Sebab Kenapa Ebook Satu Bisnes Yang Menguntungkan…
November 18, 2007
Mengapa saya katakan ebook adalah satu bisnes yang menguntungkan? Ini jawapannya…
Jika anda mempunyai produk yang ingin dipromosikan, ebook boleh dikatakan salah satu alat promosi yang baik. Bagaimana ia berfungsi? Ohhhh… ia tidaklah semudah makan kacang tetapi dengan cara yang betul anda boleh menjual produk hanya dengan cara menulis ebook.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Sebelum itu, jika anda merupakan pengunjung baru blog ini, anda dijemput untuk subscribe blog ini secara percuma dan jadi orang yang terawal terima info terkini di sini!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Katakan anda mempunyai produk menjual kacang goreng di internet, jadi anda tulis mengenai kebaikan memakan kacang goreng berserta faedah-faedahnya. Berikan ebook ini secara percuma kepada pembaca yang berminat dengan info ini dan jangan lupa memberikan maklumat-maklumat mengenai perniagaan kacang goreng anda seperti dimana mereka boleh mendapatkan kacang goreng terbaik, no telefon atau laman web kacang goreng anda! Lihat, inilah teknik pemasaran yang mudah, murah dan cepat.
Selain itu, jika anda ingin menjana keuntungan jangkamasa pendek dan panjang, ebook adalah produk yang sesuai untuk anda. Keuntungan jangka masa pendek disini, jika anda menjual ebook dengan meletakkan harga, anda boleh memperoleh keuntungan dalam masa 1-3 tahun. Untuk jangka masa panjang, ebook anda boleh dikemaskinikan tanpa kos yang besar dengan memasukkan input-input yang bersesuaian dengan keadaan waktu itu.
Dan yang terbaik, jika anda memberikan mereka ebook secara percuma, ebook yang diedarkan secara berleluasa akan memberikan anda keuntungan jangka panjang melalui link-link yang diletakkan untuk tujuan perniagaan. Sebagai contoh lihat sahaja rakan usahawan internet lain bagaimana mereka memberi anda ebook-ebook percuma dan secara tidak langsung meletakkan link-link affiliate dan perniagaan. Kaedah ini sebenarnya menguntungkan mereka. Nampak?
Skop pemasaran ebook sebenarnya tidak terhad seperti mana buku yang terdapat dalam pasaran hari ini. Anda tidak perlu gusar tentang soal pembungkusan dan penghantaran kerana ebook didatangkan dalam bentuk digital. Hanya melalui satu klik, pelanggan akan terima ebook anda tanpa perlu menunggu sampai 7 hari bekerja!
Walaupun hari ini banyak ebook-ebook keluaran penulis tempatan, akan tetapi penerimaan pelanggan khususnya dari Malaysia adalah baru, mereka mungkin sudah biasa dengan membaca melalui buku “hard cover” dan membaca ebook ini pula sedikit janggal kepada mereka. Sebaliknya, ini tidak berlaku di luar negara kerana kaedah seperti ini telah diterima oleh mereka lebih awal, sebab itulah kenapa orang barat amat suka mencari dan membaca maklumat melalui ebook.
Pencarian maklumat tidak terhenti kepada maklumat peluang buat duit sahaja, malah ebook mengenai cara menjaga anak, membina rumah binatang peliharaan, kaedah memilih fung-sui, cara bermain golf dengan baik dan panduan memilih makanan sihat, semua ini mendatangkan kebaikan kepada pembaca.
Jadi anda tidak perlu bimbang soal ebook jenis pasaran apakah yang perlu anda tulis. Yang penting disini, anda perlu tahu masalah dan cari penyelesaian masalah tersebut dengan menghasilkan ebook.
Jadi sebab itulah saya katakan kenapa ebook adalah bisnes yang sesuai untuk dijual.
Pesanan khidmat masyarakat: Jauhi skim cepat kaya tidak kira di internet atau tidak! Dapatkan kupasannya disini!
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentComments
20 Responses to “Sebab Kenapa Ebook Satu Bisnes Yang Menguntungkan…”
Got something to say?





















































Bagi saya ebook memudahkan pengguna mendapatkan maklumat kerana untuk mendapatkan ebook,seseorang hanya perlu download sahaja di internet.
ehem…Noorizam Shah bila nak buat ebook?
fadzli saya dah ada ebook.
1. gerak hati motivasi minda - ebook percuma 2006.
3. dalang skim cepat kaya dan pelaburan internet haram dibongkar - 2007 (hyipoint.com)
bila agaknya aku dapat memberi ruang untuk aku sendiri untuk lakukan seperti menjula ebook!?
bila?? mulakan segera la..
yup.
Pasaran utk ebook ni luas. kita boleh buat apa2 topik
oh… ebook saya pernah berjaya menghasilkan RMxxxx (4 angka) dalam masa 2 minggu.
Cari permintaan, cari penyelesaian untuk permintaan tersebut, jual..
Ebook mmg menguntungkan, tapi pastikan tulis Ebook yg isinya diperlukan orang ramai.
- zul
hai.. smartzul pun ada kat sini? you’all memang best la!
[…] menguntungkan.Mengapa saya boleh menzahirkan perkataan satu peluang perniagaan yang menguntungkan?Sebab kenapa ebook satu bisness yang menguntungkan dan […]
Yup. Saya dah lama kenal En Noorizam kita ni. Tapi Online jer la.
yer.. saya kena smartzul nih online jer.. lambai sket tangan kat smartzul…
BIasala tu. Ini adalah sumber ke 3 pendapatan aku terbesar selain affiliate program dan paid per post program. Hoho..PPC adalah yang ke Empat. Yap. Memang untung gila!!
Salam Noorizam, Shueqry di sini.
Pasaran eBook amat meluas, terutama di dalam Bahasa Malaysia untuk 2-3 tahun akan datang. Waktu tu masyarakat dah kenal apa dia ebook, selain buku biasa.
Jual maklumat memang akan sentiasa laku punya. Lebih-lebih lagi bila maklumat tu dapat menyelesaikan masalah ramai orang. Tadi saya baru terjumpa website menjual eBook membuat soya, namanya SoyaDIY.com.
Post yang menarik!
- Shueqry -
Macam kenal jer yer soyadiy.com tu :p .
Sapa lah pemilik web tu agaknya
saya nak tulis ebook, nak guna program aper selain dari adobe illustrator?
nak tulis ebook, sila guna open office. boleh download free kat internet.
bagaimana nak memulakan?
sy dah lame nk tulis ebook tapi pening pikir tajuk,kalau pakai konsep ‘how to’ memang takde ape yang reti…ada cdgn lain x?
jemput ke laman web kuasalelong.com .. dapatkan tawaran terhad ini!
nantikan produk terbaru saya yang bakal dilancarkan pada bulan MAC ini!