Teknik Pengurusan Masa Yang Selalu Kita Abaikan…
October 31, 2007

Credit to : glasbergen.com
Topik semalam ramai yang beri komen. Terima kasih kalian. Rujuk pada topik semalam, saya nak kongsi dengan anda teknik pengurusan yang memberi kebaikan kepada diri anda. Apakata cuba praktikkan.
1. Menggunakan “ Rancangan Bertindak “
Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok.
2. Menghapuskan tabiat “ Tangguh dan tunggu “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:
A. Kelmarin sudah berlalu
B. Esok masih belum berlalu
C. Hari ini peluang masih ada
3. Penuhkan masa lapang
Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.
4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “
Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda.
5. Merancang jadual waktu
Perancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna.
Kredit untuk: web tutor.com.my
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Teknik Pengurusan Masa Yang Selalu Kita Abaikan…”
Got something to say?





















































Bagus jugak teknik-teknik ni..
Saya nak cuba bermula hari ni la.
Cuma yang no.2 tu yang jadi macam virus yang sukar di buang.
mekasih..hari2 baca benda baru kat blog kau nie
Merancang jadual tu sesuatu perkara yang paling bagus ..
Pandangan anda memang tips yang berguna..
hokay…i so need these techniques now!!!
wuahhhhhhhhh!!!!
apa kabar org jauh? rasanya mcm dah lama saya tak kasi komen pat sini eh.hehehe
hi orang singapore.. saya sihat disini.. yeahh.. lama tak nampak.. sibuk beraya lagi ker?
Mesti ada perancangan. Perancangan nak ngorat awek dan perancangan nak balik kampung mesti dimasukkkan awal-awal dalam jadual. Makan dan tidur pun mesti rancang. Kalau tak, hidup tunggang langang!
So, sekarang masa untuk Facebook. 2 jam tanpa henti!!