Kisah Budak 12 Tahun Bercita-cita Menjadi Usahawan Internet Termuda…

November 19, 2007

 

Dahulu kita ada kisah seorang remaja berusia 16 tahun bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan internet muda dan kini satu lagi kisah yang mungkin akan menarik perhatian seorang pakcik berusia 57 tahun iaitu mengenai kisah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memasang impian untuk menjadi seorang usahawan internet termuda di Malaysia!

Jangan pandang sinis dengan apa sahaja kata-kata kanak-kanak ini sebaliknya kita lihat dari sudut positif impian murni ini. Saya kini sudah pun berusia 27 tahun dan bakal masuk 28 tahun pada tahun hadapan. Sudah tentu saya cemburu jika budak ini berjaya mengecapi kejayaan menjana pendapatan (buat duit) ketika umurnya belum pun mencecah 13 tahun! Ohhh…

Bayangkan dalam perjalanan umurnya mencecah 21 tahun, dalam jangka masa waktu itu, dia memperolehi pendapatan bulanan minima RM50 sebulan (anggaran minima), berapakah yang bakal dikumpulkan oleh kanak-kanak ini? Banyak tu…

Dan bayangkan pula, ketika ini bakatnya tidak lah sebesar mana… tetapi jika diasah dan beliau terus menuntut ilmu memperbaiki kemahirannya, sejauh manakah kemampuannya? mungkin lebih dari apa yang ada sekarang. Betul tak?

Saya kagum dengan kanak-kanak ini dan sememangnya impian murninya itu menjadi satu cabaran kepada abang-abang dan pakcik-pakcik usahawan internet lain. Ohohoho…

Saya doakan semoga usaha kanak-kanak ini tidak terhenti dikala saya menulis disini. Saya ingin lihat kejayaanmu wahai anak kecil!

P.s: Jika kanak-kanak berusia 12 tahun pun sudah pandai mencari peluang perniagaan secara sah, kenapa masih ada lagi yang butakan hati menjeratkan diri dengan skim cepat kaya?

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Comments

16 Responses to “Kisah Budak 12 Tahun Bercita-cita Menjadi Usahawan Internet Termuda…”

  1. tekukur on November 19th, 2007 4:06 pm

    bersemangat sungguh saya baca topik ini!. terima kasih

  2. megat on November 19th, 2007 4:49 pm

    itulah teknologi mengiringi zaman. klu zaman aku dulu lagi la, umur 20 tahun belum pernah explore internet lagi. beruntung kanak-kanak zaman sekarang.

    semoga kanak-kanak tersebut berjaya!

  3. syahid_zul on November 19th, 2007 5:59 pm

    huhuhu..aku secara peribadi tersentuh hati bile tgk kesungguhan budak2 nih…aku time 12thn xpnah pk sejauh ni..makan minum mak pak sediakan…huhuhu…

  4. Norfazli on November 19th, 2007 7:51 pm

    Noorizam Shah umur 27 ke?Sama dengan saya la.
    Kanak-kanak zaman sekarang sungguh bertuah kerana teknologi maklumat yang canggih sudah tersedia untuk mereka.
    Kalau saya dulu umur 12 tahun,takde banyak benda nak dibuat.Asyik memancing ikan baung aje.Tak pernah terfikir tentang komputer.

  5. vangardx on November 19th, 2007 11:50 pm

    huhu..bagus la kalau mcam nie..tak lama lagi..mhariz dot com pun boleh jadi problogger termuda :P

  6. reezluv on November 20th, 2007 1:13 am

    erm..igtkan sape tadi budaknya..erm..kenal2..tak sangka ade gak bebudak yang peka camni kan..:)

  7. afham on November 20th, 2007 1:39 am

    untung budak ea…jom kite blaja ngan die..

  8. Chee Kui on November 20th, 2007 7:45 am

    phewit. boleh tahan jugak dia ye? ;)

  9. Noorizam Shah on November 20th, 2007 8:34 am

    ohhh.. citer pasal mhariz nih.. saya dah jumpa dia… harap2 bila dia dah pandai menulis.. boleh la dia jadi boss! :)

  10. Noorizam Shah on November 20th, 2007 11:22 am

    ohoho.. nak tau budak ni sapa? masuk la forum wangcyber.com

  11. reezluv on November 20th, 2007 4:41 pm

    hehe..memang kenal..tapi tak nampak selalu die kat WC..wat projek web wo die ni.jangan memain..

  12. titan on November 20th, 2007 6:51 pm

    Apakan daya aku. Waktu itu aku hanya mengenal Pac-Man dan Bomberman sahaja. Internet pun aku rasa tak wujud lagi kat Malaysia waktu tu..Hoho..

  13. shueqry on November 22nd, 2007 3:31 am

    topik ini memberi saya inspirasi yang sungguh besar!

    Bersemangat untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

    Thank You :)

    - Shueqry -

  14. exinco on November 25th, 2007 2:53 pm

    budak-budak sekarang ni semakin pintar. maklumlah ada susu dugro,dumex eh.. dan macam2 lagi. bukan mcm zaman saya susuibu je

  15. Noorizam Shah on November 25th, 2007 3:08 pm

    ohoo. teori yang menarik nih exinco… “selamat datang exinco ke blog Noorizam Shah (dot) com” :D

  16. Syamsulariff.com » Who is currently the youngest internetpreneur in Malaysia? on February 1st, 2008 12:50 pm

    […] - 12 years old, web design, logo design, graphic related, web […]

Got something to say?