Apa Yang Kau Mengarut Join Program $#&%@ ni?
October 29th, 2007, by Noorizam Shah

Apa Yang Kau Mengarut Join Program $#&%@ ni?

 

Bro… buka mata skit bro… cukup-cukuplah tu.. cukuplah dengan nasib kena tipu jer… buka-bukalah mata untuk terima ilmu pengetahuan dan kesedaran. Jangan jadi bodoh sombong. Bila ditegur bukan bermakna benci, jika dihalang bukan kerana hasad dengki.

Saya pasti anda juga tahu dan sedar, malahan kita tidak dapat menolak penerimaan maklumat berunsurkan ‘jaminan’ cepat kaya dengan cara mudah. Dimana-mana anda pasti akan terserempak dengan program-program buat duit yang bersepah-sepah sehingga ada yang terlepas masuk ke kotak fikiran anda.

Ada juga sedikit kecewa apabila melihat gelagat individu yang begitu gelojoh menggunakan kaedah pemasaran internet melalui jalan yang salah sedangkan produk yang ditawarkan adalah baik dan berguna. Malang sekali produk-produk hebat telah diwajahkan seperti skim cepat kaya. Mereka membina laman web replika dengan memasukkan sistem-sistem yang mengaitkan dengan skim piramid.

Kerana nila setitik telah rosak susu sebelanga!

Kepada anda diluar sana, bentengkanlah diri anda dari menjadi mangsa-mangsa skim cepat kaya di internet. Penuhkan ilmu di dada. Menuntut ilmu biarlah berlaku sedikit pengorbanan. Untuk menjadi seorang yang berjaya, ilmu itu perlu untuk membantu kita membuat keputusan secara tepat dan bijak.

Jangan lagi kita menjadi orang pandai tetapi menjadi makanan orang bijak!

Sphere: Related Content

10 comments Subscribe Comments

  1. biasalah atas desakan hidup tak dapat nak buat bisness sendiri.

    maka nak menumpang la hasil orang lain. bukan mudah nak hasilkan produk yang berkualiti. tetiba lepas tu dibundlekan pulak tu oleh penyangak skim tersebut.

    produk noorizam ada yang dimangsakan oleh penyangak tersebut? setakat ini hanya yang tersenarai itulah yang dia bundlekan untuk kepentingan dirinya.

    p/s:website tu masih hidup lagi. bila nak tutup website tu agaknya?

  2. huhuhu..pengalaman mengajar aku lebih matang
    :(

  3. By onuka siben on October 29th 2007

    saya dapat.. terima kasih.

  4. huhu..sabar sabar..pengalaman mengajar kita..:D

  5. ermmm…sedap ler wahai orang melayu…..tiada jalan singkat untuk kaya melainkan usaha dengan cara yang betulllll

  6. nak wat camne..malas punya psal..tau nak untung cepat je..tapi tak pikir untuk long term..

  7. meh kita kongsikan, program mengarut apakah yang terpanas sekali.. ohoho

  8. nak kohongsi jugak ke?

    meh sini kohongsi sorang sdu atu :

    wanglebih.com : ada support dari penganjur.
    kuasawang.com : ebook kemasan terkini produknya.

  9. memang mengarut program ini.. jual produk orang lain tanpa izin.. jangan mudah terpedaya.

  10. piramid adalah satu bentuk atau organisasi yg paling kukuh. sbb itu smua organisasi guna piramid. cuma dekat sini kita kena tahu yg mana piramid adil dan yg tidak adil. skim cepat kaya atau permainan wang berlaku disebabkan cara perjalanan bisnes yg salah. bukan piramid yg salah ya.. biasanya perniagaan ini tidak tulus, tidak tahu siapa tuannya, tidak tahu apa syarikatnya, dan tidak berdaftar. tp ramai org join sbb dikaburi dgn kesenagan dan janji2 manis.
    so.. bukan senang nak jadi senang.. nak jadi jutawan kena bekerja. tiada jalan mudah. join lah syarikat2 piramid(MLM) yg adil. yg di kawal oleh akta jualan langsung 1993. yg berdaftar. dan jalankan dengan 10 ciri jutawan diatas. pasti impian anda akan menjadi kenyataan..
    jumpa anda di puncak kejayaan..


Add your comment