Kenapa ramai Newbie Gagal Buat Duit di Internet?
October 16th, 2007, by Noorizam Shah

Kenapa ramai Newbie Gagal Buat Duit di Internet?

Beberapa kali saya telah beritahu kepada anda, sudah ramai yang telah berjaya buat duit di internet setiap hari. Malah jumlah $$$ mereka semakin meningkat. Akan tetapi masih ramai yang baru berkecimpung dalam mencari duit di internet gagal walaupun telah membeli ebook atau menyertai seminar tanpa pulangan sesen pun!

Sehingga mencapai satu tahap, mereka ini menyerah kalah dan berkata kepada rakan-rakan mereka bahawa menjana pendapatan secara online adalah susah dan mustahil kerana ia memerlukan bla… bla.. bla.. (macam-macam alasan)

Owhhh.. susah ke buat duit di internet ini?

Berikut adalah alasan kenapa mereka tidak mampu atau tidak boleh langsung menjana pendapatan walau sesen pun di internet selepas mereka mempelajari dari ebook atau seminar.

Ramai newbie tidak tahu bagaimana bentuk perniagaan internet yang sesuai untuk mereka mulakan. Jadi mereka pun menjadi bidan terjun memilih atau mencuba semua peluang online business yang ada seperti google adsense (jadi blogger la tu), kemudian menjual produk-produk bermaklumat seperti internet marketing niche dan bermacam-macam pasaran niche yang lain, menjual di eBay, menjadi promoter untuk program Affiliate, menyediakan perkhidmatan, Menyertai Online Multi Level Marketing dan sebagainya…!

Hoh.. banyaknya… :D

Kalau anda, adakah anda akan tumpukan kepada semua peluang-peluang ini (inilah namanya susahnya buat duit kat internet, banyak benda kena tumpu). Jadi untuk membetulkan keadaan atau mindset newbie, mereka seharusnya menumpukan kepada 1 atau 2 jenis perniagaan atau program sahaja.

Apabila anda telah memutuskan untuk menjual produk bermaklumat seperti ebook, CD atau video pemasaran online, anda perlu meletakkan 100% fokus, masa dan wang anda ke arah itu.

Apabila kebanyakan newbie selalu meletakkan perkataan “CUBA” di dalam pemikiran mereka, apabila berada di pertengahan jalan, mereka mula berasa bosan kerana mereka perlu menulis ebook, perlu menulis emel, surat jualan dan setup website…! Owhhh, kemudian mereka cuba untuk menyertai program lain seperti google adsense, atau advertlets … (Sapa pernah jadi macam nih sila angkat keyboard!) hohoho

Saya waktu mula-mula menyertai perniagaan internet, saya membeli buku mengenai perniagaan internet kemudian saya mempraktikkan apa yang diajar. Saya berikan tumpuan 100% kepada satu jenis perniagaan sahaja dan hari ini saya telah pun menjana pendapatan lebih dari 4 sumber. Saya tidak kata, anda tidak boleh mencuba bermacam-macam jenis peluang buat duit di internet, sebaliknya saya menggalakkan anda memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada sesuatu perkara sebelum anda memperolehi sebarang pulangan.

INGAT:
Sebelum anda memulakan niat untuk menjana pendapatan di internet, tolong buang keyword “CUBA” dalam pemikiran anda. hanya BUAT dan ikut langkah demi langkah yang diajar.

Sphere: Related Content

12 comments Subscribe Comments

  1. insya allah,

    aku masih mencari-cari keupayaan tuk online bisnes ni

  2. good luck megat :)

  3. Hm.. dah angkat keyboard dah nie zam..
    saya akui semua tu..
    mungkin kesilapan akibat cuba mencuba tapi saya tetap tidak putus asa..
    walaupun angka earning hanya bersen sahaja namun saya tetap yakin ianya akan bertambah dan akan menjadi lebih kukuh…
    ZOOL BOLEH….

  4. banyakkan buat rujukan yer zool. saya doakan kejayaan anda. :)

  5. owh pasal ni… rasanya perlukan kesabaran untuk start ebiz… sebab modal kecil.. atau takde langsung… so keupayaan kurangla… tapi yang lebih penting kena sabarla… setengah2nya dok beli macam2… ada yang beli website yang tgh nak install jer… masukkan adsense… dan tunggu duit masuk….

    jawabnya takkan dapat apa-apa… sebab dengan duduk dan tunggu saja… takkan ada apa-apa yang masuk… kena usahala… kalau kita tak mampu nak bayar untuk traffic kena kerja keras la berjalan dari blog ke blog, forum dsb… bukan tunggu…

    blog am sendiri ada banyak duplicate content… tapi tetap diindex oleh search engine dan banyak traffic masuk… so kemana silapnya… ni kena dok kaji balik la…

    tapi nasihat am… tumpukan pada satu jenis cara pendapatan dan kemudian jangan abaikan niche.. kalau buat affiliate… make sure promote habis-habisan… bukan buat satu entry kemudian buat benda lain pulak…

  6. kena banyak membaca dan menimba ilmu…:) rajin-rajin beli ebook same…huhuhuhuhu.

  7. By nani on October 20th 2007

    saya beli gak ebook.. memang bagus ebook ini.. dapat juga saya ilmu pengetahuan.. :)

  8. memang info yang best bagi mereka yang masih mencari-cari..saya pun sedang menyiapkan produk saya..taktau la camne sambutannya nanti..hope so dapat la sambutan..:)

  9. Pilih satu. Dan jadikannya sebagai senjata utama anda. Senjata sampingan akan datang sendiri jika kita pandai menggunakan senjata utama.

    Begitu jugalah dalam bisnes. So, nak buat duit dari Internet SENANG kalau kita tahu caranya.

  10. Mungkin ramai newbie beranggapan mencuba semua jenis perniagaan serentak bakal menggandakan pulangan wang mereka.tetapi bukankah lebih baik hanya menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja.. saya bersetuju dengan keyword bersabar dan berusaha untuk berjaya

  11. tak bleh buat serentak kalau baru kenal bisness…buat 1 dulu…bila dah nampak jalan, boleh lah buat banyak2 biz.

  12. yeahh.. jangan terburu-buru untuk buat bisnes.. :)


Add your comment