Seller Malaysia, Anda Ditegah Menjual Produk ini di eBay…
November 13, 2007
Kepada mereka yang berkobar-kobar untuk menjadi penjual produk di eBay, pastikan anda memahami dan mengetahui produk-produk yang bakal anda jual di internet memenuhi syarat atau tidak. Anda bebas menjual produk anda ke mana jua destinasi pilihan anda akan tetapi produk-produk anda perlu mematuhi syarat kebenaran atau berlandaskan undang-undang negara anda dan negara pembeli produk.
Untuk bakal penjual dari Malaysia, sila ikut panduan ini untuk memastikan anda tidak terkeliru dan membuang masa meletakkan senaraian produk anda di eBay.
1. Jangan jual tembakau di eBay.
2. Jangan jual produk cetak rompak seperti VCD, CD atau DVD. Produk original juga tidak dibenarkan dijual*
3. Jangan jual produk yang ada kena mengena dengan penagihan dadah.
4. Jangan jual produk tajam atau berbahaya seperti kelongsong peluru.
Demi kemudahan anda, sila rujuk pada polisi yang ditetapkan oleh eBay disini.
Kenapa saya katakan anda ditegah menjual produk berbentuk CD? Mulai hari ini anda perlu tahu bahawa Kastam tidak membenarkan sebarang bentuk produk berkaitan CD dihantar ke luar negara. Sama ada anda menjual produk digital untuk tujuan perniagaan yang sah juga tidak dibenarkan. Mungkin ia adalah mimpi buruk bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti Russell Brunson’s
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
14 Responses to “Seller Malaysia, Anda Ditegah Menjual Produk ini di eBay…”
Got something to say?





















































ehhhh…jual pistol boleh tak ?
ermm,,nak komen sedikit…salah satu punca masalah ini terjadi bagi rakyat malaysia adalah kerana tidak membaca policies sebelum menyertai sesuatu perniagaan…maybe tak pandai ore putih
yea betul tu…aku pun b.i ni merangkak lah juga. Nama aku sendiri dah kena ban gan ebay pasal aku tak bawa policy masa awai2 aku join bisness ebay. ehehehhehe…
bnyk lagi produk lain boleh jual kat ebay tu
polisi peribadi perlulah kita fahami terlebih dahulu untuk mengelakkan perniagaan kita di ban oleh sesetengah pihak
uiks… jual pistol.. lom penah lagi jumpa org jual pistol kat ebay.. ohoho.. pistol mainan lepas tak? tak lepas juga kan?
yeahh.. sebenarnya sesiapa yang tidak faham bahasa inggeris memang ada masalah untuk memahami polisi yang ditetapkan oleh ebay. jadi tunggulah, saya akan bantu untuk terangkan dalam bahasa Malaysia.
tunggu dalam proses nih..
ohhh memang banyak produk yang boleh dijual sehinggakan telur ayam serama pun laku di ebay.. ohoho
yeah… biasanya kalau kita ‘terlanggar’ polisi ebay.. dia akan kasi amaran 1-3 kali.. kemudian kalau masih tak dengar kata.. ambik la BAN! hehe
ahahaha..semalam aku kena jawab dgn ebay 10 soalan kalau tak silap aku…byk listing aku kena remove, mujur tak kena vero program..akaun stanby pun dah buat lagi. Opp saya guna step rahsia. Kena Ban berapa ratus kali pun boleh bisness lagi. Nak tahu step rahsia bayar saya RM1000. ehehehe…mata duitan sungguh aku ni.
Biasala tu. Satu lagi. Jangan jual beli paypal kat e-bay. Sah-sah kene banned. Hohoho!!
ko ada praktikkan ker titan? kalau jual coin dengan wang kertas tu boleh la.. tapi kalau jual beli duit dalam paypal memang sah cari naya.. ohoho
Kalau DVD Ori dari luar Negara tu macam mana?
I ade beli tu LOST 3 DVD Ori dari Ebay sebagai simpanan exclusive dan tontonan persendirian , agak lampat sampai pada bulan yang lalu, dan terdapat nombor rujukan kat envelope tu.
Ade masalah ke ni?
kalau beli dari oversea memang tak ada masalah.. tapi kalau nak jual DVD ke luar negara memang tak lepas. boleh rujuk kat kastam.