Anda Bayar RM103.05 sebulan untuk koneksi GPRS?
September 24, 2007

Wargghhh… memang amat tertekan sungguh dengan connection internet saya sejak beberapa hari ini. Mana tidaknya, saya melanggan 3G tapi yang saya dapat adalah GPRS (kadangkala GSM) sahaja. Sedikit pelik, kediaman dikawasan bandar utama tiada liputan 3G? Adakah saya dipermain-mainkan oleh Celcom?
Lebih menyakitkan hati apabila saya mohon untuk tamatkan langganan saya, operator Celcom umpama main tarik tali dengan saya. Ohhh… kenapa lah susah sangat nak matikan akaun saya.
Saya mula gunakan celcom 3G sejak 5 bulan lalu. Dan saya perlu membayar RM103.05 setiap bulan, untuk masuk ke laman web eBay.com saya boleh menghabiskan masa dengan makan malam, menonton televisyen siaran satu jam, mandi dan laman web yang saya nak masuk, masih lagi tak lepas-lepas. Apa nih?
Saya bayar bil bukan untuk menunggu loading sehingga 1-2 jam. Sehingga post ini ditulis, connection 3G data card saya masih lagi teruk. Tolong berikan saya connection 3G yang pantas! Orang-orang CELCOM sila ambil perhatian!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentBlogger Profesional bercakap mengenai BlogRush
September 22, 2007
Nak tambah pengunjung lagi? Kita sudah tahu pasal technorati, feedburner, digg, weblogs, bulkfeeds blogrolling, weblogalot, blo.gs, blogpeople, blogstyle, blog-search dan banyak lagi. Hari ini satu lagi servis percuma yang boleh membantu anda mendapatkan pengunjung baru ke blog anda.
BlogRush satu lagi perkhidmatan terbaru yang dilancarkan dan seringkali dibincangkan oleh blogger-blogger professional dunia bagaimana mereka menambah pengunjung dan jumlah pembaca di blog mereka.
Sebentar tadi, saya telah pun mendaftar di BlogRush. Mudah dan pantas semasa mendaftar. Tiada maklumat yang rumit diperlukan. Akan tetapi saya masih lagi belum mencuba secara sepenuhnya disini tetapi daripada review kebanyakan blogger lain, mereka yakin bahawa widget dari BlogRush mampu menarik pengunjung ke blog mereka..
Caranya ialah dengan memasukkan widget BlogRush ke blog anda di mana ia akan memaparkan tajuk-tajuk artikel di blog lain yang berada dalam kategori yang sama dengan blog anda. Anda akan mendapat “syndication credit” untuk setiap kali widget tersebut dipaparkan dan “syndication credit” tersebut akan menentukan kekerapan tajuk artikel blog anda dipaparkan di blog-blog lain.
Ada sedikit perbezaan dengan widget MyBlogLog yang saya gunakan ketika ini. BlogRush masih lagi tidak membenarkan widget yang dipaparkan diubahsuai mengikut kesesuaian blog.
Satu perkara lagi ialah, buat masa sekarang BlogRush hanya menerima blog di dalam Bahasa Inggeris sahaja (bagi mereka yang memiliki blog adsense, ini adalah kelebihan kepada anda). Jadi jika anda mempunyai blog di dalam Bahasa Inggeris dan ingin menambah jumlah pengunjung, daftarlah dengan BlogRush sekarang
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentSah! Itu Mayat Nurin Jazlin….
September 21, 2007
Flashback….
Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, seorang anak yang comel yang hilang sejak 20hb Ogos lalu terus menjadi cerita di tajuk-tajuk akhbar tempatan. Pelbagai pihak berusaha menjejaki kehilangannya samada menyiarkan gambar di surat khabar utama, siaran berita utama, menyiarkan gambar kanak-kanak ini ditempat awam, di blog dan di laman web.
Semua telah dilakukan. Pelbagai pihak menawarkan ganjaran sehingga nilai ganjaran tersebut mencecah angka RM26,000.00. Dan ini telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai sehingga ianya ditegur oleh pakar analisis jenayah, saudara Kamal Afendi.
Kini…
Ssiapa sangka, analisa sains telah membuktikan kanak-kanak yang dijumpai mati dalam beg pakaian tempoh hari adalah Nurin Jazlin Jazimin.
Hiba. Pilu. Sedih. Geram.
Inilah kematian yang saya anggap paling kejam pada tahun ini. Cara kematiannya menyayatkan hati sesiapa sahaja. Masih ada lagi manusia yang berlagak dan bersikap seperti binatang. Memperlakukan mangsa seperti itu. Jangkitan kuman pada alat sulit akibat penderaan seksual yang begitu kejam dengan memasukkan terung dan timun ke dalam kemaluannya. Manusia jenis apakah ini?
Ibu bapa mana yang tidak sedih jika anak mereka diperlakukan seperti ini. Bagi mereka yang melakukan dosa ini, ingatkan seksaan yang maha besar menanti anda kelak.
Walaupun ibu dan bapa Nurin tidak mengesahkan itu adalah anak mereka, tetapi sains telah membuktikan dan diharap mereka dapat menerimanya dengan pasrah dan redha. Rambut pendek, kerinting, berkulit pucat, bergigi jarang mungkin sudah tidak sama seperti mana awalnya gambar anak kecil ini disiarkan.
Kesedihan ini akan terus menjadi igauan mimpi kepada mereka yang mempunyai anak kecil. Ramadhan yang mulia ini telah dicemari dengan kerakusan mereka yang tidak berperikemanusian. Tidak boleh dimaafkan.
KRONOLOGI:
- 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
- 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
- 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
- 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
- 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
- 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
- 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
- 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
- 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
- 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
- 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
- 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
- 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
- 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
- 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
- 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
- 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
Berita terakhir diterima tengahari ini: Bapa arwah Nurin Jazlin menerima takdir bahawa Nurin Jazlin telah pergi ke rahmatullah. AL-FATIHAH
Popularity: 100% [?]
Sphere: Related ContentMencari Passive Income dengan Menulis Buku
September 20, 2007
Semasa saya menghadiri bengkel Cashflow 101 kelolaan kelab bicara jutawan yang lalu, satu perkara yang saya pelajari untuk menjana pendapatan pasif adalah memilih beberapa hartanah yang berpotensi. Menulis juga boleh memberikan pendapatan pasif kepada kita, jika kita tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya. Menulis di blog juga mampu memberi pendapatan tetapi adakah ia pendapatan pasif?
Kita diberi peluang untuk menjana pendapatan diblog melalui program adsense, adbrite, clicksor dan sebagainya dan ianya bukanlah satu pendapatan pasif sebaliknya adalah pendapatan sampingan sahaja. Pendapatan pasif menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan adalah tidak berulang sebaliknya pendapatan yang berulang-ulang masuk ke poket kita.
Hari ini beberapa penulis blog atau mereka yang menjalankan perniagaan di internet juga mengambil peluang untuk memiliki setidak-tidaknya satu jenis pendapatan pasif. Bagi yang menyertai jual beli di lelong.com.my pasti mengenali siapa eruwan gerry. Beliau adalah seorang penulis buku mengenai rahsia raja lelong terbitan syarikat True Wealth Publishing. Kemudian ia diikuti dengan Irwan Dahnil dengan bukunya yang bertajuk “Buat Duit Dengan Sms”.
Dan sebentar tadi juga saya menjenguk blog Shuth dan mendapat khabar mengenai penampilannya di satu segmen Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM. Apa yang diwar-warkan, Shuth bakal melancarkan buku yang masih lagi ‘rahsia’ kepada umum dan ianya bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Tahniah Shuth!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentSalah Faham Ketika Puasa
September 19, 2007
PADA pandangan saya, kita boleh mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh umat Islam sepanjang Ramadan terbahagi kepada dua yang paling utama, iaitu takwa dan keampunan.
Perihal objektif takwa ini disebut dengan jelas di dalam ayat 183 surah al-Baqarah manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata daripada hadis sahih mengenai Sayiditina Aisyah ra yang bertanya kepada Rasulullah SAW doa yang perlu dibaca apabila sedar sedang mendapat Lailatul Qadar.
Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadan sering tergugat akibat kekurangan ilmu dan keprihatinan umat Islam sekarang. Antara yang saya maksudkan adalah:
Makan dan minum dengan bebas selepas batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum, dia dilarang makan dan minum lagi atau melakukan apa juga perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. Selanjutnya
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentAmaran! Jangan Tiru Perbuatan Ini di Rumah!
September 18, 2007
Kabaaaa booooommmm!!!!
Meriahnya zaman kanak-kanak saya waktu itu. Setiap bulan puasa, malamnya kami akan ke satu lokasi ‘rahsia’ untuk menjalankan operasi ‘perang’ dengan blok sebelah menggunakan meriam ‘tembetung’ dan meriam besi.
Pasukan kami dianggotai seramai 5-10 orang. Dan sasaran pada malam itu adalah pasukan meriam kampung sebelah. hohoho
Dummm dammm .. kaaaa boommmm… macam-macam bunyi. Mak ayah sibuk sembahyang terawih, anak-anak pula leka bermain dengan mainan ‘berisiko tinggi’ ini.
Kenangan ini tetap saya kenang walaupun ketika kecil saya pernah mengalami peristiwa hampir putus jari gara-gara membakar mercun merah cina (nyesal tak guna woott).
Selanjutnya
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content




