Berikan Siti Salmah Paru-paru Baru…
October 16th, 2007, by Noorizam Shah

Berikan Siti Salmah Paru-paru Baru…

dn_01_big.jpg

Melihat wajah gadis yang comel ini, jika anda tidak mengenalinya pasti anda tidak syak apa-apa. Gadis cantik, ayu tanpa kita sedar sebenarnya beliau bukanlah gadis yang normal seperti remaja lain.

Siti Salmah mencari dan memerlukan paru-paru baru…

Apabila melihat kes seperti ini, teringat kembali kepada beberapa kisah individu atau mereka yang menderma dan mewasiatkan organ badan mereka untuk kegunaan orang lain.

Terbaru kita lihat kejayaan pakar bedah melakukan pembedahan pemindahan jantung kepada Tee Hui Yee. Ya! organ yang ingin didermakan bukan organ sebarangan. Organ ini menentukan hidup dan mati seseorang.

Siti Salmah masih menantikan paru-paru baru dan adakah ada individu yang sanggup menderma paru-paru ini?

Cadangan: Buat mat-mat rempit atau drifter diluar sana, apakata anda mewasiatkan organ-organ anda untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan. Saya rasakan golongan seperti ini juga layak untuk menjadi seorang penderma organ.

Lihat sahaja statistik kemalangan dalam ops sikap baru-baru ini, pengguna motosikal adalah mangsa korban tertinggi sekali. Setiap seorang yang terkorban itu, mungkin boleh menyelamatkan berpuluh orang pesakit kronik.

Owhhh… Kita mungkin telah terbiasa atau dibiasakan dengan menderma wang ringgit, pakaian, barang keperluan dan sebagainya tetapi masih kurang lagi kesedaran dalam menderma organ.

Rakyat Malaysia yang prihatin bantulah Siti Salmah. Dia perlukan paru-paru untuk terus hidup.

Sphere: Related Content

11 comments Subscribe Comments

  1. By j.s on October 16th 2007

    mudah2an beliau mendapat paru paru baru agar beliau dapat meneruskan hidup seperti remaja yang lain..

  2. semoga ada berita gembira untuk siti salmah.

  3. Gadis yang menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari, Siti Salmah Jasni, 18, perlu segera menjalani pembedahan pemindahan paru-paru untuk membolehkannya meneruskan kehidupan.

    Menurut Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ashari Yunus, gadis itu boleh bertahan dua tahun lagi menggunakan tangki oksigen dan rawatan perubatan.

    Beliau bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama Siti Salmah dapat hidup selepas itu tanpa menjalani pembedahan pemindahan paru-paru.

    Beliau berkata, bantuan tangki oksigen dan rawatan perubatan termasuk ubat-ubatan yang diambilnya sekarang seperti Bosenpan, Iloprost dan Sildenafil tidak boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

    Ubat-ubatan itu, jelasnya, hanya dapat meningkatkan jangka hayat Siti Salmah.

    ‘‘Siti Salmah tidak ada pilihan. Dia perlu menjalani pemindahan paru-paru secepat mungkin kerana tempoh hayatnya bergantung kepada sistem daya tahan tubuhnya,” kata Ashari ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau mengulas nasib Siti Salmah dari Kulai, Johor yang masih menunggu paru-paru daripada penderma walaupun berada dalam senarai pesakit yang mendaftar untuk pemindahan organ itu sejak tahun 2005.

    Penyakit Hipertensi Pulmonari mengakibatkan tekanan darah dalam paru-paru gadis itu terlalu tinggi hingga menyebabkan badannya sering letih dan mengalami kesukaran bernafas.

    Keadaan itu memberi kesan buruk kepada jantungnya dan boleh meragut nyawa Siti Salmah pada bila-bila masa.

    Menurut Ashari, penyakit yang dihidapi Siti Salmah kini berada pada tahap empat yang memaksanya bergantung kepada tangki oksigen bagi membolehkan dia menjalani kehidupan seharian.

    Ashari menjelaskan, di Malaysia kini masih terdapat 10 pesakit yang menunggu untuk menerima pemindahan paru-paru.

    Sementara itu, Ketua Penyelaras Pusat Sumber Pemindahan Nasional (NTRC) HKL, Dr. Lela Yasmin Mansor berkata, setakat ini hanya terdapat 20 pendermaan organ termasuk tisu-tisu badan seperti kornea, injap jantung dan tulang.

    ‘‘Sejak minggu lepas, hanya ada empat orang mendaftar sebagai penderma organ,’’ katanya.

    Beliau berkata, bilangan individu yang mendaftar untuk menderma organ meningkat sejak kebelakangan ini ekoran liputan meluas yang diberikan terhadap nasib penerima jantung mekanikal, Tee Hui Yee.

    Lela Yasmin berkata, secara keseluruhannya bilangan penderma masih kurang kerana tidak ramai keluarga yang membenarkan organ mangsa yang mati otak didermakan walaupun mereka sudah mendaftar sebagai penderma.

    Masalah itu, menurut beliau, berlaku kerana ada penderma tidak memaklumkan pendaftaran mereka sebagai penderma organ kepada anggota keluarga masing-masing.

  4. mat rempit taknak derma organ ke? kalo boleh semasa mereka kena tangkap tu, elok rasanya isi borang derma supaya mudah untuk membuat dermaan organ dengan jayanya… ada ke mat rempit yang nak menderma?

    nanti bleh buat tajuk entry “mahukah mat rempit derma organ?”

  5. Harap2 ada hendaknya tapi okay ke kalau pakai organ mat rempit ?? Sebab ada mat rempit yang badannya penuh dengan dadah.. camner yer??

  6. Pusat Sumber Pemindahan Nasional (NTRC) Hospital Kuala Lumpur (HKL) yakin penghidap penyakit Hipertensi Pulmonari, Siti Salmah Jasni, 18, akan mendapat paru-paru baru secepat mungkin.

    Ketua Penyelarasnya, Dr. Lela Yasmin Mansor berkata, dengan bantuan banyak pihak terutama media yang memberikan liputan meluas mengenai isu pendermaan organ, gadis itu mempunyai harapan cerah untuk mendapatkan penderma yang sesuai.

    “Selepas kisah Tee Hui Yee berjaya mendapat jantung baru, kita yakin dan optimis Siti Salmah juga akan mendapat paru-paru baru secepat mungkin.

    “Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah berusaha tanpa henti untuk mencari organ yang sesuai untuknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Selepas Hui Yee, Utusan Malaysia melancarkan pula kempen mencari paru-paru baru untuk Siti Salmah.

    Gadis tersebut dijangka hanya boleh bertahan dua tahun lagi menggunakan tangki oksigen dan rawatan perubatan.

    Dr. Lela Yasmin menambah, sehingga semalam, pusat itu menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mahu mendermakan paru-paru untuk Siti Salmah tetapi ia tidak dapat dilaksanakan ketika mereka masih hidup.

    “Seperti jantung, pemindahan paru-paru hanya boleh dilaksanakan sekiranya penderma itu telah meninggal dunia dan paru-parunya berada dalam keadaan elok serta sesuai dengan penerima.

    “Dalam hal ini, pesakit mati otak yang tidak ada harapan untuk hidup lagi boleh membantu dan kita berharap mana-mana waris keluarga pesakit mati otak dapat tampil untuk membantu gadis tersebut,” katanya.

    Menurut beliau, NTRC semalam turut menerima dua panggilan daripada waris keluarga pesakit mati otak yang berhasrat mendermakan organ namun disebabkan sesuatu perkara, mereka tidak memberikan maklum balas selanjutnya.

    Bagaimanapun, hari ini, belum ada panggilan daripada waris keluarga untuk berbuat demikian.

    Katanya, orang ramai boleh menghubungi NTRC melalui talian 03-26156576/ 03-26942704 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan organ.

    Mereka juga boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9080 dan menekan nombor 1 untuk mendengar jawapan daripada soalan-soalan lazim yang ditanya, tekan 2 untuk bercakap dengan koordinator NTRC, tekan 3 untuk waris keluarga mendermakan organ ahli keluarga yang meninggal dunia atau mati otak dan tekan 4 untuk mendaftar menjadi penderma organ.

  7. By big mama on November 5th 2007

    kami sekeluarga baru balik dari menghadiri majlis pengkebumian penderma kepada siti salmah. memang penderma seorang yang berhati mulia kerana berniat untuk menderma semasa hayatnya.tidak sangka pula beliau akan derma semuanya dan pergi untuk selama-lamanya. beliau seorang anak yang taat kepada suruhan allah dan ibubapanya. anak soleh. allah lebih menyayangi beliau.semoga allah akan menempatkan beliau bersma-sama orang yang soleh.semoga siti salmah beransur sihat seperti gadis yang lain.

  8. sampaikan salam takziah kami dari noorizam shah dot com yer.

  9. Kita lihatlah gadis comel yang masih muda lagi perjalanan hidupnya masih jauh ini. Siti Salmah bakal mendapat paru-paru yang baru untuk meneruskan kehidupannya. Mungkin bagi orang yang sedang melihat blog ini sekarang adalah sihat-sihat belaka. Tetapi bolehkah anda cuba bayangkan bahawa terdapat seseorang yang mengalami kesukaran hidup di mana mengalami kesukaran pernafasan setiap masa di luar sana yang memerlukan pendermaan paru-paru baru untuk menyelamatkannya?? Boleh cuba bayangkan rasanya mengalami kesukaran pernafasan? Mangsa kemalangan adalah contoh yang paling sesuai untuk pendermaan organ peparu ini demi memberi suatu kehidupan baru kepada seseorang. Apa salahnya kalau mendermakan organ dalaman setelah meninggal dunia? Ini adalah perbuatan yang mulia. Oleh itu saya merasa amat gembira sesudah saya melihat ada penderma mulia yang sanggup mandermakan paru-paru untuk si gadis comel ini. Akhirnya semoga Siti Salmah sihat selalu ya, dan Penderma yang mulia ini akan bersemadi dengan aman. If we have the chance or the Fate brings us together, i would like to meet with Siti Salmah in face.

  10. Angel, Arwah dah meninggal dunia tahun lepas.


Add your comment