Cara Ringkas Menyimpan Duit Anda Setiap Bulan.

November 12, 2007

Saya diaju soalan oleh seorang pembaca mengenai cara termudah untuk membuat simpanan tetap bulanan. Ini kerana, pembaca berkenaan sering gagal untuk menyimpan wang walaupun sedikit oleh kerana nafsu yang membuak-buak bila melihat wang ditangan.

Oh.. saya tiada tips yang hebat untuk dikongsikan tetapi dengan kaedah yang bakal saya beritahu ini pasti sedikit sebanyak membantu pembaca berkenaan atau anda untuk mula praktikkannya.

Jika anda seorang pekerja kepada seorang majikan, pastinya anda mempunyai akaun untuk pembayaran gaji. Setiap bulan majikan anda akan memasukkan gaji ke dalam akaun dan anda perlu buat semakan setiap bulan untuk pastikan anda terima gaji tersebut.

Apa yang perlu disini, anda perlu memiliki satu lagi akaun untuk simpanan peribadi anda. Kaedah mudah yang boleh dipraktikkan, beritahu majikan anda supaya mereka membuat potongan gaji secara terus ke dalam akaun simpanan peribadi anda.

Ianya sama seperti mana majikan anda mengasingkan gaji kasar anda dengan menolak sejumlah wang dan dicarumkan di KWSP setiap bulan. Sebagai contoh, anda boleh buat pemotongan gaji sebanyak RM200 setiap bulan.

Saya berpendapat, kaedah ini berkesan kepada anda yang sukar menyimpan wang, maklumlah bila lihat jumlah masih banyak dalam akaun mula la tak sedar diri. ;)

Untuk anda yang bekerja sendiri, anda boleh gunakan kaedah perbankan auto debit. Sama juga seperti di atas, anda telah menjimatkan tenaga dan masa anda. Tidak perlu memandu ke bank dan menghabiskan banyak masa dibank semata-mata untuk menyimpan sedikit wang untuk simpanan anda.

Kesimpulan: Lakukan auto-debit demi masa depan kewangan anda. :D

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Cara Ringkas Menyimpan Duit Anda Setiap Bulan.”

  1. armani on November 13th, 2007 9:07 am

    simple dan berkesan! :)

  2. ahmadi hussin on November 13th, 2007 9:19 am

    memang cara mudah simpan duit. makcik saya sampai boleh pergi ke Mekah bila dia praktikkan kaedah ini sejak 10 tahun lalu.

  3. kita on November 14th, 2007 10:37 am

    wahhh…satu tip yg bagus bagi kita yang borus :)

  4. Noorizam Shah on November 14th, 2007 10:47 am

    autodebit wajar digunakan oleh semua orang. rakan usahawan internet lain guna tak kaedah autodebit ni? ;)

Got something to say?