Bajet Hari Raya Dah Habis Keluar…

October 15, 2007

Owhh, Esok mula kerja! Petang tadi dalam perjalanan pulang, jalan raya kembali sesak dengan kenderaan berpusu-pusu ke arah Kuala Lumpur dan Selangor. Saya terpaksa menahan diri dari membuang air kecil dalam kereta selama 2 jam, gara-gara terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Bagi mereka yang makan gaji, lagi-lagi hari ini dah tengah bulan, ohhh.. peruntukan raya dah banyak yang keluar.

DUIT memang penting. Tanpa duit masakan kita dapat menikmati keseronokan dan kemeriahan pada Aidilfitri. Tetapi perlu diingatkan, ukur baju di badan sendiri. Sering kali ketika menjelang hari raya, banyak perkara terfikir di kepala, terutama ibu dan bapa yang perlu menyediakan kelengkapan pakaian, perhiasan rumah serta tidak lengkap tanpa juadah pada pagi raya.

Semua itu pasti menelan belanja yang banyak. Namun, bijak mengatur perbelanjaan sebelum musim perayaan sekali gus memberikan kesan positif kepada diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.

“Perbelanjaan berlebihan tidak baik untuk ekonomi keluarga. Ia perlu dilihat pada kemampuan masing-masing atau belanja ikut kemampuan. Untuk hari raya, kita masih boleh meraikannya dengan meriah walaupun tidak bergantung kepada kebendaan untuk nampak hebat.

“Oleh kerana kini harga barang runcit semakin mahal, kita perlu mengehadkan perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran dan terpaksa berhutang pada kemudian hari selain tidak mempunyai wang simpanan kecemasan selepas musim raya.

“Beli barang yang perlu saja dan jangan terpengaruh pada tawaran pasaran yang sering menonjolkan koleksi terbaru mengikut musim. Pembelian itu menguntungkan mereka, tetapi merugikan diri sendiri,”

Jika tahun lalu anda menyedari berlakunya pembaziran, tahun ini cuba kurangkan membeli ‘barang kehendak’. Contohnya, tahun lalu buat kuih atau biskut raya sebanyak 10 jenis, apa salahnya tahun ini hanya kurangkan kepada lima jenis.

“Apabila penjimatan berlaku ia secara tidak langsung mencorakkan keperibadian mulia dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai golongan yang mampu milik, janganlah terlalu berlebihan kerana anda mungkin dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.

“Hal ini akan memberi kesan kepada orang sekeliling yang tidak mampu memilikinya, tetapi menyebabkan mereka terpengaruh dengan fenomena sekeliling. Maka, pembaziran itu berlaku kepada orang lain yang tidak mampu,”

Terpengaruh dengan promosi produk baru oleh peniaga menyebabkan berlakunya nafsu membeli yang tinggi. Bagaimanapun, sebagai Islam, kita perlu kawal nafsu berkenaan daripada berbelanja berlebihan.

“Penting bagi kita berfikir panjang. Daripada melakukan pembaziran, alangkah eloknya juga wang berkenaan digunakan untuk persekolahan anak pada tahun depan, musim majlis kenduri kahwin saudara mara, hal kecemasan pada masa depan dan juga simpanan pada hari tua,”

Banyak cara boleh dilakukan bagi mengelak daripada berbelanja berlebihan. Ia juga bergantung kepada individu untuk melaksanakannya mengikut cara tersendiri.

Sekiranya mahu meraikan hari raya dengan lebih meriah pada tahun depan, disiplinkan diri dengan menyimpan wang bermula bulan depan (selepas raya). Simpan setiap bulan kerana cara ini juga antara terbaik daripada berhutang.

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Bajet Hari Raya Dah Habis Keluar…”

  1. shahraduan on October 16th, 2007 11:43 am

    Huhuhuhu..raya tahun ni sengkek skit…aduhh..timing semula cari duit kat internet.

  2. Noorizam Shah on October 16th, 2007 11:51 am

    tak apa shah, berpada-pada raya tahun ini, alhamdulillah saya dapat berhari raya dalam keadaan sempurna tahun ini.

    kewangan tahun ini pun nampaknya semakin stabil. Teruskan buat duit shah. :)

  3. j.s on October 16th, 2007 1:33 pm

    tiada perancangan belanjawan tu yg menyebabkan pembaziran, tidak tahu kemana perginya duit. Cadangan yang menarik yg boleh dibuat untuk menguruskan kewangan /perbelanjaan ialah kemaskini setiap perbelanjaan/perancangan perbelanjaan kat atas paper (cam aku buat di microsoft excell sahaja). Boleh bahagi2 kan, dalam setiap bulan, berapa byk hutang(kereta/motor/perabot/kad kredit/pinjaman), berapa keperluan untuk membeli barang rumah/keperluan keluarga & anak2 dan juga bil (telefon/api & air/line streamyx dsb) Menyimpan duit pun juga penting tetapi memerlukan disiplin yg tinggi. Bab menyimpan la paling susah, bulan ini simpan.. bulan depan sudah dikeluarkan.. seperkara lagi, dalam 1 tahun tu, berapa kali menderma? hanya menderma time raya jer ker?

  4. Noorizam Shah on October 16th, 2007 2:47 pm

    bagus j.s. harap ramai yang contohi cara j.s menguruskan kewangan. :)

  5. zool on October 18th, 2007 10:38 am

    Betul tu.. Perancangan perlu ada terutamanya bagi menyelamatkan duit kita dari terlebih bajet..
    Bagi mereka yang dah dapat gaji awal tu cuba2lah berjimat2 cermat.. janganlah asik nak keluarkan wang simpanan je.. nanti dah takde pula simpanan kita..
    siapa yang susah?? kita juga

  6. am on October 19th, 2007 4:32 pm

    raya-raya jugak… tapi bajet kena bajet laaa… memang ramai yang ajak bershopping… am ikut tapi sekadar temankan saja… sebab kalau nak ikut cara dorang… nanti kita yang sengkek… dorang gaji banyak… kita ikut keperluan jer…

Got something to say?