Pekida – Proses Pemutihan Sedang Di Jalankan
October 10th, 2007, by Noorizam Shah

Pekida – Proses Pemutihan Sedang Di Jalankan

Ada baca berita mengenai seorang pemuda melayu mati dibunuh di Jalan Tunku Abd Rahman malam tadi? Cuba anda selak akhbar Kosmo hari ini, kerana semasa saya dan isteri ada ditempat kejadian malam tadi.

Secara kebetulan, malam semalam saya dalam perjalanan ke rumah Dato’ Zamri di taman Melawati untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Kami tidak sempat sampai kerana tersangkut dalam kesesakkan jalan raya dari USJ > Bangsar > Jalan Raja Laut > Jalan Ampang > dan kami patah balik ke Kg Baru untuk berbuka puasa di kedai makan sahaja. Owwhh… saya benci traffic jam!

Selepas isyak, kami ke Jalan Raja Alang dan kemudian ke Jalan Tunku Abdul Rahman mencari barang keperluan untuk hari raya akan datang. Di Jalan TAR, inilah peristiwa yang saya rasa memang mengerikan selain dari kes Nurin Jazlin tempoh hari.

Seorang lelaki mati ditikam dileher. Pisau masih melekat dileher. Lelaki itu berpakaian t-shirt hitam dan berseluar jeans biru mati ditempat kejadian. Dibunuh di kawasan yang sesak dengan orang ramai. Daripada apa yang diberitahu oleh seorang anggota polis kepada kami, pemuda itu mati tidak kurang dari 2 jam yang lalu. Ditikam di kedua belah peha, kemudian dileher.

Inilah peristiwa pertama saya dan isteri melihat mangsa pembunuhan secara live!. Itu kisah semalam, tadi saya jumpa satu klip video dari youtube mengenai laporan berita yang menarik untuk dikongsikan. Anda saksikan.

Mesej ini untuk semua kekanda, adinda, adik beradik. Pekida bukan kumpulan samseng. Sesiapa yang sudah tersalah jalan, sila pulang segera. Anda sedang diperhatikan.

Sphere: Related Content

19 comments Subscribe Comments

  1. Pengawal mati kena sembelih
    Oleh Sarah Zulkifli
    sarah@hmetro.com.my

    KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dipercayai disembelih sehingga lehernya hampir putus sebelum ditinggalkan pembunuh di bangunan kosong, bekas tempat pameran kereta mewah di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, malam tadi.

    Mangsa, Mohd Faizul Ab Halim, 29, ditemui mati dengan pisau pemotong sayur masih melekat di tengkuknya oleh orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian.

    Difahamkan, sebaik menemui mangsa pada jam 6.30 petang, saksi terus menghubungi hospital sebelum bantuan kecemasan tiba beberapa minit kemudian untuk menyelamatkan mangsa yang ketika itu dikatakan masih hidup.

    Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Ramli Mat Arshad, berkata mangsa yang bertugas mengawal sebuah sekolah rendah di kawasan berhampiran, dikelar di belakang tengkuknya dengan pisau yang berukuran 22.5 sentimeter.

    “Saksi kejadian menghubungi polis kira-kira jam 7.10 malam.

    “Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa ke tempat kejadian bersama suspek dipercayai rakan sekerja untuk melepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

    Katanya, polis turut menemui bungkusan makanan dan minuman di tempat kejadian dipercayai milik mereka berdua.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata berdasarkan rekod jenayah lampau, mangsa pernah terbabit dengan tiga kes berkaitan dadah.

    “Kami menahan seorang lelaki yang juga rakan sekerja mangsa yang dipercayai dapat membantu siasatan,” katanya

    Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

  2. Hm.. memang dunia kini sudah tidak selamat lagi..
    Semoga kita dijauhkan dari perkara dahsyat sebegini..
    Adakah Malaysia negeri yang selamat??

  3. erm..harap2 mereka ni sedar pekida tu utk lindungi sesama bangsa bukan nyer utk tunjuk belang sebarangan.

  4. Samseng2 Pekida sudah menjadi rahsia umum untuk sekian lama. Tiada apa yang pelik kerana jika ikhlas mereka ingin “Amar ma’ruf nahi munkar” semangat perkauman wajib tidak dibiarkan berleluasa didalam pertubuhan ini.

    Pada saya, Pekida sendiri secara umum tidak ikhlas dalam perjuangan mereka. Cuma berbangga dengan kuantiti ahli, tidak pada kualiti mereka yang secara keseluruhan.

    Ops.. jangan marah, ini cuma pendapat peribadi saya. ;)

  5. sebenarnya pekida ini ada 2 geng,satu yang memang faham matlamat pekida dan satu lagi golongan muda yang berlagak samseng untuk kepentingan diri…harap penubuhannya memajukan orang melayu bukan menambah gangster..

  6. open house di bandar tun hussien onn hari sabtu ni. jumpa kat sana.

  7. By JackJr on November 26th 2007

    Baru2 ni saya pegi kenduri perkahwinan anak kawan di Putra Perdana Puchong.Kawan saya tu adalah salah seorang ahli Pekida,krn kat satu sudut khemah ada berkibar bendera 3 line..Pada asasnya saya mengkagumi persaudaraan antara mereka…tapi yang tak elok di rasakan adalah masa tiba waktu solat, mereka masih berbual2 dari masuk waktu Zuhor hingga melepasi waktu Asar..seperkara lagi cara pemakaian mereka tidak melambangkan seorang Muslim..ada yang memakai rantai, anting2, pakaian yang lusuh dsbnya…Inikah yang di war2kan motto Pekida iaitu Amal Ma’aruf, Nahi Mungkar???

  8. By simpang tiga putrajaya on December 2nd 2007

    siapa dari simpang 3 putrajaya, jom perkenalkan diri disini. jom kita buat eratkan silaturahim adik beradik.

  9. By meor on November 18th 2008

    hmm…ader sesiapa ahli yg nak mempereratkan lagi tali silaturrahim di sebelah perak dan seluruh malaysia..boleh hubungi saya…di perak tengah….Alang

  10. By meor on November 18th 2008

    opsss lupa lak kasi no email..meoramir@yahoo.com

  11. By Konok on December 22nd 2008

    PEKIDA adalah Pertubuhan Samseng & Pengganas Islam Malaysia. Semua umat Islam ditegah dari menyertai PEKIDA. Hukum menyertai PEKIDA, bersubahat dengan PEKIDA, bersekongkol dengan PEKIDA adalah HARAM FARDHU AIN.

    Semua geng PEKIDA cuma berani tunjuk lagak & tunjuk asmseng ke atas bangsa Melayu dan orang Islam saja. Dengan Cina kopet & India pariyah, semua geng PEKIDA a.k.a Tiga Line a.k.a Samseng Melayu penakut, pengecut, lari terkincit-kincit sampai tercirit berak cair.

    PEKIDA diketuai oleh para samseng Melayu dan samseng Islam yang menyalahgunakan slogan “Amar Maruf Nahi Mungkar”. Ini adalah slogan retorik dan pembohong. Amar Maruf Nahi Mungkar kepala buto bapak dia.

    Sesapa yg dah bai’ah (Bai’ah konon, nak tiru style Nabi Muhammad la tu, cit poooooodah) utk join PEKIDA bermakna dia mesti taat setia kepada Abang Long & Ayahanda PEKIDA melebihi taat setia kepada Allah SWT. Harus bagi geng PEKIDA yg dah bai’ah utk kurang hajar kepada kedua ibu bapa, melawan orang tua, berlagak gangster, minum arak, main judi, main betina, disko, dadah, rompak, rogol, peras ugut, merempit dan semua kesalahan jenayah berat termasuk membunuh.

    Haram hukumnya menyertai PEKIDA. Sesapa yg join PEKIDA bermakna dia telah memusuhi Allah SWT dan khianat kepada agama Allah SWT serta memusuhi Nabi Muhammad SAW.

    Hancur musnahlah PEKIDA bersama semua ahlinya Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rabbal Alaminn…

  12. By Nizam on January 12th 2009

    pekida gampang samseng..

    aku sendiri x pasal2 penah kene ugut dengan parang n buku lima pasal kes2 remeh.. aku bos, nak tegur anak buah sebab xdak disiplin (selalu ponteng, lewat, malas, memaki org tua), aku plak dikata kurang ajau x hormat adik PEKIDA & bawak geng nak belasah.. nasib sempat aku panggil geng jugak.. kat SP nih…

    akupun pekida jugak cuma dh alam x aktif sebab kerap pindah tempat keje 1 malaysia.. menyesal aku.. amal mungkare nahi makruf.. poorah.. ayahanda pon sama ingat nak setel tp lg mengapi2kan suasana..

    lain kali nak amik ahli BARU pastikan faham pejuangan, x tinggal solat, tahu RUKUN ISLAM.. ni semua kaki gaduh, kaki botol n x posa mcm depan mydin kota bharu.. minum siang2 bulan posa.. sapa tengok kena jeling mcm nak telan org.. pakai cincin penuh tangan, rantai leher berjela2.. islam ka kafiruun?? amal makruf nahi mungkar tp keje kat disco?? jual VCD blue?? mengepau??

    samseng… xpayah nak nafikan.. aku masa muda pon ikut jugak kat KL belasah geng melayu lain.. skang ni menyesal je la mengenang kobodohan sesama melayu..

    kempen HARAMKAN PEKIDA….!!!
    tubuhkan yg baru yg ketat penyertaannya..

  13. BISMILLAH……
    PEKIDA hanya satu pertubuhan yang berdaftar…Tidak semua ahli dalam PEKIDA sering dan juga melakukan masalah…Kebanyakkan masalah yg timbul adalah disebabkan oleh golongan remaja yang baru menyertai PEKIDA ini.Mereka tiddak tahu erti perjuangan sebenar PEKIDA.Kesilapan ini datang dari penyertaan atau kemasukan yang tiada penapisan.Kebanyakkan mereka yang menyertai pertubuhan ini hanya untuk gah semata-mata.
    Perlu diingatkan,Islam tidak pernah menyuruh kita mendoakan kehancuran atau kemusnahan terutama sekali umat islam kita sendiri…Kita sepatutnya mendoakan supaya mereka semua dibukakan hati ke jalan yang lurus bagi mempertahankan AGAMA BANGSA DAN NEGARA…ikutkan hati mati,ikutkan rasa binasa,ikutkan nafsu amarah kita yang akan rugi…Raja adil raja dijulang,Raja zalim raja disanggah…..
    Kepada apa yang berlaku semuanya terpulang kepada hati kita untuk menilai….
    PEKIDA TAK HARAM TETAPI ORANG YANG MENYERTAINYA PERLU DINILAI KEMBALI..BAGI YANG TELAH MEMILIH JALAN YG BENAR,TERUSKAN PERJUANGAN SEPERTI APA YANG DILAFAZKAN,INGAT APA YG KITA JUNJUNG.
    RENUNGKANLAH…..

  14. By PETIDAK on February 6th 2009

    saya setuju dengan MAMAK… PEKIDA mmg x salah tp Org yang menyertai PEKIDA tu salah. Maksud saya yang salah tu mungkin sudah lari dari landasan sebenar perjuangan PEKIDA.

  15. By ummatan wasata on February 18th 2009

    utk umat ISLAM yg berbai’ah demi pekida&adik bradik..tahukah korg yg ALLAH mewajibkan kite umat ISLAM berbai’ah hanya utk SEORANG KHALIFAH di muka bumi ni?dan khalifah itu dibai’ah oleh semua umat islam di dunia. sedarlah..HARAM bagi korg berbai’ah utk abg long & ayahanda yang langsung tidak ade ciri2 khalifah ISLAM..korg x pikir ke ksilapan yg korg adk bradik dah wat? TOLONGLAH wahai saudara seISLAMku..yang dewasa tu, tegur2la adik2 korg. isikla diri korg dgn tauhid ALLAH..bukannya ilmu syaitan ni sumer..aku cumela sang merak yang memerhati.bukan si kura-kura yang idop mengagung diri.

  16. By AniqTRG on February 28th 2009

    Salam..Pada pndpt sy,pekida nh mmg r sprti yg k0rg bgtaw tp xsmua mcm 2..Dlm hal nh ats diri sndri r l0p..Siapa2 yg sntiasa ingt akn janji bai’ah,maka di0rg r yg akn merasa takut akn kemurkaan allah..Jd whai adkbrdk ku smua..Kembalilah kejalan yg benar..Ingt ape yg kte da lafazkn..Wsslm

  17. By Don Corleone on March 11th 2009

    Kepada semua pengkritik, trima kasih atas pandangan yg dlontarkn..buat masa skrg,prog pemulihan sdg dlakukn keatas ahli yg mlnggr peraturan perstuan.mungkn dsbbkn mereka, masyarkt memandg buruk trhadap kami. Nila stitik,rosak susu seblanga. Insyallah, kami sdg brusaha untk membrsihkn smula nama kami selaras dgn objektif prsatuan.~Don CORLEONE ®

  18. Salam ziarah…

  19. salam…

    saya bukan org pekida…tetapi hidup di sekeliling orang pekida…

    saya tidak mahulah mengomen apa yang ada dalam perlembagaan pekida, misi, visi dan sebagainya… sumer hitam putih tu nampak cantik, amar makruf nahyi mungkar…

    Cumanya…
    Pihak atasan (ayahanda atau abng long atau ape saje yg korang sumer panggil) kene tapis balik keahlian sebilangan besar ahli2 pekida. mana2 yg cenderung kepada kesesatan tu ditarbiah semula atau jln terakhir yg lebih tegas, dibuang terus daripada mnjdi ahli pekida…

    pastu hidupkn aktiviti usrah kerana pergerakan ISLAM yang benar2 ingin mendaulatkn ISLAM seharusny menghidupkan amalan usrah kerana masing2 dpt mmprbetulkan diri dan bertegur sesama ahli…

    amalkn hidup yng mengikut mazhab kita, AHLIS SUNNAH WAL JAMA’AH. sekirany itu semua dijaga, insya-Allah, klu Amerika serang Malaysia, merka yg bersumpah atau berbaiah yg mahu mmprtahankn ISLAM inilah yg menjadi benteng pertama sama ada mnjadi bntng pertama yg tumbang tersungkur berdarahkan syahid kerana Allah Rabbul Jalil atau menjulang panji-panji Islam yang tinggi dan mulia.

    Yang pastinya, sekiranya pemimpin2 atau ayahanda dlm pekida semacam tidak ambil peduli atau tiada sebarang tindakan terhadap kes gensterisme yg menular dlm pekida, selagi itu ramai orang yg akan memerhatikan pekida semacam mafia…

    Walaupun ada yg mmbri komen atau kritik yg agak tidak sopan, jadikan itu smua sbg cubaan Tuhan. Segala lontaran dan kritikan itu kita ambil sebagai satu bentuk pentarbiyahan diri agar kita akan terus mmperbaiki kesilapan dan kesalahan… sesungguhny kita sbg manusia tidak terlepas daripada salah dan silap…

    ????? ???? ???????


Add your comment