Teknik Pengurusan Masa Yang Selalu Kita Abaikan…
October 31, 2007

Credit to : glasbergen.com
Topik semalam ramai yang beri komen. Terima kasih kalian. Rujuk pada topik semalam, saya nak kongsi dengan anda teknik pengurusan yang memberi kebaikan kepada diri anda. Apakata cuba praktikkan.
1. Menggunakan “ Rancangan Bertindak “
Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok.
2. Menghapuskan tabiat “ Tangguh dan tunggu “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:
A. Kelmarin sudah berlalu
B. Esok masih belum berlalu
C. Hari ini peluang masih ada
3. Penuhkan masa lapang
Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.
4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “
Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda.
5. Merancang jadual waktu
Perancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna.
Kredit untuk: web tutor.com.my
Popularity: 12% [?]
Sphere: Related ContentJika Saya Ada Masa…
October 30, 2007
Jika saya ada masa saya akan habiskan ebook yang melambak dan hampir ‘berhabuk’ dalam komputer ini… Itu kalau ada masa… Ohh.. masa saya tidak banyak lagi, saya perlu bangun awal pagi untuk bekerja… sarapan pagi.. hantar anak ke sekolah… buat kerja yang bertimbun-timbun dipejabat… makan tengahari… pergi mesyuarat… saya perlu bersukan untuk menjaga kesihatan.. saya juga perlukan makan malam dan menonton televisyen… kemudian masuk tidur kerana esok saya akan bekerja semula…
ohhhh… kalaulah saya ada masa..
Mungkin ini adalah antara keluhan mereka yang tidak punyai masa untuk mencari duit tambahan. Pada mereka, mereka tidak pandai dan biarlah mereka terus makan gaji yang sekadar cukup-cukup makan itu…
Jadi, saya timbulkan topik ini untuk anda memberi pandangan kenapa ramai orang tidak cukup masa untuk menjana pendapatan tambahan?
Komen ya… ![]()
Popularity: 17% [?]
Sphere: Related ContentApa Yang Kau Mengarut Join Program $#&%@ ni?
October 29, 2007
![]()
Bro… buka mata skit bro… cukup-cukuplah tu.. cukuplah dengan nasib kena tipu jer… buka-bukalah mata untuk terima ilmu pengetahuan dan kesedaran. Jangan jadi bodoh sombong. Bila ditegur bukan bermakna benci, jika dihalang bukan kerana hasad dengki.
Saya pasti anda juga tahu dan sedar, malahan kita tidak dapat menolak penerimaan maklumat berunsurkan ‘jaminan’ cepat kaya dengan cara mudah. Dimana-mana anda pasti akan terserempak dengan program-program buat duit yang bersepah-sepah sehingga ada yang terlepas masuk ke kotak fikiran anda.
Ada juga sedikit kecewa apabila melihat gelagat individu yang begitu gelojoh menggunakan kaedah pemasaran internet melalui jalan yang salah sedangkan produk yang ditawarkan adalah baik dan berguna. Malang sekali produk-produk hebat telah diwajahkan seperti skim cepat kaya. Mereka membina laman web replika dengan memasukkan sistem-sistem yang mengaitkan dengan skim piramid.
Kerana nila setitik telah rosak susu sebelanga!
Kepada anda diluar sana, bentengkanlah diri anda dari menjadi mangsa-mangsa skim cepat kaya di internet. Penuhkan ilmu di dada. Menuntut ilmu biarlah berlaku sedikit pengorbanan. Untuk menjadi seorang yang berjaya, ilmu itu perlu untuk membantu kita membuat keputusan secara tepat dan bijak.
Jangan lagi kita menjadi orang pandai tetapi menjadi makanan orang bijak!
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related Content3 Komponen Untuk Membina Laman Web
October 28, 2007
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda, bagaimanakah cara memulakan dan memiliki laman web. Secara asasnya saya akan menulis 3 komponen yang perlu anda tahu:
1. Webhosting
2. Domain Name
3. Website
Bagi anda yang ingin membina laman web seperti pelamin.net, anda perlu mencari atau memilih tapak (webhosting) yang sesuai dengan harga dan saiz yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Sebagai contoh, saya memilih untuk mendaftar di syarikat pembekal hosting terbaik di Malaysia iaitu di internet-webhosting.
Bagi saya, internet-webhosting adalah salah satu pembekal yang terbaik dengan disokong team support 24/7 mereka. Bantuan yang diberikan adalah cepat dan cekap dan sememangnya saya berpuashati dengan syarikat ini.
Webhosting adalah satu komponen yang penting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan ianya boleh diakses oleh ramai pengguna.
Kemudian, untuk menjadikan laman web anda berwajah professional, anda perlulah memilih nama domain yang bersesuaian. Nama domain boleh dianggap sebagai jenama anda. Nama domain ini juga anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain yang boleh didapati di internet. Sekali lagi untuk memudahkan anda, saya syorkan anda beli di internet-webhosting (top 5 provider company di Malaysia). Nama domain ini adalah penting untuk memastikan pengguna boleh memasuki laman web anda.
Dan komponen terakhir adalah website atau laman web. Bina dan siapkan laman web anda dengan menarik dan professional. Jika anda tidak berkemahiran membina laman web, upah sahaja mereka yang berkebolehan dalam merekabentuk web.
P.s: Untuk pengetahuan anda, Internet-Webhosting masih mengekalkan harga domain dan hosting pada harga semasa dan tidak akan menaikkan harga sepertimana dilakukan pembekal-pembekal lain mulai tahun hadapan.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentRumah Ayah Saya di Masuki Pencuri!
October 27, 2007

Pagi tadi saya telah terima SMS dari adik saya mengatakan rumah ayah saya telah dimasuki pencuri. Terus saya dail nombor telefon bimbit ayah dan bertanyakan hal yang berlaku. Keluarga saya mengalami kerugian anggaran RM5,000. Barang yang hilang adalah, 4 bentuk cincin emas milik emak saya dan sedikit wang tunai.
Kurang ajar punya pencuri!
Kebetulan rumah kami tidak berpenghuni selama 1 minggu dan pencuri mengambil kesempatan memotong besi tingkap bilik air dan kemudiannya meloloskan diri melalui lubang itu. Ayah saya kata, mereka dalam proses mengenalpasti barang-barang dalam rumah dan mungkin akan melakukan rompakan kali ke 2. Polis juga beranggapan begitu. Ini kejadian kali pertama terjadi dalam keluarga kami.
Saya akan pulang ke kampung hari ini untuk melihat keadaan sebenar dan yang pasti saya akan buat sesuatu. Tahulah nasib kau wahai pencuri!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Itu kisah pencuri, sekarang rakannya yang bernama perompak pula semakin berani! Seorang perompak telah menembak mati seorang pengawal bank dan melarikan wang tunai RM20,000!
Kisah di Ampang semalam juga menyebabkan pasukan polis hari ini tidak lagi ditakuti dan kerjaya polis semakin mencabar! Mana tidaknya, 2 orang anggota polis juga mati ditembak penjenayah di Sungai Buloh. Dua lagi pegawai polis cedera dalam kes tersebut.
Ohhhh… Malaysia… jenayah sentiasa berlaku dimana-mana. Memang betul orang kata, malang itu tidak berbau…
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentMahukan Produk Maybelline New York dan L’Oreal Paris Pada Harga Rendah?
October 26, 2007
Kepada minah-minah melaram, yang sukakan kecantikan diri, saya ada berita baik buat anda. Saya sedang mengadakan promosi produk-produk limited stock di eBay. Sila lihat senarai harga-harga luarbiasa ini di sini. Untuk pengetahuan anda, produk Maybelline dan L’Oreal ini adalah 100% Authentic. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan stock terhad ini. Daftarkan diri di eBay dan mula membida atau terus membeli dengan klik butang BUY NOW!
Senarai stok yang ada adalah seperti berikut:
1. Maybelline New York - intense XXL - volume+length, microfiber mascara waterproof
2. Maybelline New York - XXL - volume+length, microfiber mascara waterproof
3. Maybelline New York - XXL - volume+length, microfiber mascara
4. Maybelline New York - Volum express turbo boost waterpoof
5. Maybelline New York - Dream Matte Mousse (foundation) - Light Beige
6. Maybelline New York - Dream Matte Mousse (foundation) - Creamy Natural
7. Maybelline New York - Dream Matte Mousse (foundation) - Natural Beige
8. Maybelline New York - Dream Matte Mousse (foundation) - Ivory
9. L’Oreal Paris - White Perfect Day - Deep Whitening Moisturizing Cream - SPF15
10. L’Oreal Paris - White Perfect Night - Deep Whitening Repairing Cream
11. L’Oreal Paris - Revitalift Double Lifting
12. L’Oreal Paris - Gel’O Water
Ohhh… banyak pula nak disenaraikan.. apakata anda lihat saja di store auctiva saya.
P.s: Banyak lagi imej saya tak diupload ke eBay. Line Internet teruk skit malam ini.
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related Content




