Misi Ke Jemputan Rumah Terbuka

October 21, 2007

Tanpa perancangan awal, saya dan isteri telahpun mengadakan majlis jamuan hari raya pada tengahari hingga malam semalam. Barang keperluan untuk penyediaan makanan, itu pun hanya sempat dilakukan pada sebelah pagi. Sms jemputan mula dihantar pada jam 9 pagi. Majlis pula akan diadakan pada jam 12.30 hari. Ohhhhh…

Nampak macam kelam kabut, tetapi tak adalah sangat. hehe. Kami telah mengimport beberapa orang tukang masak untuk menyediakan juadah nasi lemak dan bihun goreng… woooaaa.. pedas sambalnya.. sebenarnya tukang masak ini adalah abang dan kakak ipar saya. Diaorang ini memang pandai dalam bab masak memasak ni… sampai ada sorang kawan saya dari Gombak tambah nasi 5 kali.. caya la Bob!

Untuk rakan pembaca blog, maaf kiranya kerana tidak menjemput kalian, ini adalah tahun pertama kami mengadakan jamuan makan-makan. Insya-Allah kalau ada rezeki tahun depan saya akan maklumkan. Tahun ini saya berkahwin, tahun ini saya masuk rumah baru jadi bajet tu kenalah dihadkan sedikit. Komitmen kewangan pada tahun ini agak besar sedikit. :D

Esok malam pula giliran abang saya adakan majlis rumah terbuka kemudian diikuti kakak ipar saya pada minggu hadapan. Dan majlis-majlis seperti ini akan berturutan di rumah lain sehinggalah habisnya raya sebulan. Anda juga pasti sibuk mengenyangkan perut dengan jemputan kan? Shuth bila nak bikin open house?

Selamat menjamu juadah hari raya!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Misi Ke Jemputan Rumah Terbuka”

  1. megat on October 23rd, 2007 9:02 am

    dh sampai minggu buat open house lak, aku rasa x sempat nk wat open house psl byk sgt jemputan :p

  2. Noorizam Shah on October 23rd, 2007 9:47 am

    megat.. jangan banyak makan.. nanti sakit pula.. hehe

  3. shuth on October 23rd, 2007 10:31 am

    Ho! ho! ho!… open house yer.. tunggu saya pindah rumah dulu.. rumah skang nie kurang sesuai sikit untuk di”open”kan. ho! ho! ho!.. oh!

  4. Noorizam Shah on October 23rd, 2007 7:02 pm

    ok.. kita nantikan tahun depan utk di’open house’kan .. :D

Got something to say?