Jika Anda Anak Jantan, Usah Menyamar… Apa Kes?
November 17, 2007
Topik ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Maaf jika yang tergigit cili kemudian terasa pedas.
Ohh…. kewujudan blog di alam siber hari ini umpama cendawan tumbuh seperti hujan. Pelbagai genre penulisan. Ada yang menulis menggunakan bahasa yang santai, puitis, keras “straight to point”, berkias-kias (macam saya ker? ohoho). Mood-mood hasil dari topik yang ditulis banyak menggambarkan keceriaan, kegembiraan, kekecewaan, pemberontakan dan ada juga menggambarkan dendam yang tak akan padam.
Maka wujudlah pelbagai “nama pelik” yang mewakili identiti mereka. Jika anda lihat, penulis blog di Malaysia masih ramai yang cuba menyembunyikan identiti masing-masing. Kononnya tidak mahu popular atau memang mereka mencari populariti dengan nama seperti itu (ohhhh.. nama untuk tujuan perniagaan dikecualikan).
Apa pun yang lebih teruk lagi, jika komentator blog mereka juga menggunakan identiti “sembunyi” untuk menghentam penulis blog di ruang-ruang komen. Ibarat baling batu sembunyi tangan. Ini realiti. Cuba tanya blogger-blogger lain kenyataan ini. Ingin bersuara tapi amat penakut tonjolkan identiti sebenar.
Menggunakan nama samaran palsu dan email palsu sudah menjadi lumrah bagi mereka yang bukan bergelar “anak jantan”.
P.s: Maaf pakcik Jantan, ia tidak ada kena mengena dengan anak pakcik!
Ok ke topik ini? hahaha
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
18 Responses to “Jika Anda Anak Jantan, Usah Menyamar… Apa Kes?”
Got something to say?





















































Topik menarik.
Kadang-kadang, ada individu yang hanya berani bersuara tanpa menonjolkan identiti mereka yang sebenar. Tapi, sebenarnya jika kita trace IP mereka dan matchkan dengan mana-mana komen terdahulu yang mereka buat sebelum ni, mereka akan kantoi juga.
Saya rasa, tidak perlu berasa takut untuk bersuara jika kita rasa apa yang kita katakan itu benar. Jika takut, baik diamkan saja.
Betul tak?
yea yea chee kui.. topik ini sesuai sekali untuk mereka yang suka menghentam, mengutuk, mencaci, memaki melalui penggunaan nama samaran dan email palsu… hehehe.. kalau saya jumpa komentator sebegini saya ban jer..
memang tidak di nafikan semua itu…dunia internet…
tak berapa nampak disebalik penulis itu…bagi orang yg berilmu dan waras, pastinya kerja-kerja mengutuk, menghentam, mencaci dan sewaktu dengannya itu berat untuk dilakukan.
Lebih baik mereka menumpukan benda-benda yg lebih berfaedah kan…
Tp ya lah…kita tak boleh nak halang hak orang. Namun biarlah kita nasihat menasihati untuk kecerahan masa mendatang..he he ………..mcm pakar motivasi pula.
Pi lantak diorang la. Kalau nak kutuk pun. Bukan dapat pahala pum. Biarla diorang dengan labu air yang dah betampal2 tu..
Bab topik ni,saya rasa saya setuju lah.Lagipon kan tak beradap dan kurang ajar bila mereka meninggalkan komen-komen yg ingin memburukkan atau membidas seseorang tetapi komen yg ditinggalkan tu diletakkan pula pat lelaman blogger lain.pengecut betul.
saya bersetuju dengan komen anda koibito. Selamat datang koibito
memang berhati waja titan ni… hehehe
wahhh.. sampai paparkan web blog lain.. itu sudah lebih tu mard. aha.. pernah lihat ke orang semacam tu?
rasanya pernah baca org tu komen..:)erm..memang agak tak sedap didengar..bese la..sape makan cili..die ar rasa pedasnya..tul tak?:)
saya guna id ni dah lama..tak sangka selesa gak ngan id ni..:)
hhahaha…tulisan ko makin tajam akhir2 ni bro..
apa2pun aku xpnah kene lagi org komen pakai id palsu.
saya suka komen titan ni…
lantak dia lah…
memang buang masa layan orang yang mcm tu…
han
yela…
pengecut batul…
kalau betul nak kutuk, kutuk lah depan2…
tak yah lah main belakang camtu…
han
ni perkara biasa dah…
memang tak boleh lari kalau nak berblog…
mesti ada yang dengki atau nak menjatuh kan kita…
manusia kan…
tu lah sikap manusia…
takde kerja lain…
cuba lah buat benda yang berfaedah sikit…
tak lah sia2 hidup tu…
han
selamat datang han.
bagi aku apa jugak yg dia orang nak cakap, jgn kita jadikan alasan….yg penting kita tahu dan yakin apa jugak tindakan yg kita buat sememangnya dah kita fikirkan, baik buruknya..asalkan kita ingat dosa pahala..alhamdulilah..kalau kita asyik nak pikir apa yang orang kata,sampai bila pun kita tak maju..pendek kata jgn layan orang yg punya prinsip cam tu
baguih komen hana
topik yg cukup menarik noorizam. kadang2 saya suka baca komen mereka. it make me wiser.
Salam Noorizam, Shueqry di sini.
Bagi saya, di Internet “menyamar” itu memang satu lumrah, dah tercipta Internet tu ada disebalik keyboard dan monitor. Satu IP leh cipta beratus ID email percuma.
Kita kena bijak bila handle komentar negatif ni.
Baik kata Adam Khoo, “Be In Control”
- Shueqry -