Berkongsi Kisah Kejayaan dengan “Jutawan Jenama”
November 15, 2007
Hari ini, saya amat teruja oleh kerana satu topik yang amat jarang disampaikan akan dikupaskan oleh Irfan Khairi. Kali ini, mereka menjemput “Jutawan Jenama”, Spencer Wing untuk berkongsikan
kisah kejayaannya dan strategy bagaimana hendak membina jenama perniagaan yang hebat!
Sekiranya anda tidak pernah dengar nama Spencer Wing, beliau adalah seorang multimillionaire yang bertanggungjawab atas penjenamaan syarikat gergasi seperti Petronas, Tenaga nasional dan
Multimedia Development Corporation dibawah syarikatnya SpencerAzizul. Seorang tycoon pengiklanan, beliau juga memiliki sebuah galeri seni lukis di Mont Kiara bernama “Art Salon”, seorang usahawan yang berjaya, beliau meletakkan “penjenamaan” sebagai strategy untuk berjaya.
Mengapa saya amat teruja? Ini kerana Irfan Khairi sendiri mengakui bahawa strategy perniagaan yang paling penting adalah penjenamaan atau “branding”. Sekiranya anda ingin tahu rahsia jutawan-jutawan usahawan serata dunia tidak kira siapa, jawapannya adalah- membina jenama perniagaan yang hebat! Sekiranya anda memiliki perniagaan atau merancang untuk memiliki perniagaan- bualbicara bersama jutawan jenama ini tidak harus anda lepaskan untuk mengetahui
rahsianya!
Sekarang apakata anda pergi ke Radio24 93.9FM (frequency untuk kawasan Lembah Klang sahaja) atau secara streaming di http://www.radio24.com.my dan dengarkan apakah tips-tips menarik dari “Jutawan Jenama” ini!
P.s: Lekas! waktu siaran dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang sahaja!
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentComments
2 Responses to “Berkongsi Kisah Kejayaan dengan “Jutawan Jenama””
Got something to say?





















































terlepas siaran pula. saya kerja waktu tu. kenapa irfan khairi tak buat masa prime time?
Salam Norizam, Shueqry di sini.
Saya pernah membaca mengenai Spencer dan SpencerAzizul. Azizi Ali juga pernah menyebut tentang mereka berdua dalam bukunya Jutawan Ekstreme.
Penjenamaan memang hebat, bagi seorang blogger, ia bagaikan “life blood”. Irfan Khairi membetulkan penjenamaan nama saya hari tu di blognya, sebab nama yang bertindih dengan Dr Shukri Abdullah.
Kat sini :
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/rahsia-membina-jenama/
Apa-apapun, artikel yang menarik dari Noorizam.
Thank you
- Shueqry -