21st, 2007 11:40 am

    Assalamualaikum wbt

    ooo….bagus jugak strategi ni utk tarik minat org pompuan komen..

    Pasal kewangan, bini saya yg uruskan sbbnya saya plak yg boros…

  16. Robotys on November 21st, 2007 4:24 pm

    Hahaha, kebenaran yg sememangnya benar. :)

    Tapi terfikir ker kita (lelaki), kanapa kita berrhabis duit gak pada insan tersayang nih?

    1- Sebab tak bagi kang marah/merajuk. Daripada penat nak pujuk baik bagi jer duit tuh.

    2- Sebab kita sayang kat dier (jgn menyesal esok2 hari dah la)

    3- Sebab paling tidak disedari ramai: Sebab kita nak insan tersayang tuh comel+lawa dimata hati. Xkan nak tgk dier serabai/kusam+busuk/tengik. Oh NOOO!!!!

    ps: applicable to “kereta tersayang” juga. ;)

  17. zool on November 21st, 2007 4:32 pm

    Betul ke??? Tak tau pula..
    Aku yang tak pandai pasal wanita..

  18. Norfazli on November 21st, 2007 5:20 pm

    Nasib baik bini saya tak terlalu menghabiskan duit beli alat mekap banyak sangat.

    Nasib baik dia keja.Kalau tidak,saya yang pening kepala…hehehe.

    Info yang berguna ni dari blog noorizam.

  19. Noorizam Shah on November 21st, 2007 5:34 pm

    info ini jika diluaskan fokusnya sebenarnya ia juga melihatkan kaum adam juga.. sapa yang kuat berbelanja biasanya gagal untuk menyimpan. betul tak?

  20. Noorizam Shah on November 21st, 2007 5:40 pm

    sudah semestinya itu realiti, sebab itu saya mengajak kaum hawa untuk memberi komen dan pandangan. berkongsi pandangan itu bukankah lebih baik dari diam membaca dan menyimpan perasaan?

    apa kata kaum hawa? ;)

  21. Norfazli on November 21st, 2007 5:51 pm

    Betul,saya setuju.

  22. Mardiana on November 21st, 2007 6:42 pm

    iyer saya, anak saya baru je pandai belajar berjln.tak tahu kalau esok lusa dia dah pandai lari mcm manalah agaknya.

    kalau kaum wanita cenderung kepada brg2 perhiasan,alat solek,beg2,kasut2 dan sebagainya… saya rasa lelaki pon tak kurangnya kan.in fact ade yg lagi mahal2…saya kasi contoh…hp latest model,pda,computer/laptop,kereta(mod sana,mod sini),motorsikal(ahh yg nih pon sama jugak selagi tak kuat mcm roket selagi tuh tak cukup2),jersey bolasepak,Playstation3,PSP,XBox,Wii,plasma tv,home teathre system,bla bla bla….

  23. Noorizam Shah on November 21st, 2007 7:00 pm

    wohoho.. banyaknya.. tapi itu bukan maintenance bulanan tu.. ;)

  24. titan on November 21st, 2007 10:17 pm

    Haha..takpe. Janji ada duit masyuk. Minta apapun abg perkenankan. Hehe..Sayang punye pasal..

  25. abdfatah on November 21st, 2007 10:51 pm

    kalo dah pandai lari bagi aje bola sepak kepadanya kalo dia minat sukan bola sepak…

  26. shueqry on November 22nd, 2007 3:27 am

    Salam Noorizam, apa khabar? Shueqry di sini.

    Mostly benar, wanita belanjanya memang besar, “maintanance” paling penting.

    Sebelum berkahwin, lelaki berbelanja lebih kepada hobi dan kegemarannya.

    Selepas berkahwin, dah kurang tu semua, tapi semua fulus belanja lelaki tertumpu banyak pada keluarga, bil, bayar rumah, minyak kereta dan belanja seharian.

    Bagi wanita, dari zaman remaja, belanja untuk maintenance kena ada! Ini realiti. Dari segi saikologinya, wanita suka nampak cantik.

    Hehe :)

    - Shueqry -

  27. Mohd Rozee on November 22nd, 2007 9:53 am

    salam semua

    hahaha bob nak komen pun seram…hehe takut2 my mem terperasan pulak komen kat sini..

    Saya bersetuju dengan pandangan saudara Shueqry..100% setuju..cuma jangan lupa pompuan2 di luar sana tu..jangan setakat maintanaince luaran sahaja..maitainance “dalaman” pun perlu…

  28. Mohd Rozee on November 22nd, 2007 9:56 am

    btw..saudara noorizam..nak minta tlg sikit ni leh tak review my blog baru saya tak..http://jutawantani.com/blog. Saya dah transfer dari jutawantani.wordpress.com tetapi terdapat ralat di bawah page..WordPress database error: [Table ‘tanicom_wrdp1.wp_categories’ doesn’t exist]..apa sebabnya yer?

  29. Noorizam Shah on November 22nd, 2007 10:12 am

    bob, mungkin ada kesilapan sewaktu transfer file. ada buat backup file asal tak?

  30. syahid_zul on November 22nd, 2007 11:16 am

    romantik btul pasangan nih..hehehe… (jangan marah) :D

  31. Mohd Rozee on November 22nd, 2007 3:18 pm

    ada..tapi ianya berlaku semasa upgrade Wordpress 2.1 ke 2.3 kalau tak silap..masa tu lah ralat tu keluar sebelum tu takda pula..

  32. Noorizam Shah on November 22nd, 2007 3:28 pm

    bob.. ok saya dah faham, kebiasaannya bila kita upgrade dari versi ke versi, sesetengah blog akan mengalami bugs atau error. Kemungkinan themes yang bob guna sekarang tak berapa nak support version 2.3.

    atau bob ada adjust apa-apa coding dalam themes yang bob guna sekarang? ini mungkin juga jadi penyebab ada error.

    cuba dapatkan bantuan di http://www.wordpress.com. Mungkin ianya boleh membantu bob. Atau alternatif lain, cari themes wordpress yang support versi 2.3.

    kalau tak juga boleh.. sila hubungi saya.

  33. Mohd Rozee on November 23rd, 2007 12:13 pm

    salam noorizam..

    dah settle..tapi aku terpaksa rebuilt balik blog tu..then edit php bahagian footer..ada line command yang berkaitan dengan categories..save..alhamdulilah..hilang dah..

    anyway thanks kerana membantu…tengah belajar edit css
    dan php script tu..ke menu yang mesra bahasa malaysia

  34. Noorizam Shah on November 23rd, 2007 2:31 pm

    waalaikumsalam, tahniah bob. itu namanya baik dan bagus kerana belajar dari error. :)

    saya pun buat blog ini belajar dari kesalahan. cuba dan terus mencuba. :)

  35. eddyra on November 24th, 2007 5:39 pm

    perempuan… kalau tak boleh beli, window shopping pun membawa kebahagiaan buat mereka.

  36. ros on January 14th, 2008 5:07 pm

    ada satu kajian yang dijalankan di forbes mengatakan,’men are lousy investor while women are surprisingly good in that’. pe citer? perempuan kat m’sia nie tak byk menonjol coz xde peluang,nak capai 30% kuota buat keputusan pon tak dapat dari pak lah(lelah tengok…) tu…bukan saya kata,sharizat jalil kate da…kalau tulis ebook pasal pompuan ok x?

  37. PemikirKaya.com » KEMAMPUAN LEBIH HEBAT DARI WANG! on June 28th, 2008 10:02 pm

    […] Begitu jugalah dengan kemampuan ramai kaum lelaki yang berusaha memikat Perempuan, Gadis, Wanita dan Wang… […]

  38. Firdaus on July 15th, 2008 11:09 pm

    Perempuan wanita adalah racun adalah penawar namun darjat diangkat Allah Syurga ditelapak kaki Ibu

Got something to say?