IF I Had A Magic Phone!
November 30, 2007
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentLayari Internet Dalam Kereta… Macam Mana Pula Tu?
November 30, 2007
Topik ini mungkin agak menarik kepada mereka yang suka teknologi maklumat. Kita dah biasa lihat, kereta, van, bas, lori, motosikal yang pasang pemain cakera video digital pada kenderaan masing-masing, dan kita juga mungkin tidak berasa jelak jika melihat makcik-makcik geram mengerut muka menonton DVD drama Spa-Q cetak rompak .
Tapi bagaimana pula jika anak muda sibuk melayari internet menggunakan komputer riba dalam kereta BMW 320i sambil kontrol hensem? Ohoho..
Itu kira tahap biasa lagi. Ni, nak khabar kat pembaca sekelian, jangan pula terkejut kalau jumpa kat mana-mana, ada kenderaan yang siap pasang CPU dan skrin peka sentuh dalam kereta masing-masing tak lama lagi. Maklumlah sekarang nih kat luar negara, dah banyak kenderaan yang pasang teknologi ni. Ala, macam rancangan Pimp My Ride tu la.
Jika pakcik Sofian nak tahu, budak-budak sekarang ini tak anggap lagi internet adalah bahan untuk hiburan sahaja. Main game, layan chat, tengok gambar %34^.
Kalau di luar negara, menggunakan internet dalam kereta, ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada pengguna.
Kita ambil contoh mudah dan lihat pada konteks semasa, komputer mudah alih berinternet dalam kereta sebenarnya mampu mengatasi jenayah.
Kita berimaginasi sebentar,
ketika kita bersiar-siar menaiki kenderaan dan mendapati sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, dalam hati anda mungkin syak.. entah-entah orang nih penculik, penjenayah, perompak, perogol kanak-kanak.. dan apabila anda gunakan internet anda boleh semak rekod melalui nombor plat dalam laman web pihak berkuasa. Agak-agak, polis guna tak teknologi ni?
Jadi terpulang kepada anda untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut. Ini satu kelebihan komputer mudah alih yang sedia ada pada kenderaan yang mungkin kita tak ambil tahu sangat mengenai potensi menggunakannya.
Walapun kita ada khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan multimedia (MMS), internet juga mampu memberi anda maklumat pantas. Setidak-tidaknya anda peka dan membantu mengelakkan kejadian jenayah daripada berlaku.
Baca-baca juga… dah jadi Rakan COP? ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentAll Mountain Bike Action from Groups Ali Muddin!
November 29, 2007
Rehatkan minda anda seketika dengan melihat aksi fly “terbang lebih tinggi” dari Bikers ini!
Kali ini, tetikus saya terhenti seketika melihat satu lagi blog mengenai aktiviti lasak dan reakreasi. Ini bukan blog buat duit tetapi blog ini memaparkan aksi-aksi yang menyeronokkan. Tidak percaya? Nah.. halakan monitor anda dan masuk ke alam flora ni…
Yang pasti, lokasi ini adalah berdekatan dengan kediaman saya. Bagusnya, dengan berkongsi pengalaman mereka beraksi lasak di Bukit Cermin, Putra Heights ini dapat juga saya melihat bagaimana keadaan sebenar hutan belukar. Maklumlah setiap hari untuk keluar dan balik ke kediaman, pasti akan melalui berhampiran bukit ini.
Thank bro, sebab kongsikan keindahan alam ni. Walaupun kita tinggal di kawasan yang padat dengan perumahan (Negeri Selangor memang banyak rumah daripada hutan), masih ada lagi kawasan hijau ditempat kita. Yelah.. setidak-tidaknya tak ada la panas membahang kerana hutan habis dilicinkan!
Lihat aksi kakak nih… Yooo.. siapa kata golongan hawa tak boleh beraksi lasak. Berbasikal, keluarkan peluh dan hirup udara segar!
Opsss.. brader, jangan balik batu kat saya! Ok, rileks kan minda dan jom kita hantar kredit di blog http://alimuddin.blogspot.com
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentSedikit Lewat.. Tetapi Pasti Ada Yang Mahukannya…
November 28, 2007
Saya terima email semalam tadi Syam (vangardx) untuk review mengenai contest yang sedang berjalan di blognya. Maaf Syam, sebenarnya sejak pelancaran contest ini, saya telah pun menjengah blog anda dan berminat untuk review. Almaklum, masa yang sibuk sampai terlupa untuk mengatakan sesuatu tentang blog anda.
Dan hari ini, pastinya pembaca blog saya tidak terlewat untuk melihat apakah yang ditawarkan di blog Vangardx ini!
Taraaa… ini bakal anda terima jika anda tersenarai dalam senarai penerima hadiah!

Hadiah-hadiah ini bakal menjadi milik ‘top commentator’ di Syamsulariff.com. Siapa tahu ia milik anda. Ohoho..
Saya tidak pasti samada top komentator ini terbuka kepada worldwide atau untuk Malaysian sahaja. Itu kenalah tanya saudara Syam ya.
Apa pun, tujuan contest seperti ini diadakan bertujuan membantu anda untuk memperolehi wang melalui penyertaan ber’blogging’. Saya juga pasti dengan contest ini, hubungan jaringan persahabatan di internet dapat dirapatkan seperti mana saya pernah menganjurkan contest yang serupa beberapa bulan yang lalu.
Yang pasti, improvekan diri anda dengan berbahasa Inggeris di blog Syamsulariff dengan emosi yang gembira!
Ini senarai hadiahnya!
Prizes :-
1. RM50 to the top commentator2. 5 peoples who write about this contest in most creative way will get free RM10 valued of maxis digi celcom top-up pin to each person. (you can choose your telco) Your post must start with “Syamsulariff a.k.a vangardx loves…”
3. Commentator who ranked no. 2 ~ no. 5 will get free Nogold & Carigold keychainsLucky draw via Matt Mullenweg’s tool. Try it here! Any commentator in list will had a chances to win :-
1. Siri Klik Untuk Kaya Blog Blogger Blogging by Rosli Jamal - Ameen
2. RM50 voucher from exabytes
3. Google stickers
Kepada semua subscriber dan pembaca blog saya, apakata hantarkan traffik anda ke blog Syamsulariff.com sekarang! ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentNuffnang Berwajah Baru! Tarik Traffik ke Blog Anda Guna Innit!
November 26, 2007
Dah tengok website Nuffnang? Lama juga saya tak jenguk website nuffnang nih, last sekali 3 minggu lalu. Kali ini saya amat tertarik dengan wajah nuffnang yang ada ciri-ciri seperti digg.com.
>> klik sini <<
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentTuntut AS$4 Trillion (RM14 Trillion) @ AS$1 juta setiap orang…
November 25, 2007

*Gambar dari utusan.com.my*
Lagi perhimpuan akan diadakan di Kuala Lumpur, kali ini di Jalan Ampang, lokasinya adalah Bangunan Suruhanjaya Tinggi British jam 10 pagi ini.
Hari jumaat lalu, sudah mula sekatan jalan raya diadakan. Di PutraJaya juga tidak terkecuali, jalan 4 lorong bertukar kepada 1 lorong. Ohhh.. saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lagi. Saya benci ‘traffic jam’.
Malam tadi, bila menonton di televisyen, sudah ramai pasukan keselamatan mengawal bangunan Suruhanjaya Tinggi British dan polis telah mengeluarkan amaran kepada mereka yang berkumpul pada hari ini boleh didakwa kerana ingkar arahan Mahkamah.
Dari apa yang dikhabarkan oleh media massa, Hindraf merancang untuk berhimpun di luar bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pagi ini untuk menyerahkan petisyen kepada Ratu Elizabeth ll untuk mendapatkan sokongan baginda terhadap saman yang difailkan oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy.
Dalam saman ini mereka menamakan kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun dengan ini menuntut AS$4 trillion (RM14 trillion) - atau AS$1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.
Oh, lagi bermacam-macam tuntutan dibuat di Malaysia atas nama demokrasi… tidak cukupkah kehidupan yang harmoni dinikmati di Malaysia ketika ini?
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related Content









