Dia Menang Kes Mahkamah! RM2.5 Juta Jadi Miliknya!

October 19, 2007

Oh… Tengah syok-syok drive kereta pagi tadi, saya on kan radio. saya kuatkan volume kereta;

“Seorang bekas tahanan ISA buat pertama kalinya berjaya dalam kes mahkamahnya melihatkan saman kepada polis dan kerajaan Malaysia… bla.. bla.. bla…”

Dalam hati berkata;

Mahkamah dan undang-undang mula dipandang tinggi. Hari ini Mahkamah semakin hari mula menunjukkan kuasa sebenarnya. Hari ini seorang bekas tahanan ISA berjaya memperolehi gantirugi RM2.5 juta daripada RM30 juta yang disaman.

Adakah selepas ini semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan haknya untuk melihat demokrasi terus subur dengan terus saman menyaman? Jangan pula menjadi satu budaya pada suatu hari nanti, saman-menyaman ini adalah satu jalan untuk jadi kaya.

P.s: Dalam kes ini, bukan kaya yang dicari, tetapi keadilan yang cuba ditegakkan. Jika anda sendiri dizalimi, adakah anda juga akan melakukan seperti itu?

P.p.s: Ohh.. dengar cerita PTPTN tengah cari seorang jutawan muda yang tak bayar pinjaman pelajaran? Adakah jutawan muda itu anda?

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

9 Responses to “Dia Menang Kes Mahkamah! RM2.5 Juta Jadi Miliknya!”

  1. am on October 19th, 2007 4:16 pm

    wow… siapakah jutawan muda itu…? :lol:

    nampaknya keadilan harus ditegakkan… tapi 30juta maknanya mesti besar kesalahan polis pada dia yer…

  2. Noorizam Shah on October 19th, 2007 4:28 pm

    org PTPTN kata, individu tu pernah keluar di media mengenai statusnya sebagai jutawan ketika usia muda. Kat Malaysia ni ramai jutawan muda.

    Wallahualam.

  3. abdfatah on October 20th, 2007 9:09 am

    2 juta? jutawan wooooooooooooooo…. jutawan sekelip mataaaaa…..

  4. Robotys on October 20th, 2007 10:34 am

    Hmmm, ini cuma institusi kehakiman “tersedak” jer. Just nak bagi kita rasa yg mereka tidak la teruk sgt. Mungkin juga hanyalah permainan politik semata2. Kan dah nak dekat pilihanraya nih. :) Cuma harap2nya ia berterusan la dengan keadilan mereka. Ramai lagi tahanan2 ISA yang menantikan keadilan mereka tuh. ;)

    Jutawan muda tak bayar PTPTN? Apadaaa..!

  5. nani on October 20th, 2007 11:30 am

    jutawan muda internet ni ramai, ada yang jutawan saham, jutawan pelaburan, jutawan perniagaan internet, jutawan MLM, jutawan skim cepat kaya… dalam paper tu cakap jutawan muda dari internet.. tapi tak pula kasi tahu nama sapa..

    kalau dah jutawan tu apalah sangat RM10,000 tu. bayar jer la. betul tak kawan-kawan?

  6. Noorizam Shah on October 20th, 2007 12:26 pm

    sejak dua menjak ini, mahkamah main peranan yang baik. Lihat sahaja kes altantuya, beberapa fakta kes ditolak mahkamah. diharap dengan kes nurin jazlin kelak, apabila ianya dibawa ke mahkamah, kita nak tengok badan kehakiman ini mainkan peranan lagi ke tidak.

  7. am on October 20th, 2007 2:14 pm

    yerla… dah jadi jutawan pon taknak bayar utang… nanti tuhan tarik balik nikmat tu baru nak nyesal… dunia2… :((

  8. soulof99 on October 21st, 2007 3:04 am

    Saya rasa cam nak bersetuju je dengan pendapat bro ni. hehe…

    Tapi takpe, kita sangka baik dahla. Diharapkan lain2 tahanan yang didera secara mental dan fizikal di bawah ISA atau lain2 diberikan keadilan juga.

  9. soulof99 on October 21st, 2007 3:07 am

    Betul, betul, betul… :P

    Kalau dah hutang tu pandai2lah bayar. Org mati syahid pun tersekat nak masuk syurga sbb tak bayar hutang… inikan pulak jutawan muda jer.. ;)

Got something to say?