Topik Ini Tidak Sesuai Dengan Anda Sekiranya…
October 26, 2007
1. Anda tidak berminat langsung dengan perniagaan kad prepaid
2. Anda memang mengharapkan keajaiban untuk terus kaya dengan menyertai peluang perniagaan yang mudah.
3. Anda langsung tidak suka kepada teknologi komunikasi.
Tetapi jika anda beranggapan bahawa teknologi komunikasi itu adalah satu cabang peluang perniagaan yang mampu memberikan anda pendapatan, saya syorkan anda membaca topik ini…
Sebagai pengguna telefon, kita tahu kebanyakkan kita hari ini dilimpahi nikmat dan kemewahan sehinggakan kanak-kanak berusia 12 tahun pun sudah boleh memiliki telefon bimbit peribadi. Ohhh.. semua ini tidak berlaku kepada saya ketika zaman kanak-kanak.
Ketika dahulu untuk melanggan talian telefon bimbit kita perlu membuka akaun berbayar dengan caj yang cukup tinggi. Hanya mereka yang mampu sahaja boleh menggunakan teknologi selular ini. Kini tidak lagi kerana zaman sekarang, dengan berbekalkan wang RM5, kita sudah boleh memiliki nombor telefon peribadi apatah lagi telefon terpakai bersepah dijual. Begitu mudah dan mewah sekali kanak-kanak zaman ini. Malaysia semakin maju!
Jika anda seorang yang peka kepada perkembangan semasa, perkhidmatan SMS adalah satu bentuk perniagaan yang amat menguntungkan hari ini. Lihat sahaja di surat khabar, televisyen dan internet, peranan SMS cukup besar dalam menyampaikan maklumat. Sms adalah antara sistem teknologi yang terpantas dalam menyampaikan info-info dan laporan terkini.
Kita jenguk pula perniagaan kad prepaid. Kedai-kedai menjual kad prepaid tumbuh bak cendawan. Lihat berapa banyak keuntungan yang dibuat oleh syarikat Gergasi seperti Celcom, Maxis dan Digi. Masing-masing bersaing untuk menarik perhatian pelanggan dengan pelbagai bentuk pelan dan ganjaran. Kewujudan wilayah Celcom sehinggalah kebanjiran toyol kuning di merata tempat. Manfaatnya adalah pengguna yang setia seperti saya!
Salah satu perniagaan yang berjaya adalah perniagaan kad prepaid. Produk seperti ini telah bertahan sejak bertahun lamanya. Walaupun ada diantaranya telah bergabung dan bertukar milik, perniagaan ini dilihat masih utuh dan relevan. Hendak atau tidak pengguna perlu menggunakan saluran komunikasi ini untuk berhubung. Kad prepaid pula telah dianggap sebagai barang keperluan. Dan jangan tidak tahu pula, jika ada di antara kita sanggup berhabis duit untuk membeli kad prepaid di kedai tanpa mendapat potongan harga.
Saya sendiri adalah seorang pengguna kad prepaid dan postpaid. Postpaid adalah untuk talian internet saya, manakala prepaid adalah untuk membuat panggilan keluarga dan pelanggan. Dahulu saya membeli prepaid di kedai-kedai ataupun secara online banking. Tanpa saya sedar, saya telah menghabiskan banyak wang semata-mata untuk menjadi seorang pengguna yang setia. Jika anda pernah mempelajari “teknik kitaran wang” ini saya pasti tahu, betapa banyak wang dibazirkan. Dari situ saya mempelajari bagaimana saya membuat penjimatan daripada pembelian kad prepaid saya.
Jadi jika anda rasa topik ini sesuai dengan anda, mendatangkan kebaikan dan penjimatan, kenapa tidak anda ubahkan sedikit ekonomi anda disini.
P.s: Tempahan perkahwinan dan pelamin telah penuh sehingga penghujung tahun 2007. Harga pakej akan dinaikan bermula Januari 2008. Harap maklum.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Topik Ini Tidak Sesuai Dengan Anda Sekiranya…”
Got something to say?





















































sekiranya .. anda tak minat bisnes!!!
sekiranya… anda tidak minat..leave it..
sekiranya anda suka cepat kaya… berundur aje!
sebenarnya bisnes prepaid menguntungkan… anda akan lakukan keuntungan tanpa sedari
tumpang sket..
KAMI MENJEMPUT SEMUA KENALAN YANG MENGENALI KAMI UNTUK HADIR KE MAJLIS HARI RAYA DI KANDANG KAMI..KHASNYA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DIDALAM BIDANG INI. BAGI MEREKA YANG INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PENTERNAKAN KAMBING BOER JUGA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI KERANA SATU SESI DIALOG SECARA TERBUKA MENGENAI KAMBING BOER DIJALANKAN SEPANJANG MAJLIS.
ANTARA MENU YANG MEMERIAHKAN MAJLIS INI ADALAH KAMBING PANGGANG, AYAM BAKAR,LONTONG DAN KUIH/BISKUT RAYA..
TEMPAT: BUKIT BADONG, IJOK.
(3 KILOMETER DARI SIMPANG PEKAN IJOK)
TARIKH DAN MASA: 27/10/2007, JAM 12 TENGAHARI
SILA HUBUNGI UNTUK PENGESAHAN DAN PETANYAAN:
YUZALEE(JOE) 017-6796667
Bob@Mybob 012-2028724
* saya jemput khas untuk kenalan blogger..TQ
best tu bob.. kalau kelapangan, insya-Allah saya datang.
jom support blogger
alamak bob, saya tak dapat datang.. ada hal kecemasan.. kena balik kampung kejap.
keuntungan besarr sekiranya dijual pada kuantiti yang banyak!!!