Blog mendekatkan saudara di perantauan…
September 30, 2007
Salam ramadhan kepada pembaca sekelian.
Dahulu sebelum wujudnya medium internet dan elektronik, kad-kad raya adalah satu wadah penyampai yang paling relevan ketika itu. Rasa tidak meriah jika tidak ada kad ucapan hari raya dari Mak ayah, rakan taulan, pakcik dan makcik di kampung.
Bagi askar-askar yang bertugas di sempadan, di dalam hutan, jauh dari kampung halaman, tiada perkara penting yang dapat mengubat kerinduan selain dari kad raya. Sambil-sambil makan kuih raya yang dibekalkan, cicah lemang dengan rendah, mereka dapat juga ketawa riang menatap kad ucapan yang diberikan.
Kini, pelbagai medium pengantaraan mula silih berganti. Semakin modennya dunia, semakin canggihnya teknologi, semakin mudah yang jauh didekatkan. Tidak lagi sesukar waktu zaman penjajahan dahulu. Syukur.
Kalau anda lihat, sepanjang bulan Ramadhan ini, ruangan ucapan hari raya adalah sesuatu yang dinanti-nantikan mereka yang mempunyai saudara di perantauan. Surat khabar, radio, televisyen, laman web dan apa sahaja ruangan yang disediakan pasti akan dipenuhi dengan ucapan-ucapan salam.

Nama : Anis Eliana Husni
Lokasi : Leicester, England
Nama Penerima : Tok dan Opah di Ipoh, Tok Ayah dan Tok di Parit Buntar serta semua ahli keluarga di Malaysia.
Ucapan : Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Saya pernah juga melawat beberapa buah blog rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan saya pasti ianya suatu perkara yang menarik untuk diikuti. Cuma saya tak jumpa lagi blog ruangan khusus untuk ucapan hari raya. Kalau ada beritahu saya ok. ![]()
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentComments
15 Responses to “Blog mendekatkan saudara di perantauan…”
Got something to say?





















































hmm menarik.masih adakah lagi saudara mara atau sahabat handai yg mengirimkan kad2 raya kepada awk?
blogperantauan.com? atau salamlebaran.com? rasanya cukup menarik untuk diwujudkan. maka akan berduyun2lah menghantar ucapan selamat hari dari seluruh pulusuk dunia… idea yang cukup menarik. siapa yang nak mulakan?
rasanya blogpercuma dah try doluu. tapi tak ingatlah siapa yang cuba try zaman belum wujud wangcyber.com lagi… kalo tak silap enaku.com… cuba try tanya laa. tapi untuk versi tempatan laa…
baru jer dapat kad hari raya dari singapore minggu lepas.
ada ker? tapi saya ada jumpa satu blog buat strip sempena hari raya.. lupa lak nama blog tu.
wah jauh datangnya kad raya tuh eh.hehehe.
nak tau kenapa saya tanya awk, kalau2 awk masih lagik dpt kad hari raya?
kebanyakkan bazaar2 ramadhan pat singapore ni, tak ramai( or in fact almost none) pegerai2 yg masih jual kad2 raya.kalau yg ade pon, yg bynk cuma sampul2 duit raya.lol.
sekarang ramai yg memilih nak antar e-cards atau sms aje.hmmm terkenang jugak masa zaman2 saya dpt kad2 raya yg menimbun.paling saya suka sekali, kalau dpt kad2 raya yg berunsur kartun/komik!! hehehe..
laaa.. iyer ke mard? kami kat sini, sampul duit raya tak dijual.. dapat free jer dari bank.
p.s: kasi la alamat awak, saya nak send kad raya to baby.
(sila send kat saya melalui link hubungi. saya akan post seberapa pantas yang mungkin. 
sampul duit raya ada jugaklah dapat free dari bank,cuma tuh lah almaklum takkan cukup punya! lol.
ahaks wah best lah awk nak antar saya kad raya iyer.
hehe ok nanti saya kasi alamat penuh saya iyekk ;p
ok.. sila hantar alamat segera sebelum hari raya..
setakat hari ini. Tak ada 1 lagi kad raya yang berjaya selamat sampai ke peti box surat aku..:(
meh alamat.. kasi kat aku.. aku postkan.. hehehe
wohoo… kad raya memang takder terima. kad raya fizikal satu…!
hehehe.. sila-sila berikan alamat.. hehehe
selamat hari raya…semoga senyum sokmo..dari mek ganu at kekawang yang kenal diri ini.
selamat hari raya…semoga senyum sokmo..dari mek ganu at kekawang yang kenal diri ini.
selamat hari raya ekh.. wat warga2x B.R.C kat smk batu sapi sandakan, sabah.. moga raya tahun nie memberi 1001 erti wat kita semua..!!!