Tak Sia-sia Kau Chatting Selama Ini…

October 8, 2007

 

Hujung minggu, sekali lagi saya ambil peluang balik ke kampung untuk berbuka puasa dengan keluarga. Alhamdulillah, kami berjaya juga berkumpul saya keluarga (kali ini semua adik-beradik saya ada di kampung). Pejam celik, minggu ni dah nak raya. Owhhh.. pantasnya masa berlalu. Kuih raya pun tak sempat nak beli lagi..

Lepas solat zuhur, saya minta izin dengan mak ayah untuk pulang awal kerana selepas itu saya ada program berbuka puasa dengan rakan-rakan waktu zaman sekolah dahulu. Ini lah pertemuan kedua kali sejak 6 tahun tidak berhubung. Lamanya… teringat masa zaman belajar kat IPT dulu. Berkumpul. Minum tea tarik dan roti canai.

Saya tiba di tempat pertemuan agak lewat juga. Hampir jam 7 malam baru saya terpacul sambil tersenyum macam kerang busuk sebab lewat sampai. hohoho.. Menu (bufet) pada malam tu pula dah hampir habis dibedal oleh mereka yang gila nafsu makan. Jadi saya hanya dapat sepinggan nasi tomata dengan sedikit buah tembikai potong. Ohhh… Harganya? RM15 satu kepala. hahaha.. ini lah bahana datang lewat dan anda tetap akan dicaj RM15.00 tanpa nasi tambah!

Nama restoran tu saya tak ingat tapi yang penting perut saya berisi juga dan dapat juga lihat kawan-kawan saya tersandar kekenyangan. Lepas solat isyak, kami bergerak pula ke satu lagi destinasi makan-makan sambil chatting (borak kosong).

Dalam sebuk-sebuk berbual sorang member saya nih tanya pulak kalau ada ’lubang’ khidmat jurugambar untuk majlis perkahwinannya Disember ini. Ya! Pelamin.net ada jawapannya! ”

Harga kawan-kawan saya boleh kasi harga istimewa

” jawab saya.

Kawan saya yang sorang lagi macam tidak percaya bawaha web pelamin.net itu adalah milik saya. Dia tanya siapa punya..
Ya! sayalah webmaster web itu dan abang saya yang beri perkhidmatan tu dan saya telah jalankan perniagaan itu sejak 2 tahun lepas hingga sekarang.

Sorang lagi menyampuk,

“Tak sia-sialah selama ini kau chatting kat internet ya!”

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “Tak Sia-sia Kau Chatting Selama Ini…”

  1. vangardx on October 8th, 2007 1:08 pm

    huhu..kenapa dgn chatting kat internet?

  2. Noorizam Shah on October 8th, 2007 1:16 pm

    kalau nak tau, dulu masa zaman belajar kat ipts, saya ni kuat chatting kat internet seperti mIRC. lebih kurang 4 tahun saya asyik chatting ‘buang masa’ jer.

    Dan sekarang, kawan-kawan saya kagum lihat saya dah buat duit kat internet beribu-ribu ringgit sejak setahun lalu.

    :)

  3. reezluv on October 8th, 2007 11:36 pm

    itulah trend remaja dulu..bese la tu..aku pun pernah tersampuk dek antu IRC..hehehe

    tapi zaman skang pulak trend Myspace & Friendster pulak jadinya..erm..payah tul..tu la tanggapan bebudak skang.Depa taktau sebenarnya dengan hanya simple step je dapat buat duit dari internet..cuma depa malas nak cari je kot..coz depa ingat kos nak buat bisnes kat internet ni mahal sangat..coz kena buat web..tapi..dengan blogging pun leh dapat duit kan?

  4. abdfatah on October 8th, 2007 11:45 pm

    contextual ads tu apohal… asyik mengekor je orang skrol… adesh. orng nak skrol atas bawah pun mau ikut kaaaa..? hihiiii…

    oh…antu chatting rupanya. serupalah… suka sangat chatting hingga tak hingat dunia… chatting je memanjang… tak sia-sia chatting yer…?

  5. Noorizam Shah on October 9th, 2007 10:03 am

    ya ya.. saya ingat lagi, sebelum saya mula berblog, saya suka chatting di mIRC, kemudian beralih kepada myspace dan yahoo messenger.. now.. mIRC telah saya tinggalkan, myspace pula dah jadi tempat target marketing saya.

Got something to say?