Jangan Lakukan 4 Perkara Sewaktu Mula Membida di eBay
November 5, 2007
Bertemu lagi,
Memang seronok rasanya membeli belah di eBay. Setiap hari statistik di eBay menunjukkan peningkatan pembeli baru dan ianya dijangka terus meningkat pada tahun 2008. Saya mula melibatkan diri di eBay pada tahun 2006 dan mula serius pada tahun 2007. Saya ingin kutip pengalaman berharga ini dan menilai bakat saya sebagai penjual produk online.
Ya, semua itu tidak sia-sia, dengan membaca, bertanya dan menyelidik, saya telah menjana lebih 4 angka melalui eBay.! Hari ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai beberapa perkara terlarang yang perlu anda hindar semasa memasuki laman web eBay.
1. Membida sekadar suka-suka
No JoyBidder please! Kebanyakan penjual di eBay tidak suka kepada mereka yang hanya membida tetapi tidak membayar. Anda perlu tahu, kebanyakkan penjual adalah mereka yang serius dalam perniagaan. Jadi, jika anda tidak berminat dengan produk mereka, jangan sesekali membida, jikalau tidak feedback negative akan diterima. Paling teruk, id anda akan dihantar kepada eBay untuk tindakan lanjut.
2. Tidak membaca isi kandungan atau surat jualan produk sebelum membida.
Sila fahamkan isi kandungan yang ditulis termasuklah terma dan syarat yang ditetapkan oleh penjual. Jika anda masih ragu-ragu, sila hubungi penjual terlebih dahulu. Jangan terus membida. Jika tersalah bida dan anda diumumkan pemenang, anda perlu membayarnya. Tidak boleh undur lagi. Ingat! No Joy Bidder!
3. Tidak menggunakan Watchlist apabila mula membida.
Ramai pembeli-pembeli baru mengabaikan function watchlist ini. Tujuan watchlist diwujudkan adalah untuk memantau perkembangan semasa produk. Dengan watchlist anda boleh mengetahui tempoh tamat produk yang dibida dari masa ke semasa. Oleh itu, anda tidak akan ketinggalan untuk membida semula jika anda masih inginkan produk tersebut. Seperti saya, saya akan installkan juga eBay alert bagi memudahkan saya mengetahui status produk walaupun saya tidak log masuk ke eBay.
4. Jangan lewat membuat bayaran.
Ini juga menjadi satu masalah kepada pembeli baru. Mereka pasti akan terlepas pandang dan tidak menyedari mereka telah memenangi bidaan. Saya ada satu kes, dimana seorang pembida telah membida produk kemudian beliau senyap tanpa dapat dikesan. 10 hari kemudian beliau menghantar emel kepada saya menyatakan maaf kerana beliau baru sahaja lepas bersalin dan masih berada dalam keadaan pantang. Mujur saya masih lagi mempunyai stok, tetapi saya tidak dapat menunggu lebih lama kerana seawal lagi saya telah memberikan beliau negatif feedback. Mengikut dari terma dan syarat, beliau perlu membuat pembayaran 3 hari dari tarikh beliau berjaya membuat bidaan. Walauapapun, saya masih lagi memberi peluang mereka yang berjaya untuk membuat bayaran dalam tempoh 7 hari. dan 3 hari lagi tambahan untuk waktu kritikal. Produk yang tidak terjual, anda di relist semula.
Diingatkan kepada pembida atau pembeli baru, ikutlah arahan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Sila catatkan masa tamat bidaan dan sentiasa semak akaun anda untuk ketahui status terkini produk yang dibida. Jika anda ingin merasai seronok menjual beli di eBay, elakkan melakukan perkara yang dilarang ini. Jumpa lagi
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
10 Responses to “Jangan Lakukan 4 Perkara Sewaktu Mula Membida di eBay”
Got something to say?





















































ya..seronok membida di ebay nie..lagi2 dapat bid dgn harga yg murah dan barang tu pula memang barang yg kita inginkan
semestinya berbaloi jika bijak membeli di ebay!
Aku puas hati dengan mat salleh ni..lepas bid, menang terus bayar. Jika ada masalah dia org akan email.
OOPPP…aku tersilap buat komen daa..lari tajuk pula. sorry geng
tak apa.. ok jer… ohohoho
pasai nama hang sama… aku panggil duan jer la yer..
oh, ebay tak penah layan, belum berani lagi, tapi ada niat nak layan kaw-kaw suatu hari nanti, sebab baru je pakai debit card mastercard dan register paypal (pembayaran dan terima bayaran kat ebay pakai paypal kan, kan?)
saya dulu pernah gian tak hengat berjual beli kat lelong.com.my - reliable jugak woo…! he
erm..bagus tips ni..saya nak start sebenarnya shopping kat Ebay ni..aritu member mintak tolong..camne nak beli barang online ni..
nak beli kasut..tapi tgk Ebay Malaysia..takde plak kasut Nike tu..erm..ade Ebay US..tapi tu la kan..bid..sape menang la die dapat ye tak?
lagipun tak bape clear tentang bid2 ni..:)kalau ade panduan camne nak membeli di Ebay ni best gak kan?why not tulih satu?amcam?
dalam proses nak siapkan ebook versi terkini tahun 2007/2008
saya bersetuju dengan kenyataan ini. 4 perkara ini jika ada pada diri anda…saya nasihatkan jangan cuba membida produk di eBay kerana penjual cukup tidak suka dengan tabiat ini.