Rakaman Video - Soyuz TMA-11 Berlabuh di ISS

October 17, 2007

Bagi mereka yang tiada siaran Astro dan tertinggal siaran rakaman angkawasan Malaysia pertama sampai ke ISS, bolehlah saksikan klip video youtube yang disediakan ini. Kalau ada rakaman terbaru, saya akan paparkan disini.

Popularity: 12% [?]

Sphere: Related Content

Comments

12 Responses to “Rakaman Video - Soyuz TMA-11 Berlabuh di ISS”

  1. al-rahbi on October 18th, 2007 3:16 pm

    congratulation to angkasawan malaysia!

  2. abdfatah on October 18th, 2007 7:43 pm

    memang menarik… lepas nih citer pulak keberangkatan pulang angkasawan malaysia dr sheikh muszaphar 2,3 ari lagi…

  3. abdfatah on October 18th, 2007 8:02 pm

    nape tak buat artikel angkasawan malaysia? terhangat masa kini…

  4. Noorizam Shah on October 19th, 2007 2:41 pm

    Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dijadualkan pulang ke bumi Ahad ini bersama dua angkasawan Rusia, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10.

    Yurchikhin dan Kotov berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sejak 9 April lalu setelah berlepas dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan dengan Soyuz TMA-10 dua hari sebelumnya.

    Sheikh Muszaphar, Yurchikhin dan Kotov dijangka mendarat di Arkylk, Kazakhstan.

    Jika perjalanan ke ISS memakan masa dua hari, pergerakan pulang ke Bumi pula mengambil tempoh yang singkat iaitu tidak sampai empat jam.

    Sementara itu, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan siaran langsung kepulangan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menerusi televisyen, Ahad ini.

    Ketua Komunikasi TV, Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (Astro), Tammy Toh berkata, siaran langsung tersebut boleh ditonton menerusi saluran 588 Astro, Angkasa1 dan semua stesen televisyen utama.

    Menurut beliau, pihaknya akan menyiarkan detik bersejarah sewaktu pintu kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawa Sheikh Muszaphar dan dua angkasawan Rusia ditutup, iaitu pada pukul 11 pagi.

    Bagaimanapun, tambah beliau, visual perjalanan kapal angkasa dari ISS ke bumi tidak akan disiarkan di televisyen.

    ‘‘Pihak kami akan menyambung semula siaran sebaik sahaja Soyuz selamat mendarat di Bumi.

    ‘‘Waktu pendaratan tidak dapat disahkan kerana ia bergantung kepada cuaca dan keupayaan teknikal, namun kami dimaklumkan ia akan berakhir di antara pukul 11 pagi dan 7 malam,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    Tammy memberitahu, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang majlis khas sempena kepulangan tersebut seperti yang dilakukan sewaktu detik pelancaran angkasawan negara ke angkasa lepas pada 10 Oktober lalu

  5. zool on October 21st, 2007 2:32 pm

    Semoga angkasawan kita selamat pulang ke tanahair..
    AMIN

  6. Trojan on October 23rd, 2007 12:31 am

    bro ade tak gambar semasa mendarat ke bumi..
    kalo ade bubuh kt entri ea??

  7. Noorizam Shah on October 23rd, 2007 9:48 am

    ok, kalau saya free saya masukkan gambar pendaratan soyuz kat blog ini. :) Terima kasih kerana melawat blog ini.

  8. amyira on October 24th, 2007 10:44 pm

    saya amat berharap agar saudara noorizam shah masuk gambar pendaratan soyuz secepatnya saya adalah salah seorang diantara yg mengikuti perkembangan angkasawan negara kita saya berharap agar setiap perkembangan tentang angkasawan negara agar saudara warwarkan

  9. Noorizam Shah on October 25th, 2007 8:30 am

    sebagai memenuhi hasrat amyira.. ini gambarnya..

  10. Noorizam Shah on October 25th, 2007 8:36 am

    saya belum lagi dapat video atau gambar soyuz mendarat…

    apa pun terima koleksi video ini

  11. amzar on November 4th, 2007 8:19 pm

    bagus nirrr angkasawan malaysia selamat sampai ke bumi akhirnyerrrr

  12. amzar on November 4th, 2007 8:22 pm

    sila layari http://

Got something to say?