Bila Ada Mencari Rezeki Halal, Anda digelar POYO…
November 15, 2007
Saya ketawa sendirian melihat seorang forumer apabila dia membidas dan memperlekehkan rakan yang mencari jalan menjana pendapatan di internet (itu pun saya terbacanya melalui backlinks). Sehingga sampai waktu dan ketikanya, nama saya disebut dan dikaitkan dengan skim cepat kaya. Kesian kawan yang kena perlekeh tu.
Oh… untuk pengetahuan anda, seawal penglibatan saya di internet, saya tidak pernah lagi mengalami kerugian maha besar dahsyat sehingga menjejaskan litar pintas kepala otak saya akan terjebak dalam kancah SKIM CEPAT KAYAP. Saya juga tidak menjadi ‘gila’ seperti beberapa kaki-pro-fanatik yang menjadi tahi ’skim cepat kaya’ sehingga mereka tidak sedar betapa mudahnya mereka menjadi makanan orang cerdik.
Saya berhenti dan lari ketika saat bangunan hendak runtuh. Saya masuk ke tempat yang lebih aman dan selesa. Tetapi ada orang walaupun runtuh, mereka terus juga membina pondok-pondok kecil di dalam kawasan runtuhan. Mereka menanti harapan supaya bangunan itu dibina semula. Walaupun hidup dalam keadaan yang kotor dan berdebu, mereka masih mahukan kembali (forumer $%#^ tidak sukakan forumer wangcyber). Pendek akal mereka jika sertai forum WangCyber, katanya.
Saya melihat kesungguhan mereka yang berubah dan ingin mencari peluang dengan cara yang betul. Mereka berusaha walaupun dihalang dengan kata-kata cacian. Nah, lihat bagaimana negara Jepun bangkit dari kesengsaraan perang?
Pengguna internet semakin sedar, buktinya lebih 1000 naskah ebook saya telah dimuat turun dalam masa 5 bulan dan ianya telah dibaca oleh rakan dari negara Indonesia, Brunei dan di Malaysia. Dan semestinya telah memberi pendapatan sampingan kepada rakan-rakan yang berusaha menyebarkan ebook ini kepada mereka yang inginkan kesedaran.
Saya tidak akan menjadi kaya raya dengan menjual ebook ini kerana saya mempunyai peluang membuat kekayaan dengan sumber lain. Ini adalah kaedah perkongsian dan memberi peluang pendapatan secara adil kepada mereka. Syor saya, tuntutlah ilmu di dada, jangan jadi bodoh sombong seperti orang dungu sehingga anak cucu terus ditipu, kampung halaman terus tergadai. Tidak perlu gentar dengan suara minoriti kerana majoriti masih lagi menyokong.
“Kita tidak tahu apakah DIA akan memberi rezeki yang banyak atau sedikit kepada kita. Kita juga tidak tahu bila kita akan berjaya. Satu-satunya hal yang boleh kita lakukan saat ini adalah berusaha untuk mendapatkannya…”
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentComments
16 Responses to “Bila Ada Mencari Rezeki Halal, Anda digelar POYO…”
Got something to say?





















































hati saya terbuka membaca topik ini. Ya, skim cepat kaya akan membuatkan kita kayap… kayap itu lebih ramai dari kaya raya..
setuju dengan jimbara, orang Malaysia nih pelik sket, bila nampak je program buat duit cara mudah mula la terpengaruh. contohnya sekarang ni program perkongsian hartanah ada sebuah syarikat perumahan yang menjanjikan keuntungan tetap dengan pelaburan rendah.
saya masih baru mempelajari internet, sila tunjuk ajar. terima kasih.
waa…aku stuju bangat sama ini pendapat…
huhu..
mmg benar. utk capai sesuatu yang kita inginkan bukannya mudah klu tanpa usaha yang gigih dan sentiasa mencari kelemahan dan peluang
melihat kelemahan dan merebut peluang…
buka mata dan kita buka minda..
sebab jadi macam tu kerana ilmu yang salah telah diterapkan mengenai program menjana wang atau bagaimana nak dapatkan duit dari internet..semua igt ape yang dari internet tidak ada tipu daya dan semuanya akan jadi cepat..kalau itu tanggapan mereka..SILAP>>
kalau nak dapatkan income dengan hasil yang lumayan dan dapatkan income yang bertahan dalam jangka masa panjang..memang ade caranya..tapi tak semuanya jelas dengan cara yang betul..lebih ramai yang ingat,kita dapat duit dari internet hanya untuk sementara..tapi ade ke yang pikir untuk jangka masa panjang..cepat sangat naik…cepat la turunnya..:)
hehe biasalah tu tatkala bermain silap mata MAWI. jika nak main silap mata dengan skim cepat kayap anda kena berani hadapi risikonya untuk mendapatkan koyok tertampal kat tepi dahi anda…
bisalah kalo bijik mata dah rabun dengan cara nak cepat kayap. ada saje alasan untuk terjebak walau tidak banyakpun sedikit cuma… hahahaa… kayap memang kayap laa jadinya. kalo asyik habiskan duit aje untuk join skim kayap tercepat tersebut…
kena tipu oleh penipu tahap antarabangsa…
kita jugak yang tercengang dan terlopong tatkala dah lingkup…
Dah normal. Tak kesahla. Poyo pun poyolah. Janji PTPTN aku habis bayar tahun nih. Daripada jadi jutawan. Tapi PTPTN pun tak mampu bayar. Tu lagi Raja Segala Poyo..
dalam gambar eksyen berkereta besar..senyum bangga sambil tunjuk isyarat bagus..hakikatnya..beban hutang yg ditanggung dgn keadaan ragu2 samaada mampu bayar ke tak
[…] Kenapa mesti poyo rezeki yang anda cari dengan cara yang paling lambat atas muka bumi ini? […]
takper hutang tu seiring dengan bayaran komisen hasil dari tajaan yang bersimpang siur dari pelbagai saluran downline…
tunjukkan aset tu adalah antara satu taktik rahsia dalang skim cepat kaya!
poyo tu ape sebenarnye? selalu sangat dengar orang cakap tp tak paham
akma: poyo tu macam “good-good” je