Betul Ke Blog Ni Boleh Hasilkan Duit?
October 4, 2007

Owhhh… adakah ini semua adalah mitos semata-mata? Tidak sama sekali. Saya menafikan sekeras-kerasnya jika ada orang mengatakan dengan menulis blog adalah satu perbuatan yang membuang masa. Bagi mereka yang buruk sangka akan menganggap memiliki blog itu ibarat cerita dongeng sahaja.
Saya ingin berpesan kepada rakan-rakan saya. Jika anda memandang rendah mengenai penulisan blog, ini bermakna anda telah sebatu di belakang kami.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - — - - - - -
Sebelum itu, jika anda pembaca blog baru, dijemput subscribe blog ini disini
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - –
Saya ada pengalaman peribadi mengenai sesi perjumpaan saya dengan kenalan dari sebuah forum di internet. Ya! kebanyakannya saya mengenali mereka melalui aktiviti di internet. Mereka ini ada yang menjalankan pelbagai perniagaan di luar seperti tokey cyber cafe (macam mana tokey yang jaga komputer tak suka berblog?), agen syarikat jualan langsung dan ada juga yang berniaga sendiri.
Mereka ini dilihat seperti seorang yang berjaya dan bidang masing-masing, tetapi apabila saya berjumpa dengan mereka, keluhan adalah lebih banyak diluahkan. Selama kami berinteraksi di internet, mereka masih lagi dimomok-momokkan bahawa blog itu hanyalah ’sampah’ dan tidak mempunyai apa-apa manfaat kepada mereka. Lebih baik mereka berforum. Itulah, bila pemikiran mula disempitkan, amat sukarlah untuk menerima sesuatu peluang yang ada didepan mata.
Sampai masa, saya menunjukkan kepada mereka beberapa cek dan statement pendapatan saya diinternet, barulah mereka sedar memperolehi wang melalui penulisan blog itu bukanlah seperti kisah si Mat Jenin dengan angan-angannya.
Pembaca sekelian,
Diingatkan kembali, blog boleh dijadikan mesin pencetak wang jika ianya dilengkapi dengan kemudahan yang boleh menghasilkan pendapatan.
Ambil contoh mudah disini, jika anda baru sahaja memiliki blog, tidak kiralah ianya blog percuma ataupun tidak, anda tidak disekat untuk menjana pendapatan. Jikalau anda lihat diblog saya, terdapat beberapa iklan di sidebar ini. Melalui iklan-iklan inilah saya menjana pendapatan sampingan (Mem”publish”kan iklan di blog adalah antara pendapatan sampingan saya).
Sebagai langkah permulaan bagi mereka yang masih baru dalam berblog, Jangan terlalu mengimpikan pendapatan yang mencecah angka ribuan ringgit dalam sekelip mata. Lebih baik anda belajar daripada yang asas sebelum terus melompat kepada yang lebih mencabar.
Jadi, bagaimana nak dapatkan kod iklan ini dan paparkan diblog anda? Mudah sahaja, sebagai contoh anda boleh daftar di Advertlets.com. Ia adalah percuma, anda tidak perlu bayar saya untuk daftar di sana. Hehehehe
Isi maklumat yang diminta dengan betul dan tepat. Apabila siap mendaftar, anda boleh login ke akaun advertlets dan dapatkan kod iklan di sana. Seterusnya.. kalau masih tak paham, tidak perlu bimbang. Saya akan berikan guide secara screen shot di sini. Sementara tu, pergilah mendaftar…
Contoh iklan di advertlets:
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentComments
16 Responses to “Betul Ke Blog Ni Boleh Hasilkan Duit?”
Got something to say?





















































review nih dapat berapa sen? saya dapat jugak sen sen sedikit sedikit.
review laa pasal globaltestmarket tu…
nantilah saya review pasal globaltestmarket tu..
saya pun baru daftar dan nak tengok macam mana fungsinya…
wah.. siapa la yg daif sangat tu ek? :p of cos la blogging boleh buat duit, isk isk.. meh sini saya tonyeh2 kepala dia :p
ada.. sapa cakap tak ada.. pengguna internet ada seramai 14juta di Malaysia sahaja, jadi tak semua yang ada blog tu.
Saya percaya tu.. Cuma antara cepat dengan lambat je..
AKulah tu yang lambat..
Ingat sempat nak buat duit raya..
http://ligakampung.com/blog/2007/10/02/duit-raya/#comment-1255
tak apa la.. dapatkanlah mana yang patut.. jadi lepas ni kalau tak nak lepaskan peluang, kena la subscribe blog-blog yang menarik.
@ puteri alyysa
u can always subscribe to my blog, ngeh ngeh ngeh :p
Memang global tu bayar. tapi nak dapat survey tu. Macam 1 bulan tu 2 survey je..
ramai yg tahu download movie/mp3…tp masih ramai lg yg tak tahu nak download duit aka pitis..hehe
best best dpt lagi info berguna eheh
nak download duit?? kat mana nak ‘download’ tu senok?
p.s: selamat datang senok
pasal berblog ni dulu saya taktau pun apa itu blog..dan apa gunanya..ingatkan hanya nak wat macam diari je..itu la yang bebudak remaja buat skang..depa kata just for fun..:)
rasanya rugi kalau tidak digunakan sepenuhnya..dengan berblog ni memacam kita dapat selain duit..sebagai contoh baru2 ni saya ade wat design e-kad walau tak seberapa designya..tapi dah hampir 200 orang seluruh Malaysia yang download..pada setiap kad tu pulak ade url web saya..so secara tak langsung dapat la marketing free..tak gitu..cuba bayangkan kalau die antar kat ramai lagi org..tak ke best..
tak pernah dalam sejarah web visitor saya cecah sampai 500..tapi dalam minggu ni je ramai org search ke web saya tu..nampaknya permintaan amat tinggi..so taun depan saya akn buat lagi gempak plak..kad raya Flash..hehehe..:)nampak kan?kat situ je dah ade peluang bisnes..tapi sape nak lagi satu peluang bisnes..tunggu pas raya ni saya launch kan produk saya..tunggu….kita layaannn..(kata Fafau)hehee
apa yang tak betulnya?
kenapa pulak tak betul? tak percaya kaa?
memang betul dan sebetulnya kena betulkan minda anda untuk mendapat cara yang betul dalam usaha kita menggunakan blog dan menghasilkan duit yang betul-betul kita kehendaki melalui jalan yang betul dengan menggunakan blog yang boleh kita perolehi secara percuma ataupun berbayar.
kebetulan dah ada blog yang berbayar nih kena usahakanlah untuk membetulkan kembali apa yang tidak betul itu…
seandainya anda betul-betul berminat nak donload duit dengan blog, anda boleh gunakan blog dengan cara yang betul-betul efektif melalui pendidikan online yang boleh anda google kan di internet…
selamat berusaha…
hai,
saya dah daftar tapi masih tak berpa faham,apa yang patut saya buat lagi selepas daftar, dan camana proses dapat income dari daftar tu. terima kasih.
hai,
saya dah daftar tapi masih tak berpa faham,apa yang patut saya buat lagi selepas daftar, dan camana proses dapat income dari daftar tu. terima kasih.please bagi penerangan k
as’kum..
saya ni baru nak blajar psl blogger ni..nak cari duit..so,blh ajar slow2 x?