Siti Salmah Bakal Dapat Paru-paru dan Jantung Baru…

November 2, 2007

Inilah kelebihan rakyat Malaysia. Penuh prihatin dan saling bantu-membantu. Ingat lagi dengan post saya yang lalu mengenai Siti Salmah?  

Untuk pengetahuan anda, Siti Salmah Jasni si gadis manis bakal menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru malam ini (ketika post ini ditulis).

Organ ini adalah sumbangan seorang wanita yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah. Walaupun ceritanya tidaklah sesensasi adik Tee Hui Yee, penderitaannya juga hampir sama.

Kita doakan sekali lagi, semoga pembedahan ini selamat dijalankan.

P.s: Rakyat Malaysia semakin prihatin dan terbuka mengenai pendermaan organ.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “Siti Salmah Bakal Dapat Paru-paru dan Jantung Baru…”

  1. Noorizam Shah on November 4th, 2007 7:54 pm

    Bapa gembira keadaan Siti Salmah makin baik

    Oleh WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY

    KUALA LUMPUR 3 Nov. – Siti Salmah Jasni, 18, yang menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru serentak di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, menunjukkan perkembangan positif.

    Masalah tekanan darah rendah yang dialami oleh gadis itu semalam juga dilaporkan semakin baik hari ini.

    Bapanya, Jasni Zainal, 52, memberitahu, doktor yang merawat anaknya memaklumkan berita gembira itu pagi tadi dan memintanya terus bersabar dan berdoa kerana tempoh menunggu 72 jam masih belum berakhir.

    ‘‘Syukur. Walaupun adik (panggilan manja Siti Salmah) masih belum sedar, saya tahu dia tabah dan kuat untuk semua ini.

    ‘‘Dia masih memerlukan bantuan mesin. Apa yang berlaku hari ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dan debaran menunggu,’’ katanya ketika ditemui di IJN hari ini.

    Tambah Jasni, dia sendiri sebenarnya tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam unit rawatan rapi (ICU) yang menempatkan anaknya.

    ‘‘Hanya ibu dan adik kepada Siti Salmah yang memerhati dari luar cermin ICU. Tiada orang boleh masuk kerana bimbang berlaku jangkitan kuman.

    ‘‘Itu sudah cukup. Walau dari luar, saya tahu adik dapat merasai kehadiran ibunya,’’ ujarnya.

    Kisah Siti Salmah, pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai yang menunggu sumbangan jantung dan paru-paru dipaparkan dalam Utusan Malaysia dua minggu lalu.

    Sejak itu pelbagai usaha dilakukan untuk membantunya mendapatkan organ baru sebagaimana pesakit jantung Tee Hui Yee yang selamat menjalani pembedahan pada awal bulan lepas.

    Sementara itu, ibunya, Sabariah Mustaffa, 49, ketika ditemui berkata, dia terus melakukan sujud syukur setelah diberitahu tentang keadaan terkini anaknya itu.

    Siti Salmah yang menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru selepas keluarga seorang wanita yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kedah bersetuju untuk mendermakan semua organ dan tisu badan wanita berkenaan.

    Organ jantung dan paru-paru untuk Siti Salmah itu dibawa ke IJN dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kelmarin.

  2. Trojan on November 5th, 2007 8:29 pm

    semoga selamat!!!

  3. Noorizam Shah on November 5th, 2007 10:45 pm

    kita doakan kesihatan adik siti salmah..

  4. megat on November 6th, 2007 9:57 am

    alhamdulillah semoga cepat sembuh dan kepada penyumbang doakan semoga tergolong dlm golongan org yg beriman

  5. jimbara on November 27th, 2007 9:01 pm

    siti salmah dah meninggal dunia. takziah kepada keluarganya

Got something to say?