3 Komponen Untuk Membina Laman Web
October 28, 2007
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda, bagaimanakah cara memulakan dan memiliki laman web. Secara asasnya saya akan menulis 3 komponen yang perlu anda tahu:
1. Webhosting
2. Domain Name
3. Website
Bagi anda yang ingin membina laman web seperti pelamin.net, anda perlu mencari atau memilih tapak (webhosting) yang sesuai dengan harga dan saiz yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Sebagai contoh, saya memilih untuk mendaftar di syarikat pembekal hosting terbaik di Malaysia iaitu di internet-webhosting.
Bagi saya, internet-webhosting adalah salah satu pembekal yang terbaik dengan disokong team support 24/7 mereka. Bantuan yang diberikan adalah cepat dan cekap dan sememangnya saya berpuashati dengan syarikat ini.
Webhosting adalah satu komponen yang penting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan ianya boleh diakses oleh ramai pengguna.
Kemudian, untuk menjadikan laman web anda berwajah professional, anda perlulah memilih nama domain yang bersesuaian. Nama domain boleh dianggap sebagai jenama anda. Nama domain ini juga anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain yang boleh didapati di internet. Sekali lagi untuk memudahkan anda, saya syorkan anda beli di internet-webhosting (top 5 provider company di Malaysia). Nama domain ini adalah penting untuk memastikan pengguna boleh memasuki laman web anda.
Dan komponen terakhir adalah website atau laman web. Bina dan siapkan laman web anda dengan menarik dan professional. Jika anda tidak berkemahiran membina laman web, upah sahaja mereka yang berkebolehan dalam merekabentuk web.
P.s: Untuk pengetahuan anda, Internet-Webhosting masih mengekalkan harga domain dan hosting pada harga semasa dan tidak akan menaikkan harga sepertimana dilakukan pembekal-pembekal lain mulai tahun hadapan.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “3 Komponen Untuk Membina Laman Web”
Got something to say?





















































memang betul..tapi yang leceh bila nak maintain website tu..:)nak setup senang..tapi nak maintain visitor dan maintain content memang pecah kepala skek ar..:)
3 komponen..kalau nak berjimat plak boleh je..tanpa sesen..
1.webhosting - cari yg percuma..bnyk kat tenet ni :p
2.domain - biasanya anda akan dpat subdomain..
3.website tulis je ap yg kamu mahu..huhu
percuma bukan? tapi sampai bila nak mcm tu
cerita pasal visitor, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua supporter kerana membantu saya menaikkan traffik rank di google pagerank (dari 3 ke 4) dan alexa rank 180k ke 175k.. terima kasih.
yer yer.. sapa nak pakai percuma sila-silakan. bagi yang baru belajar boleh la try guna geocities, bravehost dan sebagainya.. itu percuma..
p.s: tapi tak nampak professional lah.
mcm aku masih pkai webhost percuma. aku nk tgk sejauh mana aku blh belajar psl website & blog. pastu baru aku akan wat keputusan utk host berbayar eheh
saya pun bermula dari webhost percuma juga.
Hm.. terpulang pada masing2..
aku belum rajin nak buat website..
hanya setakat buat blog je..
sekarang nie nak study sket2 pasal portal plak.. ntahlah space kecik susah sket…
mungkin kita boleh memulakan dengan webhost percuma. nak biasa-biasakan diri dengan pengendalian website sendiri. kalo dah confident sikit dan untuk tampak lebih profesional bolehlah maju selangkah lagi dengan webhost berbayar pula
kalau saja nak suka2 boleh lah guna yg percuma punya, belambak kat tenet nie, kalau nak menjual tu lebih baik pakai berbayar punya, lebih yakin pd pembeli..