Sorokkan Iklan dalam Yahoo! Mail

October 9, 2007

Ada sesiapa yang dah cuba Versi Beta Terbaru dari Yahoo! mail?

Kepada pencinta Yahoo ada sesuatu yang ingin saya beritahu. Walaupun mail anda telah dinaiktaraf, anda tidak boleh lari lagi dengan iklan-iklan yang muncul di dalam web mail anda. Sama kisahnya Geocities dulunya, saya boleh ‘hide’ kesemua iklan yang dipaparkan tetapi kini anda tidak boleh lari dari menatap iklan-iklan ini. Sebab itu saya tidak lagi gemar membina website percuma di Geocities.

 ads.gif

Bagi anda yang sudah punya email Yahoo versi Beta, sama juga kisahnya. dikiri kanan ada saja iklan banner sehingga ada yang komplen dan membuat perbandingan antara Gmail dengan Yahoo! Mail. Mungkin ada yang sedikit rimas jika mereka melihat banner terlalu banyak kot.

Jika anda buka Gmail, paling tidak pun iklan teks yang dipaparkan. Baru-baru ini saya melawat blog NirmalTV mengenai kaedah turn off iklan banner ini. Bagaimana untuk memadamkan banner skyscraper dan menjadikan email anda lebih bersih.

Anda dikehendaki klik pada butang arah dipenjuru atas iklan dan iklan akan hilang pada particular window.

Tetapi ini sebenarnya adalah jalan penyelesaian sementara sahaja kerana iklan anda muncul semula bila anda klik pada email lain atau membuka tetingkap baru seperti kotak inbox atau draft.

Jadi, jika anda inginkan lebih privasi, anda perlulah dapatkan Yahoo! mail Plus Account. Nampaknya anda perlu keluarkan sedikit wang lagi untuk dapatkan kehidupan yang aman. hoho

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?