Layan Golf Kejap…
November 1, 2007
Kredit >>> newsimg.bbc.co.uk
Siapa nak main golf, jom ikut saya ke Lautoka, Fiji…
Bagi memenuhi hasrat seorang pembaca blog Noorizam Shah (dot) com, saya akan menulis topik mengenai motivasi. Dan hari ini saya akan cuba mengaitkan permainan golf dengan motivasi. Jom kita dekati dan kenali pemain golf terkemuka dunia iaitu Vijay Singh. (kita main keyword mengenai “vijay singh” dan “golf”)
Pada anda yang tidak minat dengan permainan golf, pasti beranggapan ia adalah satu permainan yang membosankan dan mahal tetapi bagi Vijay Singh, beliau telah menjadikannya sebagai suatu kerjaya. Ya… sejak kecil lagi, Vijay Singh sentiasa melihat permainan di atas padang golf berhampiran dan beliau mula menanamkan minat yang mendalam terhadap golf. Beliau sentiasa berangan-angan, suatu hari nanti beliau akan menjadi seorang pemain golf profesional!
Menyingkap semula kisah sebelum zaman kegemilangan nama Vijay Singh di media massa dan elektronik, perjalanan kariernya bermula dalam keadaan sukar dan jauh memandangkan beliau dilahirkan dalam golongan anak kelas pertengahan dan waktu itu golongan-golongan ini sukar bermain permainan ini. Jadi bermulanya beliau dalam permainan kegemaran ini adalah menjadi pekerja dengan memungut bola golf. ahaaa.. Bermula dengan impiannya di Fiji, beliau berhijrah ke Malaysia, tetapi keadaan di sini juga tidak semudah yang dijangkakan.
Menurut kisah, beliau dikatakan telah menjalani latihan terperinci dengan memukul beribu-ribu bola golf sehari di sebuah tempat peranginan di Morib. Penginapan beliau sewaktu di Malaysia hanyalah sebuah bilik sewa yang kecil dan kadang-kadang Vijay Singh terpaksa tidur di kaki lima apabila keadaan memaksa. Ohhh… sukarkan perjalanan kariernya?
Tambahan pula, permohonannya untuk menetap di Malaysia telah ditolak oleh kerajaan Malaysia (waktu itu) dan ini telah memaksanya berhijrah ke Amerika Syarikat.
Nota: Kalau tidak, kita dah ada seorang bintang ternama dalam permainan golf di peringkat antarabangsa.
Apabila seseorang itu sanggup meneruskan perjalanan hidup di sebalik halangan dan rintangan, kejayaan lambat laun akan datang mengetuk pintu.
Kesimpulan: Kebanyakan kita mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi tetapi ramai yang mempunyai kecenderungan untuk berputus asa serta berpuas hati dengan taraf kehidupan yang ada apabila ditimpa bahaya dan kekecewaan.
Jadi disini, Vijay Singh telah membuktikan beliau adalah seorang contoh yang baik, tidak kira betapa susahnya permulaan hidup, dengan usaha yang konsisten, kepercayaan yang kukuh serta kesabaran, kita boleh menjadikan impian yang berpaut kuat di hati sebagai satu kenyataan.
Vijay Singh dan Golf adalah satu nama yang hebat!
Artikel berkaitan Vijay Singh dan golf:
http://en.wikipedia.org/wiki/Vijay_Singh
http://www.pgatour.com/players/00/65/67/
http://sports.espn.go.com/golf/players/profile?playerId=392
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentComments
7 Responses to “Layan Golf Kejap…”
Got something to say?





















































Mudah berputus-asa adalah salah satu sebab ramai manusia gagal mencapai cita-cita mereka.
Apabila menghadapi halangan dan rintangan,ramai akan menyalahkan takdir.
Mereka berkata di dalam hati”banyaknya masalah yang timbul,baik aku berhenti aje dari mencapai matlamat ini”
Kemudian mereka berhenti dalam mencapai matlamat tersebut.
Sampai bila perkara ini akan terus berulang…
fazli: komen dan pendapat yang baik
jangan mudah putus asa dan berhenti dari matlamat asal.
sebenarnya sifat tidak putus asa tu yang buatkan die berjaya..dan usaha yang gigih..:)
Nak putus asa sebenarnya tak mudah. Tapi bila dah putus asa. Memang sayonara la jawabnya..
sapmapi sekarnag aku tgh fikir. Berbaloi atau tak aku buat keje2 nih? Memang lumayan. Tapi sampai bila??
Hoho. Soalan ni aku peram sampai aku tahu jawapannya..
ya, jgn berputus asa dan sentiasa bersemangat walau apapun cabaran melanda. bukan setakat impian dan cita-cita, cinta juga terutama cinta pada tuhan perlu kita kejar supaya mendapat rahmat yang terbaik dari Allah, insya -allah.
Tapi yang rugi sebenarnya kerajaan Malaysialah…
kesian si Vijay tuh…
kalau tau Malaysia dah ada golf international player dah…
anyway, suwuh dia pindah balik Malaysia balik lah…
ooh.. kerajaan Malaysia dulu pun tidak tahu mengenai sinar kegemilangan vijay singh… bukan boleh diramal pun.. tidak ada rezeki la tu..
ya.. usaha dengan gigih.
p.s: saya baru jer dapat bayaran dari text-link-ads.