SwissCash, Peguam, Hakim, Polis dan Penjenayah…
September 28, 2007
Sedar tak sedar dah masuk hari 16 kita berpuasa. Syukur dengan suasana yang aman dan harmoni ini saya dapat berbuka puasa dan bersahur dengan tenang. Tanpa gangguan. Saya bebas untuk membuat pilihan makanan. Tanpa disekat. Yang penting halal. Bagaimana persiapan hari raya anda? Harap rakan-rakan di Singapore, Indonesia dan Brunei meraikan kedatangan Syawal dengan gembira.
—————————————————————————————————-
Jika anda pembaca baru, dijemput untuk subscribe blog ini secara percuma!
—————————————————————————————————-
Owh..Hari ini saya terima email dari sahabat blogger. Beliau berminat untuk menaja design header blog ini. Terima kasih. Terharu saya dengan tawaran yang diberikan.
Nah… pagi tadi saya terima email dari Robotys dan sila tarik skoll anda ke atas untuk lihat bagaimana rupa header yang kool nie. Yeaaaa.. saya sukakan warna dari web 2.0 dan anda seperti tahu yang saya sukakan warna biru dan oren! Cukup kool beb!
P.s: Kalau ada yang ingin menawarkan diri untuk sponsor buka puasa themes blog ini, dipersilakan. Tawaran anda amatlah dialu-alukan. Hoho.
- - - - - - - - - - - - - - - -
Ohhh.. hari ini saya taip http://www.utusan.com.my di internet browser dan saya klik setiap muka membaca berita-berita yang menarik biji mata saya ini. Saya ingin ambil tahu mengenai negara saya. Apa yang berlaku di Malaysia hari ini!
Wahhhhh.. tajuk berita yang membuatkan pakcik dan makcik dikampung ternganga luas. Sudah lama mereka nantikan berita ini. Berita inilah dulunya yang membuatkan tanah bendang, gelang emas pakcik makcik tergadai.
SwissCash! Duit Amir Uk’s Hassan dibekukan. Ya, kepala besar “otai” SwissCash telah didakwa di Mahkamah kerana menjalankan urusan pengambilan wang secara haram di dalam dan di luar negara. SC (Security Commision) vs SC (SwissCash). Sekarang, pakcik dan makcik ingat lagi nama Amir Hassan, Albert Lee Kee Sien dan Kelvin Choo Mun Hoe? Mereka inilah yang terlibat dalam SwissCash tu. Ala syarikat yang kononnya berpengkalan kat luar negara tu. Swiss Mutual Fund (1948) SA, SMF international Ltd., SMF (1948) International Ltd dan Syarikat Dynamic Revolution Sdn Bhd.
Nak tahu berapa banyak duit Amir Hassan? sikit jer. Adalah dalam RM35 juta (mungkin lebih kot) kat dalam akaun-akaun di luar negara. Tak caya? pie pakat dapatkan laporan di sini. ohoho
Apapun terima kasih kepada mereka yang bekerja keras terutama pengguna internet seperti ahli forum WangCyber.com dan web Zaharuddin.net yang menentang habis-habisan dalam memberi kesedaran kepada semua
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Klik lagi muka surat utusan.com.my. Lagi kes Ketua Pendakwa Syarie ditahan rasuah. Alamak….. Baru jer kita heboh pasal skandal antara seorang peguam dengan hakim kanan penting dalam badan kehakiman, kita dikejutkan dengan kes-kes yang melibatkan badan-badan berkanun.
Itu belum dikira lagi dengan kes penahan seorang pegawai polis yang didakwa menerima atau mengumpul aset secara haram bernilai lebih dari RM2 juta. Ohhh… semua dah main juta-juta yer.. ingatkan usahawan internet jer yang target income juta-juta, rupa-rupanya semua orang mengidamkan status jutawan ini. Ermm.. tajuk berita ini akan membuatkan saya, anda atau sesiapa saya memberikan pelbagai tanggapan. Betul tak? So.. tanggapan diatas dan saya tulis disini.
Jadi blog saya tidaklah sunyi dari cerita-cerita kosong kan? owhhh..
Dan pertama kalinya Polis Di Raja Malaysia mohon bantuan dari FBI untuk analisa imej dari CCTV kita. Kualiti tidak begitu baik, jadi upah sahaja pakar untuk kesan suspek. Bomoh-bomoh “yang cukup terer menjejak” arwah waktu ketika hidup taknak membantu ker? Ke bomoh-bomoh tidak diperlukan lagi?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - — -
Pilihan raya kampus dah pun bermula. Dan bakal menyusul pilihan raya umum yang tak tahu bilanya. Apapun orang diluar sana pasti inginkan jaminan dan kertas undilah yang bakal menjadi penentunya kelak. Apapun, semuanya menarik perhatian untuk dibaca.
Nota terkini: 5 orang dalang @ suspek pembunuh Nurin Jazlin telah diberkas polis. Kita nantikan wajah pembunuh sebenar tidak lama lagi!.
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentComments
24 Responses to “SwissCash, Peguam, Hakim, Polis dan Penjenayah…”
Got something to say?





















































erm..banyak isu hangat kali nie
yeaaaa. hari ini banyak betul kisah menarik dalam akhbar.. pilih je mana satu nak baca..
mmg menarik artikal yg ini. walau bagaimana pun yg penting, selalu lah berwaspada. psl duit derang sanggup lakukan apa saja dan melalui pelbagai cara.
megat.. pasal duit org sanggup lakukan apa sahaja…
ini termasuklah suspek yang bunuh nurin jazlin nih..
dia ni asal dari pertubuhan syarikat mana yer? kalo tak silap dreamkaya kot? apo macam dreamkaya sekarang?
itu bukan pertubuhan abdfatah,, tapi group network yang ‘kunun’nya membantu mereka menjadi kaya.
itulah impian kekayaan.
Skim pelaburan haram: Datuk didakwa menipu, guna dokumen palsu
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Seorang ahli perniagaan berstatus Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menipu dan dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu dalam skim pelaburan “Program Roll-Over” membabitkan RM3.9 juta.
Datuk Paiman Shakimon, 48, dari Country Heights, Kajang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan-pertuduhan itu.
Skim pelaburan itu didakwa membabitkan RM27 juta dan dikatakan hasil daripada dana negara yang disimpan di sebuah akaun di Switzerland sejak pramerdeka.
Skim berkenaan menjanjikan setiap pelaburan dengan pulangan 50 kali ganda dan kononnya pelaburan itu mendapat kebenaran Bank Negara.
Bagi pertuduhan pertama, Paiman yang merupakan lulusan kejuruteraan, didakwa memperdaya ahli perniagaan Datuk Rosidi Kamaruddin untuk menyerahkan wang tunai RM3,429,370 sebagai pelaburan dalam skim pelaburan itu di Hotel Nikko, Jalan Ampang, di antara 6 Mei 2005 hingga 17 November 2006.
Paiman juga didakwa memperdaya seorang peguam, Datuk Liew Teck Keong untuk menyerahkan wang tunai RM500,000 di tempat yang sama di antara Oktober 2005 dan 26 Mei 2006.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda dan disebat.
Paiman juga dituduh menggunakan 17 dokumen palsu termasuk transaksi dan kenyataan bank sebagai tulen kepada Rosidi di tempat yang sama di antara September 2005 dan Mei 2006.
Dia juga dituduh menggunakan 11 dokumen palsu termasuk transaksi dan kenyataan bank sebagai tulen kepada Liew di tempat dan masa yang sama.
Untuk kedua-dua pertuduhan itu, Paiman didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 467 kanun yang sama, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda.
Hakim S. M. Komathy membenarkan Paiman diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanannya diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah juga memerintahkan Paiman melaporkan diri sekali dalam sebulan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa, Raya Anas Ahmad Zakie meminta mahkamah menetapkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Peguam bela Paiman, Md Yunos Shariff memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kerana semua harta tertuduh dan isterinya telah dibekukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman sejak dia ditahan pada 2 Oktober tahun lepas.
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes tersebut pada 4 Julai tahun depan. - Bernama
Noorizam,
Apasal nak jual ebook Dalang Skim Cepat Kaya pulak?
Takkan nak ngambik kesempatan dari kesengsaraan
orang lain?
Niat anda bagus nak menyedarkan orang lain tetapi nampak tak kena caranya…..
Walaupun harga RM10 tapi kalau 100 orang
yang beli, RM1000 masuk poket. Cepat kaya tuuuu….
sid: nasib baik saya tak jual RM49.90, kalau 100 orang lagi la kaya kan?
kenapa tak tanya kat orang lain yang buat ebook dan jual untuk pendidikan?
p.s: orang malaysia suka benda yang free jer eh? patut la ramai yang terjebak dalam skim cepat kaya.. semua nak mudah dan senang.
Saya lihat ada tiga orang yang bagi ebook/laporan
percuma tentang kes skim cepat kaya dan pelaburan haram nih.
Mereka ialah Sham RajaAdsense, Shuth WangCyber dan sorang mamat nama Zaki dari tekniksimple.com.Yang lain mungkin ada tapi terlepas pandang kot…
Nak tanya kalau sdra tak keberatan menjawablah, beberapa mukasurat ebook yang sdra jual tu?
Just my 2 cents..
wa..cantik header tu..:)
55 m/s.
so dapatkanlah yang free tu. 
nak mintak header jugak laaa… header saya tak cun laaa… miahahahahaa…
Hm.. dah lama tak jengok blog ko ni..
rasanya makcik2 dan pakcik2 tu tak gembira pun..
sebab duit mungkin tak dipulangkan pun..
kesian.. teringat masa zaman autosurf ’studiotraffic’ dulu..
aku pun terkena.. wargh…
Sid –> anda ada pilihan samaada nak beli atau tidak ebook tu.. kan senang..
norrizam—> jual je kalau rasa anda ada idea…
p/s : saya tak minat membaca buku serius jadi tak belilah.. apa pun support moral je zam..
tq zool … selamat berpuasa..
Mungkin sdra Noorizam boleh juga sentuh tentang 2 headline di bawah dalam Bahasa Inggeris ni. Kalau nak update ebook tu bagus juga…Ada banyak lagi sebenarnya..
“Broke And Desperate Malaysian Internet Marketer Makes RM28,836 in 120 Days After He “Accidentally” Discovered The Magic Formula For Creating Successful Money-Making Ebooks” (Formula Ajaib???)
“The Turnkey Money Machine That Prints Non-Stop Profits For You Automatically, The Lazy Way!” (Cara Pemalas????)
Tapi bila fikir-fikir, tak payahlah…headline pertama tu Gobala Krishnan punya sementara headline kedua pula Ewen Chia.
Mungkin kalau dalam BI, boleh dimaafkan…lagipun mereka ni bukan calang-calang IM..dah terbukti mereka betul-betul buat duit tapi pada pandangan Noorizam mungkin agak hype salesletter mereka?
Tapi kalau saya contohnya seorang pemuda Melayu menjana pendapatan RM50, 000 juga melalui perniagaan internet, tetapi muka saya, identiti saya sengaja disembunyikan (mungkin nak privacy), adakah anda akan menuduh saya buat program skim cepat kaya? Walaupun saya letak penyata bank sebagai bukti?
[…] kena dengan barangan antik dengan skim cepat kaya? skim cepat kaya sebagaimana yang diceriterakan oleh noorizamshah memang tak ada kaitan dengan barangan antik. Barangan antik mempunyai nilainya yang […]
headline yang digunakan oleh kebanyakkan IM di dunia dan di Malaysia dinamakan sebagai kuasa surat jualan “seller letter power”.
Agak sedikit pelik bila ada yang tidak mendedahkan nama sebenar, alamat sebenar, tiada nombor untuk dihubungi dan semua ini jika ditanya kepada mereka seperti smartusaha, irfan khairi, azizi ali, gobala krishnan, ewan chia, johntp, saifulsham, shuth, tazilan, mereka juga akan akan bersetuju dengan saya.
tapi kalau SID suka atau sokong orang yang suka berselindung ini, teruskan selagi berasakan ia adalah satu perkara yang boleh.
Jadi pengajarannya di sini ialah buatlah produk
sendiri, betul tak noorizam?
Tapi jangan tumpu niche money-making ops walaupun
gobala mengakui niche inilah yang paling mendapat
sambutan hangat.
InsyaAllah, bagi 2008, saya dah merancang untuk mengeluarkan beberapa produk yang boleh membantu
usahawan online dan offline.
Tapi satulah nasihat saya kepada noorizam dan juga ditujukan khas buat saya sendiri.
Sekiranya kita mempunyai blog, kita sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang kita utarakan.
Kalau betul, tak apa. Kalau tersilap?
Maksud saya, sekiranya seseorang itu menggunakan
perkataan yang noorizam kata menunjukkan “it’s too good to be true”, jadi kita dengan mudah melabel
ia program cepat kaya.
Kalau baca blog sdra smartzul dan komen beliau dalam forum wangcyber, cara pendekatan beliau terhadap golongan ini lebih berhemah.
Saifulsham pula menggalakkan protege mereka untuk mengkaji semua salesletter termasuk salesletter skim cepat kaya. kalau sesuai, boleh applikasikan!
Tapi noorizam mempunyai suaranya yang tersendiri, orang suka ke tak suka, the blog must go on :-.
Mungkin saya seorang yang tak setuju dengan pandangan noorizam, tapi ada ramai lagi kat luar yang suka…
makin kontroversi, makin ramailah pengunjung blog ini..:-0
Orang klik kat advertlets pun ramai
Tunggulah, saya sedang mempersiapkan diri untuk blog saya sendiri. Malu juga menyemak di blog orang
dahlah kita ni tak sehaluan dengan tuan tanah….
Jangan bimbang, blog saya nanti tiada kaitan dengan apa yang kita bincangkan di sini..
[…] kena dengan barangan antik dengan skim cepat kaya? skim cepat kaya sebagaimana yang diceriterakan oleh noorizamshah memang tak ada kaitan dengan barangan antik. Barangan antik mempunyai nilainya yang […]
Ya, saya bertanggungjawab dengan penulisan saya.
Ya, saya bersetuju bahawa komen smartzul lebih berhemah, tetapi jika Sid lihat, smartzul juga pernah beri komen yang lebih cili dan pedasnya. Cuma pembaca perlu tahu pandai memahaminya. Jadi saya juga perlu berani dengan apa yang saya tulis.
Dengan Saifulsham juga saya bersetuju, banyak salesletter skim cepat kaya menggunakan “killer salesletter” memberikan bayangan kepada pembaca, meletakkan harapan, memaparkan hasil dan angka dan sebagainya. Kita tidak salahkan salesletter, sebaliknya jika sistem itu mencurigakan itulah yang cuba dibongkarkan.
Jika sistem anda betul, kenapa takut dengan kritikan? tidak perlu berkokok jika tidak buat salah.
Tetapi apa yang saya lihat disini, banyak penganjur skim cepat kaya, kita tidak banyak mengenalinya sebaliknya ahli-ahli atau pengikut yang banyak mempertahankan skim-skim ini. Kerana apa? sebab mereka telah letakkan duit mereka dan menantikan pulangan seperti yang diharapkan. Bila dikritik ini yang akan melemahkan motivasi mereka.
Topik-topik skim cepat kaya pernah dibincangkan oleh ramai blogger termasuklah di blog sabahan.com, kita sebagai pembaca perlu peka dalam hal ini.
p.s: Tapi ada orang kata, “Duit aku, aku punya pasallah aku nak buat apa”
Owh, thx for mentioning me.
n , Isu skim cepat kaya nih mmg takkan habis sampai bila2…. ianya akan habis pada individu2 yg pernah merasainya, tapi baru bermula pada mereka yg first time encounter-nya.
Alahai cepat kaya…
ps: Ingat ler pesanan org2 tua kita: “Buang Yg Keruh, Ambil Yg Jernih.” (baca: Buang yg Negative, Ambil Yg Positif)
Salam
tak rugi kalau dengar nasihat org-org tua.. hehehe..